Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all 408 articles
Browse latest View live

Aku suka gila Hot & Roll ni!

$
0
0
Dari zaman gonjeng sampai dah beranak ni memang aku suka gila kottttt makan Hot & Roll ni. 

Hot & Roll ni ada macam-macam perisa. Hampir semua perisa aku pernah try. Masa zaman study dulu, kalau dating, memang selalu aku menternak lemak dekat Hot & Roll ni. Hee. Husband aku yang dulu tak berapa suka benda ni pon dia dah jadi suka sebab memang selalu nau aku beli Hot & Roll ni. Lama-lama dia pon terpengaruh dan terjebak.  😆


Sedap nya 😋😋😋

Sekarang ni dah banyak kan mall yang ada kiosk Hot & Roll ni. Kalau aku pergi mana-mana mesti ada je terjumpa kiosk Hot & Roll ni. Suka! Suka! Sebab senang nak dapat. Ni aku pergi dekat e@Curve.

Kalau siapa yang tak pernah makan, Hot & Roll ni dia ada crispy wrap dan paratha wrap. Now dah ada chapatti wrap. Boleh pilih nak inti savoury atau sweet. Selalu aku suka makan paratha chicken and cheese, paratha pizza beef,crispy pizza, dan crispy chicken and cheese. Kalau rasa nak makan yang manis aku suka order crispy cruncy peanut.

Now Hot & Roll dah keluarkan menu baru! 
Baru-baru ni aku try Hot & Roll Cheezy Chicken Wrap dan Choco Strawberry Crispy Wrap.

Sempat aku snap time orang masak ni. Mula-mula dia letak batter atas flat pan.

Letak strawberry.

Tabur chocolate chip.


Pastu lipat.

Jadi lah begini. Kalau korang suka manis, boleh lah try menu baru ni.




Yang ni menu baru jugak. Hot & Roll Cheezy Chicken Wrap. Aku suka ni! 😋

Gulung punya gulung.

Apa lagi. Ngapp lah.

Oihh kenapa sedap sangat ni? Makan panas-panas memang sedap weh. Bila masuk mulut terus rasa macam "Awhhh adakah ini syurga?" Hahaha over sangat tau.


Tapi aku memang suka Hot & Roll Cheezy Chicken Wrap ni.


Masalah nya bukan aku je yang suka. Seketul Han pon suka! Haha.

Perangai kuat makan Hot & Roll aku dah menurun ke Han. Adakah kuat makan ni sejenis penyakit keturunan? Hahaha 😂


Om nom nom nom. 😋😋😋
Sekarang tambah lagi satu geng nak makan Hot & Roll.


Aku memang suka Hot & Roll ni sebab sedap, nak makan senang, harga affordable,nak tunggu dia masak cepat, dekat mana-mana pon senang nak cari. Forever a healthy snack! Dan sesuai untuk semua peringkat umur. Dari segodang-godang aku dan sekecil-kecil Han semua boleh makan. Heee.

Nak tahu lebih info and menu lain dia, boleh tengok dekat Facebook Hot & Roll dan Instagram Hot & Roll.


Siapa suka makan Hot & Roll ni??? Kita geng. Hehe. Korang suka perisa apa? 😋





Resepi Sardin Roll / Sarding Gulung yang senang dan sedap !

$
0
0



Harini nak share cara buat sardin roll / sardin gulung. Senang je nak buat.
Suka hati lah nak buat untuk breakfast ke, minum petang ke, nak bawak bekal sekolah anak ke. Semua pon boleh. Malaysia boleh! *tetiba*



Bahan untuk inti sardin:

1 tin sardin size kecil
2 ulas bawang putih (potong kecik-kecik)
1 labu bawang besar (hiris nipis)
2 sudu besar cili kisar
Gula dan garam secukup rasa




Cara masak inti sardin:

Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bawang merah dan putih sampai layu dan naik bau. 
Masuk cili kisar. Kacau kejap.
Pastu masuk kan sardin dan hancurkan itu sardin.
Masuk sikit garam dan gula. Pandai-pandai adjust rasa.
 Tambah sikit air dan biar kuahnya agak kering.
Kacau bagi rata. Dah siap tutup api.

Sejuk kan jap sebelum buat sardin roll. Letak sardin dekat tepi jap.

Sementara nak tunggu sardin sejuk, buat doh untuk kulit sardin roll pulak.

Bahan nak buat kulit :

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
Sedikit garam
Air sejuk dari peti ais 

Cara-caranya: 
First of all (tetiba cakap omputih). Gaul sikit garam dengan tepung gandum. 


Pastu masuk marjerin 2 sudu besar.

Dan gaul rata dengan tangan sampai jadi serbuk roti cenggini. 



Masukkan air sejuk daripada peti ais tu sikit-sikit. Uli sampai doh tak melekat dekat tangan, tapi jangan sampai doh terlalu lembik atau keras. Asal dia tak melekat dekat tangan tu dah alright dah. Macam gambarajah di atas.

Rehatkan kejap doh dalam 15 minit. 



Doh dah ready. Bulat-bulat kan dulu. Aku bulat kan adalah macam sebesar bola pingpong. 


Ambil satu doh yang dibulatkan comel-comel tadi.


Guna jejari kau yang runcing tu. Buat muncung sikit dekat atas dia tu camni. 


Pastu penyek kan guna tapak tangan.

Dan roll nipis guna roller.

Kalau tak ada roller, guna lah cawan ke, lengan kau ke, betis kau ke. Tak kisah lah janji boleh roll. Hihi.

Letak inti sardin. 
Yang bahagian atas tu kelarkan guna pisau cenggitu.


Mula-mula tutup bahagian sardin tu. 
Pastu picit-picit sikit keliling dia.

Pastu gulung perlahan dan ketat.

Sampai jadi cenggini.
 Last sekali tutup bahagian tepi dia. Picit sikit dengan tangan.



 1 adunan doh ni aku dapat dalam 12 biji sardin roll

Dah siap semua, apa lagi. 
Tak kan nak menung je. Kita kasi goreng lah.


Goreng lah semua. Jangan sampai hangus ye udah.
Agak kuning dan garing tu dah boleh angkat.
Pastu boleh toskan atas tisu dapur.


Tadaaaa! 

Siap dah dan boleh di makan begitu sahaja.



Makan panas-panas memang layannnn.



Siapa pernah makan sardin roll ni? Dulu time sekolah selalu makan tapi sekarang aku jarang lak jumpa. Tu syok buat sendiri je. Selamat mencuba bagi yang nak cuba! 😋😋😋



Travel: Bangkok , Thailand (Part 1)

$
0
0


Nak pergi ke Thailand ni tak ada plan pon.
Main redah je ni.
Tetiba rasa nak berjalan dan nak belanja satu family pergi travel. 
So belanja lah semua orang ke Thailand. 
Ajak pergi travel semua laju je nak berjalan. 
Lagi-lagi kata nak belanja semua tiket flight dengan penginapan sekali. 
Haa confirm semua nak ikut pergi. Hehe.
 7 orang dewasa + 1 Han.
Naik Air Asia.
Tiket flight semua RM3059. 


Dekat airport nak tunggu masuk kapal terbang.

Dalam flight pantang nampak makanan Han ni. Asal pramugari lalu bawak troli makanan. Terus tunjuk makanan suruh beli kan untuk dia. 😂

Sampai dah Bangkok. 
Perjalanan ke Bangkok dalam 2 jam 15 minit.
Tapi ramai gila manusia nak masuk Bangkok ni.

Sardin je muka menunggu nak masuk Bangkok ni.

Sekali nampak priority lane dekat hujung. Tak perasan mula nya.
 Sekali ternampak ada satu family ada anak kecik menonong pergi lane hujung sekali. Apa lagi aku pon follow je lah. Dah adik aku pregnant, aku pon ada Han. Tapi saje je lah semua satu family suruh beratur sama. Tapi nasib baik parents pon semua lepas je lalu priority lane. So yayy tak payah beratur panjang-panjang sambil buat muka sardin 😅


Dekat airport terus beli sim card. 
Aku ambil yang seminggu punya.
Harga 199 Baht. 
Tapi agak lembap line dia ni.
Setakat nak buat google-google ok lah.
Nak upload gambar ke video ke tunggu dekat hotel je lah.

Dah beli sim card terus satu family menuju ke tempat penginapan.

Duduk dekat Belle Condo. Ada 3 bilik. Memang sesuai lah untuk kitorang satu family 8 orang.




Living room dia memang besar dan selesa ah. Aku satu family ni memang suka main terup. So memang sesuai lah ada living room besar camni nak main terup. Hehe.

Agak-agak ada sesiapa rasa tak nak tidur atas katil bilik,nak tidur atas sofa living room ni pon boleh.


Ni bilik master bedroom

Master bedroom besar. Katil king size.


Toilet dalam bilik Master bedroom.

Ada bathtub.

Washing machine pon ada. 

Free shampoo and shower gel. 
Aku memang suka betul sabun dan syampu besar-besar macam ni.

Katil Queen size dekat second bedroom.

Single bed dekat third bedroom.



Ada kitchen jugak. Yang rajin masak boleh ler memasak.

Dining table.

Kettle, drinking water, instant cofee and tea semua ada.

Hair dryer ada.



Yang paling penting benda ni ye. High-speed FREE WiFi. Ni wajibulghunnah kena ada. Nasib baik Internet dia memang laju. 

Duduk sini 1 malam dalam RM560. 
Kitorang duduk sini 3 malam. 
Total 3 malam campur service fee semua bayar dalam RM2095.

Untuk nak bagi satu family selesa memang best lah duduk sini. Memang besar dan selesa sangat.

Lobby dia.


Amboi amboi. Ingat Han omputeh LOTS OF MIX ke nak pakai kasut dalam rumah ni? Heppp.


Buat aktiviti apa dekat Thailand ni nanti cerita next entry.


Bersambung....








Travel : Bangkok , Thailand . Safari Park , Safari World (part 2)

$
0
0

 Kali ni nak ke Safari World. Safari World ni dekat luar Bangkok. Sebab kitorang ramai dalam 8 orang. So memang memilih pengangkutan yang boleh sumbatkan semua orang dalam satu kenderaan. Senang nak gerak sekali tak ada yang terpisah. Nak ke Safari World ni kitorang guna apps Grab Car je. Memang pilih MPV lah sebab muat sumbat semua orang. Dia caj 1000 baht/ RM100 untuk ke Safari World. So ok lah.

Perjalanan nak ke Safari World ni ada lah dalam 1 jam dari tempat menginap kitorang yang aku cerita dekat ENTRI INI



Safari World ni ada 2 bahagian.
Ada Safari Park dan Marine Park.


Nak masuk Safari Park 1000baht/RM100.
Nak masuk Marine Park je 1200baht/RM120.
Kalau nak masuk dua-dua tempat (Safari Park + Marine Park) harga tiket 1400baht/RM140 sorang.



Mula-mula nak ke Safari Park je.
Tapi kalau ambil package (Safari Park + Marine Park) ni macam lagi berbaloi. 
So kitorang ambil lah package boleh masuk dua-dua tempat ni.
So bayar ler 1400baht/RM140 sorang.


Popcorn, buah, air semua ada jual.

Jajan and jagung tu halal. Dah ada cop halal siap.

Seketul Han tak sabar nak masuk Safari World.



Sebenarnya nak masuk Safari Park ni kena ikut tour naik bas. Kalau tak nak naik bas, boleh naik jeep. Tapi driver Grab Car kitorang tu murah hati pulak, dia kata dia nak bawak masuk dalam Safari Park tu guna MPV dia je so that tak payah lah kitorang bersesak naik bas. So cantekk ah tu. Naik je ler MPV dia ni masuk safari.

Cantik jugak Safari Park dekat sini. Struktur atap tu memang melengkapkan Safari ni, nampak cantik pulak. 


Safari Park ni besar jugak dan ada banyak bahagian. Nak masuk dalam Safari Park ni memang kena naik kenderaan sebab haiwan-haiwan dekat kawasan ni memang di biar bebas je.Tak ada sangkar, memang open. Menarik lah jugak. 







Duduk dalam MPV je tengok haiwan lalu lalang kiri kanan.



Burung- burungan  😝


Segala mak nenek burung.


Panjang mulut kau nok!

Mulut camni boleh buat sangkut teko ni.

Lepak atas atap jap sementara tunggu laki balik.

Han suka ler tengok semua haiwan dalam ni.


A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on


Boleh tengok ke video ni eh? Video dari instagram aku @cikepal06 . Tapi tak tahu nampak ke tidek video nya.

Suka Han tunjuk-tunjuk haiwan dekat sini.Kalau haiwan yang tak bahaya boleh je bukak tingkap. Tapi kalau lalu tempat haiwan-haiwan buas, memang kena tutup tingkap. Kang berjuntai tangan macam tu tepi tingkap mahu nya kena baham dek ghimau.




Si rusa.

Antelope bergaduh.  
Ada lah terdengar sikit-sikit kenapa depa ni berhentam.

" Hey anak raja. Berani kau mengorat Neesofa aku?" Kata Patah Aminah.
"Bila pulak Neesofa tu awek ko? Bukan korang teman tapi mesra je kewww?"
"hey hey nak kena kau ni."
*terus berlaga tenduk*

Sementara Neesofa dekat belakang.
"Omg.omg.omg please jangan gaduh sebab I. Omg omg"

Ishh malas pulak aku nak layan drama dorang ni. Lantok lah sana. Janji korang bahagia sudah.



Mentang-mentang tanduk kau cantik ada kriuk-kriuk. Kemain sombong meninggi diri engko berjalan ye. Eksyen dia ni.

Bermacam spesis ada. Yang tanduk kriuk-kriuk, tanduk panjang terjungkit, badan bintik-bintik. Yang kepala togel tak ada tanduk lansung pon hado.

Kerlasss tanduk kau jah. Patah kan sikit boleh buat keris ni.


 Patut lah kalau menyampah dengan orang gemok yang perangai tak semenggah, orang akan cakap.
 "Eee dah lah mulut macam puaka, badan pon macam badak".

Memang besar betul badak.



Harimau dekat sebelah je uolsss.


Nak pi mana teww Sameon?


Elok je dok dendiam mereka di situ.
 Kalau mereka bangun mengaum pergi dekat tingkap MPV ni, mahu semua terkejut bertempiaran lari setempat dalam MPV. Ahak! 😆


Yang husband aku ni pantang ada connection, asyik LIVE je ler kerja dia.


Lalu kawasan bear hitam pulak.


Pemalas ye engko bear. Kerja duduk je. Tak pon tidur. Bawak-bawak lah exercise sikit. Tak berdaya saing betul bear dalam ni.




Burung merak.

Mula-mula dia tunjuk kepak nya yang sungguh cantik tu. Kitorang lalu je dia kuncup balik.

Kedekut betul tunjuk kepak. Mentang-mentang kepak cun.

Kerbau pon hado.

Ni tah mana ler pegi tanduk dia lagi sebelah? Gaduh lettew sampai tercabut tanduk. Ke gaduh rebut Neesofa omg omg jugak ni? Muahaha.


Segala jenis haiwan ada dekat sini dan diorang hidup dalam kelompok kumpulan masing-masing.Ni yang sempat aku snap je lah. Driver ni pon bawak slow je sebab nak bagi kita menikmati macam-macam spesis haiwan dan burung dalam Safari ni. Pusing dalam Safari Park ni ada lah dalam 40 minit. 

Satu pengalaman baru lah untuk aku masuk Safari ni. Selalu masuk zoo je.Ni first time masuk Safari.  Memang tengok haiwan live betul-betul dekat sebelah je.  Bebas open tak ada sangkar. Tapi yang tak best nya sebab tak boleh turun tangkap gambar dengan haiwan ni semua. Dekat bahagian haiwan jinak dan tak buas pon tak boleh turun tangkap gambar.So tengok dari dalam MPV je lah. 


Korang pernah masuk Safari?

Next entry cerita pasal Marine Park , Bangkok pulak.

Bersambung....

Travel: Bangkok , Thailand . Marine Park , Safari World (Part 3)

$
0
0


Harga tiket dah cerita dekat ENTRI LEPAS. Budak macam Han masuk FREE je. Ni kita ke Marine Park pulak. Marine Park dengan Safari Park ni sebelah-sebelah je pon.





Masuk Marine Park ni tetiba lapar. Pagi-pagi dah terus keluar kannn. So cari lah benda yang boleh dimakan. Han sedap mengunyah goreng pisang.



Goreng pisang harga 45baht/RM4.50 satu set.
Goreng pisang ke pisang goreng?
Ah lantak lahh.

Goreng pisang dia sedap gak. Tapi masa aku beli ni dah sejuk.Kalau panas-panas memang sedap ah. Tapi bagi Han makan, dia suka je.

Ada beli pancake tu jugak. 35Baht/RM3.50.
Tapi pancake tu tak sedap.



Coconut pudding 50baht/RM5. Haaa yang ni sedap weh. 

Memang sedap ni! Crunchy dekat luar lembut dekat dalam. Rasa coconut tu pon secukup rasa.

Sedappp 😋😋😋

Filling dia lain-lain dalam sekotak tu. Ada filling jagung, ada filling daun sup, lagi satu filling aku lupa pulak apa. Tapi semua sedap ah.

Yang penting bila gigit coconut pudding ni, boleh ler feeling-feeling di awangan.



Parrot dia bebas je merata-rata.


Bagus parrot ni dok dendiam je.

Budak-budak boleh naik pony. 
Tapi pony nya nampak kotor je. 
Aku tengok pon tak selera.
Memang tak ler aku nak bagi Han naik.

Memang betul lah. Jangan sangka air yang tenang tak ada buaya. Senyap-senyap je buaya ni berenang. Air pon tenang je tak berkocak.

Swan. Han memang suka lah masuk sini sebab dia suka sangat tengok haiwan-haiwan.

First show tengok Orang Utan Show.





Kalau korang masuk Marine Park, Safari World ni memang wajib tengok Orang Utan Show ni. Show ni yang paling best dan kelakar.

Orang Utan ni pulak semua poyo gila perangai tapi ada jugak yang comel.
Yang konghajo pon banyak.Haha.

Show ni korang wajib kena tengok kalau dah sampai sini!

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on

Nahh bagi video Orang Utan Show sikit.
Han pon memang terhibur habis tengok Orang Utan Show ni.


Next show nak tengok Sea Lion Show pulak. Tapi disebabkan panas gila kot time ni. Order lah Snowy Flakes ni. 45baht/RM4.50.

Makan snowy flakes sambil layan Sea Lion Show.

Tengok Sea Lion pon teruja. Han ni memang suka tengok haiwan.


Sea Lion ni aksi diorang comel-comel.

Berenang pon comel. Hihi.

Bijak jugak Sea Lion nya.

Han memang mudah terhibur lah tengok haiwan-haiwan ni. Sea Lion ni pon berjaya menghiburkan dia. 😆

Kitorang sempat tengok Orang Utan Show dengan Sea Lion Show je. Aku dengar cerita Dolphin Show pon not bad jugak. Tapi malas dah nak tunggu sebab panas dok dalam ni. Memang merembes peluh uii. Setiap show ni pulak lain-lain tempat. Memang tak larat dah nak menapak dalam ni. So dah tak nak tengok show, jalan-jalan je dalam ni.






Ni bukan cubaan.
Bukan juga cobaan.
Ni Cuban Flamingo.

Kan aku dah cakap anak aku ni memang senang teruja tengok haiwan.

Mula-mula ingatkan Iblis. 
Tanjat kitewww burung ni nama Iblis.
Rupanya IBIS.



Si IBIS ni memang warna macam tu ye. Bukan terjatuh dalam water colour ke hape. Memang striking betul warna dia. Dari jauh memang dah nampak. 






Cantik burung ni!
Warna dia lawa kan?
Nama dia SUN CONURE.
Dia makan kuaci.
Kau letak je kuaci dekat tangan kau, mesti dia datang punya.


Ibu aku dengan SUN CONURE.


Jinak-jinak burung SUN CONURE dalam ni. 
Tetapi lelaki itu berjaya saya jinak kan. Eh!





Atas kepala pon dia bertenggek. 😆

Burung apa?
SUN CONURE.
SUN apa?
CONURE.
Sebut betul-betul ye. 😆

Han tengok orang lain ada burung dekat tangan. Dia pon helok je tadah tangan. 
Dia ingat burung tu senang-senang je ke nak pergi dekat dia kalau tak ada kuaci dekat tangan? 😂



A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on

Video Han bagi makan burung.
Tapi selamba je dia bagi makan dekat burung tu. Aku pulak yang cuak kot takut dia kena patuk. Nasib baik selamat je dia 😆




Pastu meneruskan perjalanan tengok haiwan-haiwan lain. 
Dalam Marine Park ni harimau nya dalam sangkar. 
Kalau nak tengok harimau bebas berkeliaran boleh tengok dekat SAFARI PARK.

Comelnya! 



Kalau sebut itik, mesti kita bayang itik warna kuning je kan? Tapi itik pon ada macam-macam jenis.




Mak buyung nak berehat jap.

Mula-mula patung ni tengok depan. 
Bila duduk je dekat tempat tu, tetiba kepala dia berpusing ke arah laki aku. 
Terus terkejut dia. Dia terus rasa pompuan ni berpuaka.Haha. 

Try zebra ice cream ni. Yang hitam tu perisa charcoal. Yang putih tu vanilla. Rasa dia biasa-biasa je lah bagi aku. 


Lagi pon masing-masing dah kelaparan. Tu tak kisah pon tengok 2 show je dalam ni. Sebab nak masuk ke Bangkok balik ada lah dalam sejam. So nak pergi cari makanan berat pulak. Next entry aku share tempat nak makan tomyam sedap bila korang sampai Bangkok ni. Serious sedap gila tomyam dia. Yang penting halal dan lazat.


Bersambung....


Makanan Halal di Bangkok : Yana Restaurant (Part 4)

$
0
0

Dekat Marine Park dalam ENTRI LEPAS jalan kejap pastu perut masing-masing dah berkeroncong lapar. Apa lagi? Jom kita makannnn! Benda paling penting kalau travel ni mesti isu nak cari makanan halal kan? Kalau travel ke Bangkok ni tak ada lah susah sangat nak cari makanan halal bagi aku.


Kalau korang datang Bangkok, memang kena cuba makan dekat Yana Restaurant. Halal dan sedap gila! Yana Restaurant ni dalam MALL MBK CENTRE, Level 5, Zon A. Yana Restaurant ni glamour jugak di kalangan rakyat Malaysia dan Indonesia. Ada sesetengah pelayan dekat sini memang boleh cakap melayu so lagi senang lah nak communicate. Tempat makan pon luas dan selesa.Tempat ni memang selalu full. Tempat makan ni memang highly recommended sebab makanan dia semua sedap gila nak meninggal! Haha 😋😋😋

Tapi serious tak tipu. Memang sedap! Ni antara yang kitorang satu family order haritu. 



Fried Seafood Basil - 199 Baht/ RM19.90
Sotong paprik - 169 Baht/ RM16.90

Ikan masak sweet sour- 499 Baht/ RM49.90

Ni sedap. Harus order!

Kerabu mangga masam manis fresh. 109 Baht/RM10.90

Stir Fried Chicken with Cashew Nut- 149 Baht/ RM14.90
Telur dadar- 79 Baht/RM7.90

Family aku ni kalau makan makanan Thai, memang telur dadar tak boleh tinggal 😆.

Seafood Tomyam with coconut milk- 299 Baht/RM29.90

Tomyam goong ni memang thorbaikkkk! Serious sedap! WOW sangat rasa dia! Bila hirup je tomyam ni terus rasa macam berada di Thailand!  Hahaha memang kau tengah ada dekat Thailand pon kan time ni. *pangg sedas*

 Tomyam yang paling sedap yang aku pernah rasa. Pedas tapi tak ler terlampau pedas. Yang ni ada santan cair tapi tak muak. Isi pon banyak. Memang marvelous tomyam dia! Kalau datang sini, tolong lah order tomyam ni. Tolong lah order. Tolong. Please. Please. Aku merayu. Haha. Gerenti korang tak menyesal punya.


Green Curry Chicken. 129 Baht/RM12.90

Thai Green Curry Chicken ni pon korang kena order. Kuah dia hirup macam tu pon sedap. Ayam dia pon lembut dan juicy. Memang sedap lah cerita dia.


Orang lain sedap makan lauk-pauk dengan steam rice. Husband aku ni tetiba nak makan nasi goreng. Ni nasi goreng apa tah. 129 Baht/ RM12.90

Dah habis makan pon sedap lagi aku menghirup kuah tomyam yang marvelous ni. Yang budak kecik dekat sebelah tu borak macam orang besar lah. Macam paham sangat orang sembang apa.Beriya beno muka nya. 😂





Logo HALAL siap depan restoran haaa.

Makan dalam 8 orang. Campur air dengan nasi, harga makan ni semua 2266Baht/ RM226. Ok-ok lah kan harga dia. Tak ada lah mahal. Tak ada lah murah. Boleh lahh. Makan kali ni Pak Ngah Han belanja. Thanks Pak Ngah Han. 😊



Yana Restaurant ni memang famous di kalangan orang kita sebenarnya. Tapi kalau dah sampai Bangkok tu, memang aku sangat recommend korang makan dekat sini.Ye lah dah sampai Thailand, mesti lah nak makan makanan original Thai kan? Yang penting HALAL. Makanan memang superb sedap! Kira macam tak sia-sia lah korang datang Thailand kalau makan sini. Haa camtu. 😝


  Yang best nya lepas makan dekat sini, boleh jalan-jalan dalam mall ni pulak. Sebab macam-macam benda ada jual dalam MBK Centre Mall ni.


Boleh jugak datang sini naik train. Kalau nak naik train. Ni cara dia:

-Ambil BTS Train ke National Stadium Station
-Kena jalan kaki sikit sampai MBK Centre
-Masuk mall, cari Yana Restaurant dekat Level 5, Zon A

Bila dah sampai, sila lah menternak lemak sepuas hati. Hehe. 😋😋😋

* Tetiba nak makan tomyam goong pulak lepas taip entry ni. 😅*

Ok bersambung lagi next entry ..............



Nak shopping murah tanpa berpeluh di Bangkok? Pergi lah MBK Center Mall , Thailand (Part 5)

$
0
0
Lepas dah makan tomyam sedap yang aku cerita dekat ENTRI NI . Kitorang jalan lah jap dalam mall ni tengok apa yang ada. Macam-macam benda ada dalam MBK Center ni. 

Nak shopping murah dekat Bangkok, Thailand? Datang lah ke MBK (Mah Boon Khrong) Mall. 
Ada 8 level. Macam-macam hado. Satu level tu kalau jual gadget, memang dari sini ke hujung sinun semua jual gadget. Kalau nak cari kasut, satu level tu semua jual kasut. Semua murah. Ada baju, kasut, kosmetik, mainan, perhiasan, barang elektronik and etc. Boleh jugak beli souvenir dekat dalam ni.



Mak buyung buat peace.



Murah-murah. Macam-macam hado.


Tengok dekat area luar mall ni ada Floating Market Festival. Tengok lah apa yang ada. Boleh lah jugak cari kudap-kudap yang boleh dimakan.


Dekat luar ni pon macam-macam benda ada.

Husband aku ni sibuk dok cari singlet.

 Dah ada yang dia berkenan. Tapi saja survey dulu. Saja lah jalan lagi menuju ke depan window shopping konon nya. Bila patah balik, orang yang jaga kedai ni hilang mana tah main tinggal je kedai dia. Last-last sampai ke sudah lah tak beli hape. 😅

Kemain toncet rambut engko bangg. Tetiba ada pokok kelapak di situ. 😝
Diorang ni nampak je kitorang terus cakap melayu. 
"halal..halal..boleh beli"

Tapi kitorang tak beli pon ni. Tak tahu lah sedap ke tak.

Ikan ni ada beli. Tapau bawak balik. Yang ni sedap. Isi fresh and manis. Sos cicah dia pon lazat.

Han dan Pak Ngah nya meronda cari makan.

Crepe Mak Kau Hijau 😝


Sebab crepe begini selalu makan dekat Malaysia. Tak ada lah rasa nafsu nak beli.

Bila jalan terus lagi. Macam-macam benda ada jual.

Nampak cambest tapi ni tak halal ye. Ada pork. So ni harommm.

Agak-agak tak pernah jumpa durian, boleh ler beli 😝

Try coconut ice cream Thailand.


Yang hijau tu apa tah. Cendol kot.


Dari jauh dah nampak buah mangga kau nok!

Selalu tengok orang datang Thailand mesti makan pancake pisang ni. Teringin gak nak rasa. 


Kedai ni ada logo halal siap. So try lah sini.



Ada telur dengan pisang.

Pap pap siap.
Diorang panggil pancake.
Kita dekat sini panggil roti canai jerr.


Dia drizzle choc syrup dengan susu dekat atas. Benda ni sedap makan panas-panas.

 Tercapai lah jugak hajat dapat makan benda ni. Rasa dia sedap jugak.

Kenyang sangat ke tewww bang?

Beli baby pineapple ni. 
Comel je bentuk dia bulat-bulat kecik camtu. 
Suka sebab manis. Sedap. 😋

Han paw atuk 😋

Masuk balik jap dalam mall tengok baju.

Han sedap je makan baby pineapple.



 Mah Boon Krong (MBK) ni memang “The Most Visited Mall in Bangkok”. MBK ni memang jadi tempat wajib datang untuk sesiapa yang kaki shopping sebab mall ni ada 8 level yang jual macam-macam jenis barang dengan harga murah. Kalau nak banding sini dengan Chatuchak Market, dekat Chatuchak lagi murah ah, lagi-lagi kalau korang pandai tawar. Tapi untuk harga standard mall, dekat MBK ni kira murah lah jugak. Nak shopping lama berjam-jam dalam ni pon tak ler berlecak tiak sebab dalam ni ada aircond. Nyaman sikit lah nak shopping dari shopping dekat market. Aku boleh kata MBK ni macam Times Square lah kalau dekat Malaysia.


Boleh tawar harga jugak dalam mall ni. Tapi selalunya kalau korang beli banyak, senang sikit ah dapat diskaun. Dalam ni penjual kebanyakan nya boleh paham/cakap english sikit-skit. Tak payah risau lah kalau nak tawar harga. Kalau english dia ala-ala je, kau tekan je calculator tulis harga yang kau nak. Senang! Tapi ada jugak sesetengah penjual yang boleh cakap melayu. Lagi lah senang korang nak sembang dan bodek kan? 😝


Ada money changer jugak dalam ni. Agak-agak sedap shopping sampai duit Baht habis tu tak payah susah-susah nak keluar mall. Dalam ni pon boleh tukar duit.


Yang best nya untuk muslim sebab ada musolla dekat level 6. Boleh solat dekat sini sekali. Musolla dia pon bersih.Dekat level 5 ada food court halal.

Antara Food Court halal dekat level 5 “The Fifth Food Avenue”:

- Thai Muslim by Sultana, 
-Indonesian by Jimbaran Bali, 
-Muslim by Ali’s Arabic Cuisine 

Dekat level 5 ni jugak ada Yana Restaurant yang aku review dekat ENTRI LEPAS. Aku suggest kalau korang sampai MBK ni makan dekat Yana Restaurant je. Sedap pon sedap! 😋





Dah puas jalan dalam MBK Center tu dah jom balik.
 Ada je lah benda yang buat budak kecik ni terhibur di mana-mana. 😆

Sebelum balik hotel, mesti singgah 7 Eleven.

Sebab nak beli susu ni!

Susu honeydew dan susu pisang Thailand mariii.

Logo Halal siap. 
Aku ni memang suka susu. 
So semua jenis susu pon memang aku suka minum.
Susu pisang memang kegemaran! 😋



Ok nanti sambung lagi cerita next day. 
Tata titi tutu tete toto .
*ko dah kenapa sampai tete toto*
K bye!

Review Movie: LOGAN dan J REVOLUSI

$
0
0

Banyak movie yang aku tengok minggu ni dan minggu lepas. Tapi 2 cerita ni kira latest lah jugak. So aku nak review 2 cerita ni je lah. Yang lain aku malas nak review sebab aku malas nak taip. Boleh? Haha 😆

So kali ni nak review pasal LOGAN dan  J REVOLUSI.

  



LOGAN

SINOPSIS

Cerita LOGAN ni diadaptasi daripada komik OLD MAN LOGAN. Berlatarbelakang kan tahun 2029 (X-MEN film series yang paling maju setakat ni). Semua mutant pon dah mati. Ini kali terakhir Hugh Jackman berlakon sebagai LOGAN. 

Awal cerita Logan muncul dengan sudah beruban dan nampak tak bermaya. Alkohol pon bersepah-sepah. Selalunya dia pantas tapi kali ni nampak kusut dan tak teratur. Dah macam orang tua yang dah fed up dengan dunia.Sampai lah dia jumpa Laura yang comel tapi ganas nak meninggal. Budak Laura ni pon mutant jugak. Final mission LOGAN ni untuk bawa Laura ni ke satu tempat nama EDEN. Yang dia ingat mula-mula EDEN ni tak wujud, tapi ada je tempat ni sebenarnya. Laura ni nampak power bergasak daripada Logan. Ye lah LOGAN pon dah tua dan semakin lemah. Tu nampak memang memberansangkan cara budak Laura ni fight.

Pertengahan cerita dia agak slow tapi slow yang ada makna-makna sentimental value yang tinggi. Setiap scene adalah crucial dalam proses penceritaan. Tak bosan. Memang nampak chemistry Xavier, Logan dan Laura yang serasi bersama. Aku paling suka bila Xavier mengaku dia datuk, Logan ayah, dan Laura cucu. Rasa macam comel je! Hehe.


REVIEW


-Episod wolverine kali ni agak emosi. Yelah dia hidup pon dah lebih 200 tahun. Kali ni dia macam dah give up nak hidup.Lepas ramai orang yang dia sayang dan kawan-kawan mutant dia mati, dia pon macam tak koser nak enjoy life dah.

-Prof X pon macam dah give up nak hidup. Xavier yang dulunya professor, sekarang cuma seorang tua yang ada sawan dan menikmati saat-saat akhir kehidupan. Tapi telatah dia ada yang kelakar jugak.Masa dekat rumah orang yang dia tolong kuda terlepas tu nampak lah dia memang nak menikmati hidup sepenuhnya buat kali terakhir.


-Watak jahat pon best. Memang mengancam,ganas dan tak ada perasaan. Nampak intimidating walaupun tak power mana. Watak jahat memang selalu camtu ah kan. Tak power sangat tapi risau gak lah bila dia dekat dengan hero.

-Aksi dalam cerita ni agak ganas. Memang brutal dan gore. Penggal kepala lah, cucuk biji mata lah, sepak tutttt lah, kerat tangan lah, scene bunuh bersepai-sepai lah, dan macam-macam lah.Part darah memancut memang banyak. Bahasa pon kasar. Sebab tu cerita ni 18+ dan tak sesuai bawak budak-budak. Tapi aku bawak je anak aku, sebab dia dalam panggung memang tidur je. Lagi pon bukan dia paham apa.So aku dengan husband sedap je ler layan cerita ni.  😆

Laura ni talented. Kau memang boleh pergi jauh dekk. Hakak rasa kau ada potensi besar nak jadi pelakon hebat in future. 😆 Muka pon lawo. Kalau cakap dia ni Kendall Jenner waktu kecil pon aku percaya. Hehe. 


-Budak Laura ni berlakon best! Tp annoying gila scene dalam kereta yang dia dok mengomel nama-nama member mutant dia. Haha. Comel tapi annoying!

- Comel tengok Laura bergandingan dengan Logan.



Dari semua karakter yang ada dekat X-Men Universe, cuma Logan dan Xavier yang hubungannya paling rapat dan ada dalam semua filem ni. Yang buat touching sebab dia masih lagi jaga Prof X umpama jaga ayah dia. Tambah suka bila Logan tak lupa yang Xavier ni asalnya seorang guru. Logan ni kalau kat sekolah, dia lah pelajar paling problem tapi last-last tinggal dia je dok jaga Xavier. 


-Sebenarnya tak sangka Logan ni pon dimamah usia dan boleh uzur dan lemah macam tu. Aku ingatkan dia memang selamanya muda. 😆

-Cerita ni sedih jugak. Ada lah part-part yang menyentuh hati untuk bersedih. Lagi-lagi part Laura dengan Logan hujung-hujung tu. 😢

-Aku punya lah gigih tunggu credit. Tapi tak payah tunggu pon post credit sequel tu sebab tak ada pon. Boleh serta merta tinggalkan panggung lepas movie habis hokay!

- Overall cerita ni best. Good acting. Antara movie X-Men yang best!


Rating: 8/10 




J REVOLUSI

SINOPSIS



J Revolusi ni cerita pasal Jay (Zul Ariffin) yang merupakan seorang pegawai UTK (Unit Tindak Khas). Jay ni katanya hebat dan tak pernah gagal dalam 53 misi. Wow power sangat ni. Nak sainnnn. Haha. Jay ada kakak nama Dian (Fazura) yang jadi spy untuk satu misi ni.  Tapi untuk misi kali ni Jay gagal nak tangkap penjenayah dan kakak dia hilang masa letupan.Mula-mula semua orang ingat Dian dah mati. Sebab last misi masa ada Dian tu tempat tu kena bom lalu terbakar. Tapi mayat dia tak jumpa. 

6 bulan kemudian, chief dia bagi tahu yang kakak dia masih hidup dan penjenayah nak buat sistem barter lah antara virus dengan Dian. Rupa-rupanya Dian kena culik. Kali ni Jay gagal jugak nak bawak balik Dian dan semua ahli kumpulan dia mati. Tinggal Jay je yang hidup. So dia jadi buruan lah. Jay ni terperangkap dan kena tahan dengan tuduhan membunuh ahli kumpulan dia. Tapi dia lari. Lepas tu timbul lah pelbagai konflik dan insiden untuk selamatkan Dian. 2 orang ahli UTK ada tolong Jay iaitu  Eddie (Izara Aishah) dan Herman a.k.a Skodeng(Azad Jasmin). 


REVIEW

-Dah lama rasa tak tengok cerita melayu dekat panggung. Tapi cerita ni kategori boleh di layan lah.

- Secara jujurnya aku tak pernah tahu pon pasal UTK ni. Nampak macam polis tapi bukan polis. So bagus lah cerita ni angkat pasal UTK. Orang boleh tahu lah kerja UTK ni macam mana.

-Watak Jiman (Eidil Putra) memang macam haremm time awal-awal cerita tapi dia berjaya lah lakon kan watak dia tu. Memang pendengki dia ni. Tapi kalau pengarah gunakan lagi watak dia ni bagi lagi orang menyampah dengan dia aku rasa lagi best.

- Scene lawak memang banyak datang dari watak Skodeng. Ok lah lawak boleh diterima.

- Suka watak Izara dalam ni. Terbayang watak gadis naif kampungan dia bawak je sebelum ni. Dalam cerita ni Izara nampak selesa lah jadi Eddie dan nampak dia power berlawan. Fight scene dia pon best.

-Part siang tetiba jadi malam tu macam pelik lah jugak.

-Fight scene pon agak memuaskan. Tapi paling suka part Izara lanyak Zul. Ehehe. 😆

-Pelakon dalam cerita ni semua best-best dan boleh kata semua nya agak famous. Memang tu salah satu daya tarikan lah nak tengok cerita ni.

-Fight scene dengan Malaysia UFC Fighter, Peter Davis tu patut bagi lebih sikit baru syok. 😆

-Part tukar-tukar muka tu memang syok. Dah macam tengok cerita omputeh Mission Impossible. Haha.

- Ada lah plot twist sikit dalam cerita ni.

Overall story line best dan tak membosan kan. Untuk kategori cerita melayu memang boleh tengok lah.


Rating: 6.5/10

===

Korang dah tengok ke Logan / J Revolusi. Bagi korang best tak? 😊




[Review Movie] KONG : Skull Island

$
0
0


SINOPSIS KONG


Cerita pasal sekumpulan manusia yang nak buat eksplorasi ke pulau yang tak pernah diterokai oleh manusia. Pulau Skull Island ni sangat misteri dan dipercayai menjadi tempat tinggal makhluk-makhluk gergasi. So diorang ni nak uji lah teori diorang ni betul ke tak.

Nak jalankan kajian, kena perlukan bantuan tentera berhelikopter. Perang Vietnam pon baru je habis, banyak unit-unit tentera berhelikopter yang free tengah tak ada misi. Nak pergi pulau ni ada ajak satu team tentera yang dipimpin oleh Preston Packard (Samuel L. Jackson). Nak misi ni lagi lancar, ajak jugak James Conrad (Tom Hiddleston), seorang bekas tentera yang dah free tak ada tugas dan Mason Weaver (Brie Larson), seorang photographer wartawan; untuk publish benda-benda ajaib yang diorang akan jumpa dekat sana. 

Tapi bila diorang sampai je Skull Island ni, team ni “diperkenalkan” dengan seekor makhluk raksasa bernama Kong. Sebab diorang ni pergi bom tempat tu, si Kong ni marah lah. Mengamuk lah Kong. Helikopter diorang ni selamba je Kong pecahkan dan baling sampai hancur berkecai. Team ni banyak yang mati. Packard pon menyampah dengan Kong ni dan berdendam walau apa pon jadi dia nak bunuh Kong.


Tapi ada jugak yang terselemat. Yang terselamat ni secara tak sengaja terjumpa pulak dengan seorang veteran pilot yang dah terdampar dekat pulau ni berpuluh tahun.Dia ni banyak lah cerita pasal misteri pulau ni.


So apa yang akan jadi dekat diorang dan siapa sebenarnya Kong ni? Haaa korang kena tengok lah cerita ni.


===

REVIEW KONG


-Aksi dalam cerita ni agak mendebarkan lagi-lagi bila diorang jumpa makhluk gergasi macam Kong, labah-labah gergasi, cicak aneh and etc.

-Tapi plot dia senang nak agak, Ada konflik antara 2 kumpulan yang nak bunuh Kong dan lagi satu nak selamatkan Kong. Agak cliche tapi ok je lah kalau nak tengok pon.

-Aksi dan grafik dalan cerita ni memang best. Effect CGI dalam cerita ni memang terbaik. Memang nampak macam real ah haiwan-haiwan tu.



-Watak Preston Packard paling menonjol sebab dia yang beriya berdendam dengan Kong kebab Kong dah bunuh dia punya team. Watak-watak lain macam tak menonjol sangat. Hero dan heroin pon sama rata je watak diorang keluar.


-Gaya cerita ringkas je tapi ada pengisian yang bermutu dan di selitkan dengan pengajaran bahawa balas dendam tidak membawa apa-apa kebaikan pon.


-Ada plot twist sikit pasal Kong.


-Overall, grafik memang gempak. Cuma cerita dia agak tipikal. Sebab ada sesetengah watak tu mati sia-sia je. Kematian diorang tu nak tunjukkan Skull Island tu berbahaya je. Tapi still boleh ditonton cuma tak lah terlalu special.


Rating: 7/10

Boleh lah layan di pawagam berhampiran atau berjauhan anda 😜

REVIEW : Menternak lemak di 1957 Kopi + Makan

$
0
0
Haritu pergi De Centrum Mall yang baru bukak bersebelahan pintu utama Uniten. Lepak makan dekat Restoran 1957 Kopi + Makan ni. Besar jugak kedai ni, nak duduk luar ke dalam ke takdehal. Mana-mana pon boleh duduk.

1957 Kopi + Makan.


Kenapa 1957?  1957 kan tahun yang penting dan tak dapat dilupakan untuk rakyat Malaysia kan? Hari Merdeka untuk Malaysia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Siapa tak ingat tarikh ni memang saja nak kena cepuk. Hehe.



1957 Kopi + Makan ni memang sesuai sangat untuk sesiapa yang nak enjoy dining dan lepak santai-santai sambil minum kopi.Memang sesuai lah dengan nama.



Agak cozy untuk borak-borak. Ada seat dekat dalam dan luar. Persekitaran dia memang sangat selesa! 

Suka setting kedai dia. Selesa, kemas dan cantik!

Ni menu air special.

Nak makan ringan? Makan berat? Semua hado.

Yang best nya sebab all day breakfast. Nak makan western ada. Makanan Asian pon ada. Menu dia memang banyak pilihan!

Memang sesuai gila nak bawak family datang sini. Biasa kan selalunya parents nak makan nasi dan makanan melayu kan? Adik beradik kalau yang muda-muda pulak nak makanan hispter sikit kan? Haaa kat sini jangan risau. Mak ayah boleh je order nasi kerabu,nasi dagang, lontong ke, or nasi lemak ayam berempah ke. Yang lain boleh ler order pasta ke, burger ke atau apa-apa lah yang selera dengan tekak.


Mula-mula aku susah jugak nak decide nak makan apa sebab semua benda dekat menu ni macam sedap je. Dasar kuat makan memang cenggini. Aku pulak jenis tak kisah. Western ke nasi ke semua aku bedal. Hehe.



Datang-datang je terus nak mintak kek budak kecik ni.


Pilihan kek yang ada.

Tempat basuh tangan.


Tengok lah menu-menu yang kitorang order ni.



Beef Messy Fries- RM10.90*

Kentang goreng dengan bolognese sauce, daging cincang dan runny eggs. Nyum nyum. 

Ni baru appetizer hokayy 😋😋😋

Beef bolognese - RM15.90*

Chicken Chop - RM16.90*

Chicken chop dia sedap. Daging lembut je. Ada 3 pilihan sos. Aku pilih mushroom sos. Memang tak mengecewakan. Sedap! 😋

Chicken Rice 1957 - RM15.90*

Nasi ayam marvelous!

Air pon sedap. Order je lah air pon semua sedap je slurp slurp 😋

Nasi Kerabu Percik- RM15.90*

2 orang order nasi kerabu ni. 😋


Mee Goreng Mamak- RM11.90*

Ni sedap uihh. Husband aku ah ni tengok meja sebelah order sampai 4 Mee Goreng Mamak ni. Dia pon sibuk nak order jugak. Mee Goreng Mamak ni memang sedap. Manis, masin, pedas secukup rasa.  😋😋😋

Keropok Lekor Tok Beng - RM8.90*

Ni yang paling aku suka!! Keropok lekor dia lembut gila. Aku sorang pon boleh hadap ni. Sos buat cicah keropok lekor tu pon sedap. Kalau datang sini, tolong lah order Keropok Lekor Tok Beng ni! Memang sedap nak meninggal weh! Haha 😋😋😋

Memang menternak lemak habis ni. Ehehehe.

Dalam mulut memang tengah mengunyak Keropok Lekor Tok Beng! 😋



Nak makan ni. Jangan kacau.

Makan sekali dengan winner contest aku buat dekat instagram (@cikepal06) haritu.

Kita beralih ke arah pencuci mulut pulak. 

Cupcake red velvet.


Bubur pulut hitam.

Pisang special- RM5.90*

Ada cheese dengan coklat. Makan sekali dengan aiskrim. Kombinasi pisang goreng panas dengan aiskrim sejuk memang yummylicious! Ni pon korang kena order tau kalau datang sini 😋😋

Han makan beriya.

Kalau perempuan dukung kemain suka.


Overall, tempat ni memang best untuk nice teatime, makan dan lepak. Good coffee. Kopi dia pon rasa smooth je. Nak lepak dengan member pon best dekat sini. Nak bawak family pon sesuai sangat. The foods are awesome. Good services. Tak ada lah melanguk je tunggu makanan lambat sampai. Service memang laju ah. Suka! Suka! Dengan cozy ambiance and surrounding. Yang paling penting makanan sedap! Tu yang penting ye. Memang confirm akan datang balik dengan family pasni.

Restoran 1957 Kopi + Makan ni dekat De Centrum Mall, Bangi. Yang best nya kalau nak pergi restorang ni parking senang. Pasal parking ni pon penting ye. Kalau pergi tempat makan susah cari parking confirm boleh bikin stress. Tapi kalau datang sini confirm tak ada masalah parking. Parking senang.

Kalau korang nak tengok lagi gambar-gambar makanan yang menggiurkan, boleh tengok dekat FACEBOOK dengan INSTAGRAM 1957 Kopi + Makan .

Boleh lah try makan sini pulak. 😋😋😋

*Harga yang dinyatakan tertakluk kepada GST dan caj perkhidmatan.





Chicken Rice Ball bulat-bulat sedap Ee Ji Ban , Melaka

$
0
0
Husband aku ler ni tetiba nak makan chicken rice ball ni. Gigih lah pergi Melaka nak pi rasa. Tapi dah cakap awal-awal tak nak pergi time weekends. Nak pergi time weekdays je. Sebab tenang sikit berjalan tak ramai orang.  Tempat ni macam susah sikit nak cari parking. Masa aku datang tu memang rezeki,sampai-sampai terus dapat parking betul-betul depan restoran. Aku pergi hari Selasa baru ni. Orang pon tak ramai sangat. Datang je memang terus dapat tempat duduk.

Chicken rice ball sampai, Han terus ngappp seketul.

Ni lah restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball. Pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan, Mad Markets Hanis Zalikha and macam-macam lah tv program.

Banyak yang jual chicken rice ball dekat Melaka ni. Banyak yang non-halal.
 Tapi yang Ee Ji Ban ni Halal. 
Ada logo halal siap haa.

Menu.

Boleh makan dengan nasi biasa. Atau nasi bulat-bulat seperti nasi kepal itu. Nasi biasa tu dah selalu sangat makan kan dekat mana-mana? So sampai sini haruslah order nasi bulat-bulat tu. Baru lah terasa kelainan. Dah ah jauh datang ni semata-mata nak lunch 😂

Ayam boleh pilih nak roasted/steam. Ada banyak lagi lauk-lauk sampingan yang lain. Ada asam pedas, sayur, udang/sotong sambal and etc.


Ni yang kitorang order haritu.

1/2 Chicken - Roasted
RM26.00

Nyonya Sotong Udang Cili Garam.
RM40.00

Ni ambil size paling kecik ni RM40. Mahal ke murah? 

Chicken Rice Ball. Seketul 40 sen.

Teringat dulu kecik-kecik makan nasi kepal camni kalau tercekik tulang ikan. Hehe. 
Sekarang ni nasi kepal dah upgrade buat nasi ayam nok! 😂


Senyum ada makna budak Han itu.

Sebab nak ayam. 
Kuat makan budak ni.
Mesti ikut perangai bapak dia ni 😂. Haha.



Rasa?

Bagi aku, ok-ok lah rasa dia. Tak ada lah sedap gila-gila dan tak ada lah tak sedap pon. Kategori boleh di makan lah. Kalau korang dah alang-alang sampai Melaka tu, boleh lah try. Kalau lepas ni semata-mata dari KL aku nak ke sini sebab nak makan nasi ayam memang tak ah. Sebab aku pernah makan nasi ayam yang lagi sedap, Ee Ji Ban ni kira ok-ok lah. 

Cara nak makan?

Aku main belasah je makan. Dekat atas meja dia dah siap serve kicap cair dengan kicap pekat. Ambil rice ball sikit, taruk ayam, titis kicap, letak chili sikit. Terus ngappp je.

Service?

Service memang laju. Aku suka! Cepat je makanan sampai. Owner pon friendly.

Harga?

Harga boleh tahan lah. Tak lah murah sangat. Standard harga makan restoran. Total harga aku makan ni RM77.60.


Alamat:
Ee Ji Ban Chicken Rice Ball
275, Jalan Melaka Raya 3, 
Taman Melaka Raya.

Aku waze je Ee Ji Ban Melaka, nanti waze tu bawak lah korang ke jalan yang benar. 

Kalau nak cuba makan benda baru dan unik, korang boleh lah try. Sebab lain sikit lah kan. Sebab nasi dia bulat comel cenggitu. Layan lah gak makan nasi ayam kepal bulat-bulat. Hehe.


Next entry sambung lagi pasal jalan-jalan Melaka. K bye! 😆


Jalan-Jalan Melaka : A Famosa , Kuih Keria Antarabangsa , Naik Beca dan lain-lain 😝

$
0
0

Lepas makan chicken rice ball dekat SINI ,jom lah kita ke Bandar Hilir Melaka. Banyak tempat bersejarah yang ada dekat Bandar Hilir ni.

Ni lah Kota A Famosa atau Porta de Santiago bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis.

Nak cerita sikit sejarah A Famosa ni.A Famosa ni dulu kubu pertahanan, tapi dah banyak struktur rosak teruk masa pencerobohan Belanda. Pihak British cadang nak musnahkan je tempat ni tapi atas campurtangan Sir Stamford Raffles pada tahun 1808 telah menyelamatkan apa yang tertinggal sebagai A' Famosa pada hari ini. A Famosa ni merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia. *wow mari tepuk tangan ramai-ramai sebab benda ni masih wujud* 👏🏻😄


Dah alang-alang sampai A Famosa ni. Kena lah bergambar dengan "meriam" ni 😝 

Acah-acah pelancong. Ehehe 😁


Ni lah Bangunan Stadthuys – ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda)

Dari jauh memang dah nampak warna merah Bangunan Stadthuys ni. Dibina pada tahun 1650 dan ni lah rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. 

Dekat sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini ada gereja Christ Church yang dah berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan kincir air yang macam dekat Belanda tu. Bangunan Stadthuys sekarang dah jadi Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong.

Ni lah Christ Church yang dah berusia lebih 250 tahun tu.

Sebab cuaca tak panas sangat. Redup je. Rasa macam nak naik beca lah. Rambang mata pulak nak pilih nak naik beca apa. Kemain meriah beca masing-masing.

Last-last pilih beca angry bird. 😝 
Naik beca sekali round rm25.

Han sibuk nak tengok angry bird. 😂

Pastu singgah Cendol Jam Besar, Melaka. 
Tempat ni antara hotspot dekat Melaka ni. 
Tapi aku tak try pon cendol dia sebab tak rasa nak minum benda bersantan time ni.
Lagi pon baru lepas makan chicken rice ball yang aku cerita dekat ENTRI NI.
Pekena air tembikai dia je.

Tapi bukan air tembikai biasa-biasa ni. Ni minum tembikai sedut terus dari buah ni. Kau hado? Tak hado kannnn. Ehehe. Dia hancurkan isi dalam buah tu. Pastu letak crush ice.

Harga sebijik tembikai RM8.

Lokasi kedai ni memang cun. Betul-betuk sebelah River Cruise punya laluan dan Hard Rock Cafe. Keliling dia bangunan merah tu. Boleh ler lepak-lepak sambil makan cendol dan minum air tembikai sedut terus dari buah tu 😝 .





Han ni tak boleh betul tengok spek aku ni. Dia sibuk je lah nak tarik buat main. 😂

Dah datang Melaka ni, tak sah lah kan kalau tak beli Kuih Keria Antarabangsa ni. Memang betul-betul tepi jalan. Nampak je terus berhenti.

Punya lah banyak kuih yang sepatutnya depa jual. Tengok lah dekat poster belakang tu. Macam-macam sepatutnya hado. Last-last jual kuih keria je. Kuih lain nan hado. Kuih lain tu jualan sendu agak nya. Haji Jalil ni kata buat penat je buat kot. Last-last orang cari kuih keria gula melaka ni gak. Hari-hari gentel kuih keria je lah jawabnya. Masyuk pon masyukk. Hari-hari tak putus customer. 

Dulu aku pergi masa 2012 seketul 50 sen.
Sekarang dah naik harga. Seketul 60 sen.
Naik 10 sen. Hehe. 

Ada potensi ni boleh jadi seketul RM1 di masa akan datang ni 😝 

Terus beli seploh ketul. Makan kudap-kudap dalam kereta sepanjang perjalanan balik ke KL. Agak-agak macam malas nak ke Melaka nak makan kuih keria ni, boleh lah try buat RESEPI KUIH KERIA GULA MELAKA ni. 


K nanti sambung lagi cerita lain. Bye! 😊


p/s: Korang kalau ke Melaka suka pergi mana?

Amphawa dan Damnoen Saduak Floating Market popular dekat Bangkok , Thailand (part 5)

$
0
0
Ada yang tanya transportation aku dekat Bangkok ni naik apa. Sebab kitorang ramai dalam 8 orang. So memang memilih pengangkutan yang boleh sumbatkan semua orang dalam satu kenderaan. Nak ke floating market ni pon kitorang guna apps Grab Car je. Memang pilih MPV lah sebab muat sumbat semua orang. Senang gerak sekali tak ada yang terpisah. 

Btw, Thailand ni memang famous dengan floating market, lagi-lagi kalau dekat Bangkok. Kali ni kena siap awal sikit sebab nak ke floating market. Nak pergi floating market ni jauh dari central Bangkok. Ada lah dalam 2 jam baru sampai. Depends on traffic. 

 Floating market ni elok pergi pagi-pagi. Kalau sampai tengahari memang panas gila dan crowded dengan orang.



Han ni bukan boleh tengok aku pakai shades, mesti dia pon nak jugak. So shades dia memang kena bawak kemana-mana. Pantang tengok aku pakai, mesti dia nak jugak pakai together-gether (together-gether? Oh My English sangat engko!) 😎






Serious Bangkok ni memang panas weh ☀️☀️☀️☀️☀️


Amphawa ni floating market ke dua yang paling popular dekat Thailand. Amphawa ni nampak cute and fun. Sangat authentic dengan banyak rumah kayu kecik-kecik elok je kemas berbaris sepanjang canal. Banyak jual souvenirs, snacks and sweets. Nak buat thai massage atas bot pon boleh.




Ni apa tah. Nampak macam cornflakes madu.

Baju pon banyak.

Mainan pon ada.




Boat noodle baru nak bukak.


Tapi boat noodle sini non-halal.

Panas-panas masih tersenyum.



Tapi sebab aku pergi ni awal. Sampai sini dalam pukul 9am. Diorang pon baru nak setup kedai. Tak banyak lagi kedai yang bukak.Datang ni saja je nak singgah. Sebab tujuan utama nak pergi floating market yang paling famous dekat Bangkok lepasni.

Sebelum ke destinasi seterusnya, beli lah apam buat alas perut. Ok lah. Rasa dia macam apam. 😆





Sebenarnya banyak floating market yang ada dekat Bangkok ni, tapi yang paling popular dan orang selalu recommend memang Damnoen Saduak Floating Market. So moh lah kita!





Nak pergi Damnoen Saduak Floating Market elok nya pagi-pagi. Tengahari sikit memang crowded dengan pelancong. 



Bot ni ada atap atas dia. Kalau tak ada atap, mahu lagi bahang panas terbako. 😂


2000baht/RM200 per boat for 1 hour
3000baht/RM300 per boat for 2 hour

Aku ambil 1 jam je. Lama-lama sangat nak buat hape kann. Sebab kitorang 7 orang + seorang Han. Ingat boleh lah semua naik satu bot. Tapi dia tak kasi. Suruh naik 2 bot jugak. Padahal muat je kot kalau semua naik satu bot ni. Huhu. Nak duit lebih lettewww. 

Damnoen Saduak ni floating market yang paling lama ada dekat Thailand dan paling banyak pelancong. Memang besar, meriah dan penuh dengan bot jual makanan dan sangatlah colourful.

Tapi hati-hati dengan scammers dekat sini. Aku awal-awal pon dah kena scam sebab suruh naik bot asing. Padahal muat je pon kalau nak sumbat semua. Tapi malas nak bertekak dengan dia kan. English diorang pon ala-ala je. Baik aku cakap dengan ayam serama dan itik serati lagi bagus.  😂


Damnoen Saduak ni tempat shooting filem James Bond 'the Man with the Golden Gun'. 

Dari jauh nampak logo halal ni. Ok lah boleh ah makan untuk isi perut.

Sepanjang aku atas boat dekat Damnoen Saduak Floating Market ni. Ni je tempat halal yang aku nampak. 

Sungguh pandai beramah mesra acik ni. Sampai je terus nak salam aku.

Tengok menu dia. 

Semua pon nampak macam sedap.

Last-last aku order pad thai. Makan lah pad thai atas boat. Sedap jugak pad thai ni.

Teruskan perjalanan.

Dah sampai tengah-tengah ni memang lagi meriah lah.

 Besar betul udang dia.Lagi besar dari penumbuk aku. Haha. Tapi aku tak try pon ni. Tak tahu lah sedap ke tak.

Jauh menung pakcik.

Canggih bot diorang ni. Siap boleh masak lagi atas bot. Kau hado? 😝


Naik bot pon traffic jam 😆


Atok nampak orang jual buah. Terus beli pisang untuk cucu kesayangan 😝.

Sedap hingga menjilat jari makan pisang 😝

Banyak orang jual painting tapi harga mahal jugak.

Makcik kenapa?

Jalan punya jalan. Tetiba husband aku cakap.
"Yunk! Yunk! Ada artis dekat sebelah tengah sedap makan nasi goreng. Tu tengok tu!" *tunjuk-tunjuk bot sebelah*


Artis hape kebenda nyaaaaaa.


Cepuk satgi kang. 😂


Banyak barang ada jual dekat sini. Ada makanan, lukisan, hiasan rumah, pakaian, buah-buahan,bahan masakan, souvenir dan macam-macam lah. 



Sampai dah lah Damnoen Saduak Floating Market yang dikatakan popular tu tapi harga barang boleh tahan mahal. Biasa lah dah kata tempat tarikan pelancong, confirm harga diorang up kaw-kaw punya. Tapi apa-apa pon yang korang nak beli boleh tawar-menawar.





Yang tak bestnya dekat sini, ada sesetengah penjual tu suka paksa beli barang dia. Contohnya pompuan ni. Selamba tenuk je main tarik bot kitorang. Pastu dia bagi satu 'tuk-tuk' perhiasan dekat Han. Han pon ambil dan pegang lah. Pastu terus dia mintak duit. Perghh dia yang bagi benda alah tu, bukan kita hambik, kita pulak yang kena bayar. Kongasam betul. Pastu harga mahal nak meninggal. 


Souvenir kecik tu dia caj 500baht. RM50 satu. Mahal kot. Aku bagi dia balik 'tuk-tuk' tu. Dia tak nak ambil dan paksa-paksa bayar. Aku ambil calculator dia tekan 20baht/RM2. Pastu dia geleng-geleng. Eee dia niii. Dah lah memang aku tak nak beli pon. Bagi RM2 pon tak nak. Haha. Pastu dia letak harga 200baht/RM20. Kecik beso kecik beso je aku tengok dia ni. Aku ambil balik calculator dia kira murah hati lah ni nak bayar kann. Aku tulis 50baht/RM5. Yang ni dia accept je lah walau muka terpaksa dan sedikit muncung macam cencurut. Hahaha. 


Kira bagus lah aku nak bayar kan sebab bukan aku nak beli pon. 😂


Bayangkan dia tekan harga macam mana. Dari barang boleh beli dengan harga rm5 boleh naik sampai RM50. 10x ganda tu. Kaw-kaw up harga.


TIPS: So korang hati-hati dekat sini, lagi-lagi kalau jenis yang main tarik je bot korang. Dan lagi satu kalau korang tak ada niat nak beli dekat satu tempat tu, tak payah lah sibuk-sibuk nak tanya harga. Dah tanya, memang dia paksa beli. Aku yang tak tanya apa-apa ni pon kena paksa beli. Ni pulak kalau korang beramah mesra dengan dia tanya harga itu ini. Kalau tak ada yang berkenan, teruskan je perjalanan.




Layan pad thai atas bot lagi bagus.

Tapi best je pergi floating market ni. Sangat colourful. Selama aku dekat Bangkok, bila sampai floating market ni je baru aku rasa macam aku berada dekat Thailand. Hehe. Sebab tempat-tempat lain macam dekat mana-mana pon ada.



Bagi aku Damnoen Saduak Floating Market ni salah satu tempat yang korang kena pergi lah kalau korang datang Bangkok atau Thailand. Harga barang agak mahal tapi dapat lah pengalaman baru. Target aku nak sampai sini sebab nak tengok real floating market je, tak ada rasa nak beli apa-apa sangat pun. So tak ada lah kisah sangat bab shopping ni. 


Btw, Amphawa Floating Market dan Damnoen Saduak Floating Market ni, dua-dua jauh dari central Bangkok. Memang dalam 2 jam nak sampai tempat ni.


Walaupun tak beli apa-apa, beli pad thai Halal je.Tapi ok lah puas hati. Boleh jadi kenangan best! At least pengalaman sekali seumur hidup ke floating market Bangkok ni. Janji tinggal jejak.  😆


Bersambung ....

Entri sebelum ni



Makanan Halal di Bangkok : Usman Thai Muslim Food (part 6)

$
0
0

Lepas dah jalan-jalan atas air naik bot dekat FLOATING MARKET , tiba lah masa untuk menternak lemak. Hoyehh. Ehehe 😋

Lokasi pilihan kali ni nak ke Usman Thai Muslim Food Restaurant.

Restoran ni dekat Sukhumvit Soi 22.

Kalau nampak Hotel Marriot area Sukhumvit tu betul lah tu.

Cari signborad kuning terang ang ang ni. Pastu masuk dalam lorong tu. Jumpa lah restoran nya.



Sampai-sampai je owner ni terus cakap melayu. Nampak family aku pakai tudung macam orang Malaysia kan. Semua dalam restoran ni pandai je cakap melayu.

Pastu terus ajak Han main toys dengan anak dia.

Suka je Han nampak toys. Bagus jugak. Boleh aku makan dengan aman dan tenteram bila Han dok ralit main.  😝


Ni harga combo meal dekat Usman Thai Muslim Food ni.
Harga memang affordable.
Kalau korang datang  couple 2 orang je. Boleh pilih combo meal 1 tu. 300baht/RM30 kalau makan untuk 2 orang. Kitorang tak ambil combo ni. Pilih lauk ala carte.


Telur dadar kena ada.
Siap owner tu kata, orang melayu memang tak tinggal ye order telur dadar. 😝


Ikan masak 3 rasa.

Tomyam.
Kalau tanya aku tomyam mana lagi sedap, dekat sini atau dekat Yana. Aku lagi suka tomyam dekat YANA RESTAURANT ni lagi. Tomyam dekat Yana tu sedap gila. Tomyam dekat sini ok-ok lah rasa dia.


Nasi bentuk love 💙

Dekat sini memang glamour dengan nasi bentuk love 💙 nya.


Oxtail soup. Yang ni owner recommend suruh order. 






Dah nak separuh makan daging bakar. Tetiba rasa nak tanya owner tu.
"Bang sambal belacan ada?"

Apa pulak takdeee. Adaaa.
Haaa memang lagi sodap lah bila dah makan dengan sambal belacan sekali 😋

Mari lah makan.



Dessert order Mango Sticky Rice.
Sepanjang dekat Thailand ni, aku rasa pulut mangga ni lah yang laing sedap aku makan. Yang lain rasa biasa je. So kalau korang datang Usman Thai Muslim Food ni jangan lupa order ni. Sedapppp  😋.

Serabut betul aku tengok wayar dekat Thailand ni . Tapi dekat mana-mana pon sepanjang jalan dekat Thailand ni, susah nak jumpa wayar yang tak serabut. Semuanya serabut-serabai. Haha 😂

Kalau singgah 7-Eleven or stesen minyak. Memang kena beli susu ni. Semua ni ada cop Halal. Aku memang suka susu. So susu dekat atas ni semua sedap bagi aku 😋.


Kalau korang sampai Bangkok nak cari restoran Halal, boleh lah try YANA Restaurant dengan USMAN restaurant ni. Both pon sedap.

Kedai makan Usman ni memang famous dikalangan orang kita. Lokasi dia di Sukhumvit Soi 22. Bukak pukul 10am until 10pm, tutup setiap Jumaat ye. Usman ni ada sediakan hostel jugak, price range per night start dari 350 baht hingga 850 baht. Kalau korang backpakers memang sesuai lah nak duduk hostel dia. Yang penting muslim friendly. Dakat sini cakap melayu je. Memang dorang paham.Owner dia pon peramah gila 😄

Bersambung....

Entri sebelum ni





REVIEW MOVIE : Beauty and the Beast , Power Rangers , Kimchi untuk awak , LIFE , Boss Baby , dan Ghost in the Shell

$
0
0
MOVIE REVIEW TIME !!! 🎬🎬🎬




BEAUTY & THE BEAST

Sama je macam kartun. Plot tak banyak berubah dengan cerita kartun BEAUTY & THE BEAST. Cerita pasal Belle nak tolong ayah dia kena perangkap dekat satu istana. Ada cerita lah disebalik istana tu. Tapi dalam istana tu ada seorang putera dah jadi Beast akibat kena sumpah. Beast tu kena jumpa cinta sejati, baru lah dia boleh jadi orang balik dan perabot dekat rumah dia pon boleh jadi manusia balik. Masa Belle nak tolong ayah dia ni, dia pon merelakan diri dia dikurung dalam istana tu. Time tu lah mula bibit-bibit cinta si Belle dengan Beast tu.

REVIEW BEAUTY & THE BEAST

- Ada value kekeluargaan. Walaupun tengok teko dengan cawan bercakap, rasa lah sifat family tu. Perabot yang boleh bercakap pon semua nya comel.

-Ada nilai strong woman. Watak Belle tu seorang yang berani and independent lah. Bukan jenis perempuan lembik dan slow je nak tunggu prince selamatkan baru otak dia jalan. Haha. Tapi Belle ni jenis orang yang boleh buat keputusan sendiri and tak bergantung dengan orang lagi-lagi lelaki.

-Pasal isu LGBT yang kontroversi sangat tu sebenarnya tak terkesan sangat pon. Kalau bawak budak-budak tengok pon agak nya budak tu tak perasan apa pon. Kalau isu pasal LGBT ni tak wujud, memang tak perasan lansung kot unsur-unsur macam tu.

-Sepanjang penceritaan kita akan rasa seronok dengan keletah barang-barang yang boleh bercakap.Graphic cantik sangat dan terasa mewah. Animasi nya pon terasa hidup.Memang nampak macam real ah perabot,teko, cawan, burung semua tu bercakap. Emma Watson cantik . Gaun kuning yang dia pakai pon cantik.

-Nilai positif dalam cerita ni nak bagi tahu jangan nilai orang dari fizikal, nilai lah dari ketulusan hati dia.

-Cerita ni musikal. So dalam cerita ni ada nambelas juta lagu. Hahaha. Sesetengah orang mungkin rasa bosan sebab asyik nyanyi je. Tapi memang ni dah cerita Disney yang musikal. So korang memang kena expect lah ada banyak lagu.

-Every moment ada something magical yang korang akan enjoy. Masa aku tengok ni bila habis je cerita ni dalam panggung, semua tepuk tangan. And rasa macam nak nyanyi "Beautyyyyy anddd the Beasttttttttt......" bila keluar panggung pon. Hihi. 

Rating: 7/10




POWER RANGERS

Cerita pasal 5 orang remaja yang bermasalah atau dilihat sebagai bermasalah oleh masyarakat or family diorang. Semua tak berapa kenal satu sama lain. Sampai lah semua ni terjumpa dekat satu tempat. Secara tidak sengaja diorang jumpa dengan 5 buah POWER COIN.  Bila semua balik rumah, semua rasa aneh dengan diri diorang. Semua tetiba jadi power dan sangat kuat. Pastu baru lah tahu diorang ni insan-insan terpilih yang ditakdirkan jadi power rangers.

REVIEW POWER RANGERS

-Ni memang childhood memorie. Dulu tengok Power Rangers dekat tv je masa sekolah. Macam aku dilahirkan pada tahun 90an, so Power Rangers masa tu memang antara rancangan favorite. 

- Jalan cerita agak tipikal lah untuk cerita superhero remaja. Remaja bermasalah yang dibagi harapan semula jadi superhero dan dapat kuasa yang power untuk selamatkan bumi.

-Lakonan ok-ok lah. Tak lah bombastik sangat lakonan masing-masing tapi cukup baik untuk filem remaja.

-Lagu power rangers: Go Go Power Rangers. Dulu kalau cerita dekat tv, setiap kali lagu ni berkumandang time power rangers nak berlawan, atau dapat semangat, kita pun rasa semangat jugak dan nyayi sama Go Go Power Rangerss. Hehehe.Tapi korang jangan harap ada pada cerita ini ye. Dalam cerita ni lagu tu macam tak kena dengan scene sangat. So tak ada lah rasa bersemangat tu.

-Filem ni just pengenalan Power Rangers je. Agak tipikal tapi ok lah.  Kalau korang mengharapkan something yang gempak gila, korang akan kecewa lah. Aku recommend korang tengok filem ni dengan niat nak tahu jalan cerita versi baru ni je, bukan mengharapkan sesuatu yang terlalu awesome. Tapi satu permulaan pengenalan cerita yang agak baik bagi aku. Lepas ni ada sambungan.

-Jalan cerita asal-usul pon munasabah dan boleh diterima.

-Overall, bagi aku tak lah terlalu mengujakan dan tak lah terlalu menghampakan. Mesej terpenting dalam cerita ni ialah keberanian menghadapi dugaan (semua rangers ada darkside masing-masing) dan friendship power dapat disampaikan.

- Jangan lupa tunggu cerita ni sampai post end credit. 

Rating: 6.5/10




KIMCHI UNTUK AWAK

Sinopsis

Cerita pasal Bella (Emma Maembong), seorang pelajar di universiti Korea Selatan nak habiskan cuti semesternya di Malaysia dengan aman. Tapi hidup Bella jadi huru-hara sejak insiden dia terlanggar seorang lelaki kacukan Melayu Korea bernama Danial Lee (Aiman Hakim) dekat airport. Tak cukup dengan insiden itu, kak long pulak paksa Bella buat kimchi sempena menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kakak dia kerja. Bella lagi tak aman lah bila dapat tahu presiden tu Danial Lee. 


 Keadaan jadi makin parah bila rupa-rupanya keluarga diorang ni saling kenal dan nak kahwin kan Bella dan Danial Lee. Bila diorang dah kahwin, ada lah satu insiden yang buatkan Bella merajuk dan lari ke Seoul.

REVIEW KIMCHI UNTUK AWAK


-Lakonan ok. Watak Bella pon cute je. Cuma Daniel Lee tu kalau cerah sikit lagi ok lah kot. Baru lah lebih sikit feeling korea nya. Hehe.

-Cerita ni adaptasi novel dan banyak menunjukkan rasa kasih sayang antara suami dan isteri. Tapi rasanya better ambil pelakon yang free hair dan pakaikan dia tudung untuk pegang watak Bella tu (kalau dalam karakter novel tu kena pakai tudung lah). Kalau pelakon berhijab ni kena ambil kira jugak lah watak tu. Sebab bila perempuan pakai tudung bawak watak pegang-pegang peluk-peluk ni memang kurang manis lah dan bersedia je lah untuk dikecam netizen. Sebab macam tak berapa sesuai.

- Faris (Ungku Haris) dan Aminah (Sharifah Sakinah) punya watak pon kelakar. Sekejap je diorang keluar tapi menghiburkan gak ah. Nama betul Aminah, tapi sebab nak feeling Korea, terus jadi Min Ah. Haha. Yang Faris tu pon annoying gila nak mintak restu kawen pon nak pakai baju pengantin siap tanjak keris bagai. Tah pape mamat tu. Haha.

-Watak jahat Janna Nick berlakon tu pon menjadi. Memang rasa nak lempang je dia dengan rambut helmet dia tu. Haha.

-Overall, ok lah untuk tengok santai-santai. Filem romantik komedi kan. So ringan je lah cerita dia.

Rating: 6/10







LIFE


Cerita ni kategori sci-fi, horror and thriller. Segala pasal sci-fi tu memang sampai. Cerita ni pasal satu team ahli sains di stesen angkasa antarabangasa (ISS) menerima sample tanah dari Marikh. Diorang ni nak kaji ada kehidupan (LIFE) lain tak dekat sample tu. Dalam sampel tanah tu ada satu sel organisma bersel tunggal yang dikatakan hidup atau berhibernasi di planet Marikh. Team ni cuba nak hidupkan balik sel tu.Dalam pada nak kaji sample tu,haaa sekali ada sesuatu benda buruk yang jadi dan bawak masalah besar. Time ni lah mula thriller nya. Mula lah seorang demi seorang akan mati.

REVIEW LIFE

-Sepanjang tengok cerita ni memang rasa suspen lah. Kita asyik rasa nak tahu je apa akan jadi next scene. Nak tahu siapa pulak yang nak mati lepasni. Nak tahu siapa je yang boleh survive.

-Makhluk aneh tu kebal gila. Suspen jugak tengok benda alah tu sebab dia liat nau nak mati.

 -Babak aksi memang mendebarkan dan akan membuatkan korang tak senang duduk sebab kebolehan membunuh makhluk aneh tu agak menakutkan.

-Dari segi jalan cerita dan aksi/keseraman, memang berjaya ah menarik perhatian kita untuk tengok sampai habis.

-Ending ada plot twist.

-Kalau korang peminat sci-fi and thriller, korang akan suka lah cerita ni. 

Rating: 7/10



THE BOSS BABY

Filem The Boss Baby cerita pasal Tim budak umur 7 tahun yang rasa hidup dia sangat sempurna. Sebab Tim ni anak tunggal, dia sangat disayangi lah oleh parents dia. Tapi bila ada je baby boy baru yang muncul ni, terpaksa lah parents dia bahagi kasih sayang. Boss Baby ni memang buat life Tim ni berubah lah.

Sampai satu masa ni Tim dapat tahu yang Boss Baby ni bukan baby biasa. Dah lah baby ni boleh cakap macam orang dewasa, Boss Baby ni rupanya spy rahsia untuk syarikat Baby Corp. Pastu bermula lah macam-macam hal pasal Boss Baby ni.

REVIEW THE BOSS BABY

- Cerita ni comel. Graphic dia pon memang comel gila.

- Cerita ni memang untuk kanak-kanak tapi ada jugak dialog yang agak rude dan kasar yang tak sesuai untuk budak-budak tengok. Sebab tu lah kot cerita ni PG-13.

-Awal cerita The Boss Baby ni ada lah babak abang bergaduh dengan adik. Abang cemburu dengan adik yang muncul dan parents pon mula abaikan anak sulung sebab bagi lebih attention dekat baby baru. Tapi bila sampai pertengahan filem sampai habis ada lah satu mesej positif untuk kanak-kanak yang tengok untuk sentiasa berbaik dengan adik-beradik dan baik nya bekerjasama together.

- Cerita ni agak complicated untuk budak-budak sebab terlebih imaginasi. Kalau orang dewasa tengok ok lah senang faham.

-Tapi sebab graphic dia comel, enjoy jugak lah tengok. Cuma imaginasi cerita ni memang terlebih ah. Nasib baik kartun. Sebab aku expect jalan cerita lain. Rupanya lain.

Rating: 6/10



GHOST IN THE SHELL

SINOPSIS 

Filem Ghost In The Shell berlatarbelakang kan masa hadapan di mana teknologi sibernetik telah mencapai tahap yang maju gila sampai sesiapa boleh dapat mata, tangan, kaki atau apa-apa je lah anggota badan yang dah ditambahbaik secara sibernetik.

Matlamat terakhir untuk pindahkan otak manusia ke dalam badan sibernetik sekaligus menghilangkan semua kelemahan fizikal yang dikaitkan dengan badan manusia tapi mengekalkan kelebihan manusia dari segi kebijaksanaan otak. Inilah tujuan Major (Scarlett Johansson) diwujudkan; sebagai eksperimen untuk tujuan tersebut.

Kisahnya bermula dengan kemunculan seorang hackers yang menggodam dan membunuh saintis dan pihak pengurusan yang berkaitan dengan Hanka Robotics. Major dan team di beri tugasan untuk mencari dan tangkap orang yang bertanggungjawab. 

REVIEW GHOST IN THE SHELL

-Aku bukan lah pengikut anime Ghost In The Shell, tapi aku memang tahu lah cerita ni sebuah siri anime yang popular. Sekarang dah difilemkan jadi sebuah filem live action walaupun menerima kritikan sebab pilih Scarlett Johansson jadi watak utama dan telah "meng-omputeh-kan" anime Jepun.

-Jalan ceritanya senang nak faham, tak terlalu heavy and at the same time tak terlalu ringkas. Kalau korang yang tak pernah tengok siri anime pon senang je nak paham plot dan jalan cerita.

- Scene aksi pon ok. Walaupun pendek tapi menarik dan menghiburkan.

- CGI dan kesan khas dia memang gempak. Memang kita boleh tengok dunia masa depan yang menarik dan ada unsur retro modern. Billboard pon semua 3D. Canggih gila.

-Overall, bagi aku filem Ghost in the Shell ni menghiburkan, tapi bukanlah sebuah filem yang akan korang perkatakan lepas keluar panggung. Nak tengok santai-santai boleh ah.

Rating: 6.5/10

====


Ada cerita yang aku review ni korang dah tengok? Best tak bagi korang? 😄




Chatuchak Market !! Pasar wajib singgah di Bangkok , Thailand (part 7)

$
0
0

Chatuchak Market ni orang Thailand sebut Jatujak Market. Chathuchak jadi Jatujak, kok jowo banget bunyiknya. Haha. Tapi pedulik hape aku, aku tetap jugak nak sebut Chatuchak Market. Kehkeh.

Chatuchak Market ni pasar terbesar dekat Bangkok. Kalau korang ada dekat Bangkok hari Sabtu or Ahad boleh lah singgah pasar ni. Weekends baru pasar ni meriah.Macam-macam hado. Haiwan peliharaan pon diorang jual dekat sini. Nak kucing, arnab, biawak, ular, burung, iguana, labah-labah, landak, mentadak mentadu, semua ada kalau korang nak bela. 

Lagi nak apa? Makanan, minuman, pakaian, aksesori, streetwear, barang secondhand, barang seni Thailand, souvenir, alat masak, alat tulis, buku, interior rumah,kain pasang. Semua ada. Cuma batu nisan dan kain kapan je lah kot yang tak ada orang jual dekat sini. Hashtag sis insof.




Cara nak ke CHATUCHAK :

-Naik skytrain (BTS) ke Mo Chit station, ambil exit no. 1 dan jalan sampai jumpa pintu masuk kecil ke pasar Chatuchak.

-Boleh jugak naik subway (MRT) turun di Chatuchak Park station (exit no.1), dan berjalan sampai jumpa pintu masuk kecil ke pasar (clothing section). 


 Chatuchak bukak hari :
– Jumaat: 18:00-24:00
– Sabtu dan Ahad: 09:00-18:00


Takut nau spek dia tertanggal 😂


Toys and segala jenis mainan banyak jual dekat sini. Han memerhati je tu 😝


Ni bahagian pets. 
Banyak haiwan yang ada sebenarnya.


Burung bagi lepas gitu je. 
Tak terbang pulak burung ni nak larikan diri. 
Bagus ye kau burung dok ontok-ontok dekat situ. 😝







Barang perhiasan banyak ada dekat sini.

Barang dapur, hiasan or perkakas rumah pon macam-macam bentuk ada.

Baju memang banyak.



Ramai jugak orang. Tapi kitorang semua tak ada rasa nak shopping apa pon. Nak cari makanan kudap-kudap je.

Beli ler coconut ice cream ni.


Must try! Coconut ice cream. Beli satu tempurung boleh tambah topping apa suka hati korang nak. Rasa sedap jugak. 😋


Dekat Malaysia dah banyak jugak yang jual coconut ice cream ni. Tapi dekat sini boleh rasa yang Original punya coconut ice cream lah 😁

Pulut mangga. Ramai yang beratur. Tapi sebab kitorang baru makan pulut mangga sedap dekat Usman Restaurant ni. So tak beli lah yang ni. Nampak gaya macam sedap sebab ramai nau yang beli.

Pelbagai jenis telur. Tapi tak beli pon. Saja tengok.

Nak massage? Haa dekat mana-mana pon boleh massage.


Sotong goreng. Ni tak tahu lah apa rasa. Tak try pon.

Sebab panas yang amat dekat sini, kena beli air.

Dah datang Thailand ni tak sah ler kalau tak pekena diorang punya Thai Tea. Memang sedap! Ni siap ada grass jelly. Sedut air dapat sedut jelly sekali. Ahh nyamannnn. Cuaca panas bila air sejuk lalu tekak memang layannn. 😋

Ni pon ramai gila beratur.

Jual roti bakar rupanya.

Ada macam-macam perisa. Kitorang pon try lah. Sedap jugak makan panas-panas.

Han pon sedap makan roti bakar 😋😋😋



Nak bagi tips kalau korang nak shopping dekat Chatuchak Market ni:

🌸-Kena pandai tawar-menawar. Kalau ada penjual tak nak turunkan harga, takpe, pergi je dekat penjual lain. Sebab banyak je kedai jual benda sama. Untung-untung dia panggil kau balik, bagi tahu harga yang kau nak dan dia pon bersetuju untuk kau bayar dengan harga kau. So skill tawar-menawar kena mantoppp dekat sini! Hehe.

🌸-Tapi kalau kau dah puas hati dengan harga yang diorang letak, boleh terus beli. Sebab pasar ni besar. Takut korang give up je nak cari barang yang sama dekat kedai lain. Kalau korang gigih, takdehal. Ada je kedai yang memang harga dia dah murah gila.


🌸-Boleh ler bawak kalkulator kalau nak. Kalau bawak handphone pon ok je. Kan ada apps kalkulator dekat phone kan? Sebab english diorang pon ala-ala je. Macam ayam itik bersembang je karang. So ada kalkulator dekat phone tu senang lah sikit nak tawar-menawar.

🌸-Jangan mengada-ngada nak pakai high heels. Pakai lah kasut/flat yang selesa. Sebab korang memang akan banyak berjalan dalam pasar ni dan trust me! Pasar ni memang besar gila!

🌸-Cari orang yang bagi peta untuk mudahkan korang shopping dalam pasar ni. Sebab pasar ni ada banyak area. Chatuchak Market ni ada beribu-ribu kedai! Ada juga service pos barang ke Malaysia (kalau borong banyak barang)

🌸-Cuaca dekat Bangkok ni memang panas gila. Boleh bawak sunglasses or topi. Recommended untuk korang pakai outfit yang simple je untuk ke Chatuchak Market ni. Tak payah pakai baju berlayer-layer macam kek lapis. Panas weh. Slipper/sandal/ flat shoe memang recommended! And for kids boleh bagi diorang pakai sleeve-less or short. 

🌸- Sebab tempat ni penuh dengan manusia, so hati-hati dengan handbag or dompet. Pencopet ada dimana-mana.

🌸– Bawak cash yang cukup, sebab sebahagian besar kedai dekat sini semua guna cash dan tak terima kad. ATM ada tapi tak banyak sangat.

🌸-Kalau korang datang sini dengan niat nak shopping dan belanja besar, boleh lah bawak beg luggage untuk sumbat barang-barang korang dalam tu. Kalau agak-agak lupa diri shopping tak hengat dunia, sampai tak tahu nak letak barang dekat mana dah. Boleh je beli luggage bag dekat sini. Banyak je orang jual murah-murah.

🌸- Untuk muslim jangan risau, sebab dekat Chatuchak ni banyak je yang jual makanan halal.


Jalan punya jalan, haus lagi. 
Beli thai tea lagi 😋

Sweet angatt atok dan nekma Han minum kongsi-kongsi 😝

Dok usha awek siam ke tewww? Han jangan maciam-maciam ye 🤓



Bagi aku, personally Chatuchak is a place must go la jugak . Sebenarnya semua market dekat Bangkok ni sama je. Barang jualan dia sama. Harga dia pon sama cuma skill tawar-menawar korang je kena mantopppp! Hehe 😁

Tapi barang dekat Chatuchak Market ni agak murah jugak.



Entri Bangkok, Thailand


Fuhh habis dah entry Bangkok. Banyak lagi cerita travel aku nak cerita. Cerita honeymoon London pon aku tak habis cerita lagi. Haha. Pause jap. Nanti mood sudah mari baru sambung balik. Heee.




REVIEW MOVIE : Fast & Furious 8 . Best cerita ni!

$
0
0
Antara filem yang aku tunggu-tunggu untuk tahun 2017 ni. Ternyata memang tak sia-sia aku tunggu cerita ni. Hee.


SINOPSIS Fast & Furious 8

Dom dan Letty tengah sedap honeymoon dekat Cuba. Tetiba ada sorang wanita misteri jumpa Dom dan suruh buat jenayah dengan dia. Dom tak boleh elak sebab nyawa orang yang dia sayang dalam bahaya. Nak tak nak terpaksa ah bekerjasama dengan penjenayah siber si Cipher ni. Cipher ni power jugak sebab dia boleh hack hampir semua benda yang guna sistem komputer dan connect dengan internet.

Datang pulak Mr Nobody nak kumpul balik team Dominic Toretto untuk tangkap Cipher. Team tu ada Hobbs (The Rock) dan Deckard Shaw (Jason Statham). Kelakar tengok masing-masing tak nak kerjasama sebab si Deckard ni kan watak jahat dalam Fast and Furious 7. Tapi Deckard ni memang nak balas dendam dekat Cipher, so diorang bekerjasama lah jugak.

Team diorang pon semua wondering kenapa ah si Dom ni berpaling tadah dan bersekongkol dengan Cipher ni? Mesti ada benda si Cipher ni ugut ni. So kalau korang nak tahu kenapa Dom betray "family" dia, kena ah tengok. Lemak ah semua nak cerita. Haha.




REVIEW Fast & Furious 8

-Awal cerita ada scene Dom berlumba kereta. Scene lumba kereta ni memang sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat siri ni yang nak perlumbaan kereta buat comeback dalam francais Fast & Furious. Cara Dom menang lumba kereta tu pon memang EPIC! Sampai terbako kereta. Nasib baik dia tak rentung sekali. Hehe.

-Jalan cerita best dan tak lah direct to point sangat. Korang akan terhibur lah dengan jalan cerita yang banyak aksi.

- Kalau korang memang ikut cerita Fast & Furious dari dulu. Korang boleh terkejut jugak ah ada watak filem Fast and Furious 6 dan 7 buat comeback. Sebab ingat kan dah mati. Hidup balik rupanya.
Jalan cerita ada kesinambungan dengan filem-filem Fast & Furious sebelum ni. 



-Bila "Zombie Car" serang bandar New York. Aksi tu memang superb gila. Selamba je Cipher hidupkan kereta tapi tak ada orang dalam kereta tu dan kereta tu gerak laju macam dalam cerita zombie. Nampak cool ah! 

-Scene Deckard Shaw bertekak dengan Hobbs masa dalam penjara tu kelakar jugak. Masa dalam office Mr Nobody tu pon kelakar. Watak Deckard Shaw kali ni lebih fun dan tak serious sangat macam dalam fast 7. Tak sangka pulak si Hobbs dan Shaw ni ada chemsitry. Haha.



-Scene kapal selam kejar sekumpulan kereta memang nampak macam tak logik tapi tu antara best scene dalam cerita. Tapi still tak boleh lawan scene kereta terbang dari bangunan ke bangunan dekat Dubai dalam Fast 7 tu lah. Haha.

-Kita semua tahu Fast & Furious ada team yang sangat strong. Dari yang power hinggalah ke yang suka buat lawak.Masing-masing ada kebolehan tersendiri yang buatkan diorang unique! Kita boleh nampak teamwork yang sangat strong dan banyak scene kelakar.

-Aku suka Charlize Theron. Charlize Theron dan Jason Statham memang perencah terbaik dalam cerita ni. Charlize Theron dalam cerita ni jadi villain dan memang saiko ah. 

 -Dom punya watak serious kali ni. Mula-mula memang tak faham kenapa dia ikut je arahan Cipher ni. Memang boleh agak pasal "family" tapi pasal apa? Tu yang korang kena tengok.



Bila tengok cerita ni tetiba terjatuh cinta dengan lelaki-lelaki botak. Sebab botak botak dalam cerita ni HOT HOT. 

Rasa nak cakap dekat husband. "Bangg tolong botak kan kepala sekarang". Haha


Dia ni pon botak jugak. Watak pon kelakar. Tapi dari segi HOT tu mungkin terpulang pada mata yang menilainya. Hahaha. 😆

Watak Roman Pearce ni tak payah cakap lah kan. Still lagi dengan perangai sengal-sengal ubi dia. Cakap gempak tapi kadang-kadang habuk pon tak de. Haha. Tapi dia kelakor ah. Nak pergi berlawan pon sibuk nak pakai kereta oren terang ang ang. Attention seeker betul. Haha.


Dari awal movie sampai habis, memang sentiasa teruja dengan elemen surprise dalam jalan cerita dia. Aksi dan lawak jenaka pon semua menghiburkan.  Dari segi nilai hiburan, memang boleh dapat markah tinggi lah. Confirm cerita ni box office punya! Mesti berbillion kutipan worldwide.



Video from instagram (@cikepal06) .Cerita baru start, Han terus tidur. Boleh aku dengan husband melayan cerita ni dengan tenang, aman dan tenteram. Hee 😁


Overall berbaloi ah tengok filem Fast & Furious 8 ni dengan setiap ringgit yang dikeluarkan.  Cewahh. Setiap saat dalam cerita ni memang best! Kalau korang ikut francais Fast & Furious ni, mesti terkejut dengan watak yang dah mati hidup balik walaupun watak tu muncul sekejap je. Btw, Brian pon hidup balik. Opsss. Terbagi tahu pulak. 🤐


Rating: 8/10


Siapa dah tengok? Or ada plan nak tengok? Angkat tiak! Eh! Angkat tangan 🙋🏻






Resepi Ayam Pandan Thai mudah dan sedap

$
0
0

Harini nak share resepi dan cara nak buat Ayam Pandan Thai. Senang je nak buat! 😊





Resepi Ayam Pandan

15-20 daun pandan (size besar)
500 g ayam tanpa tulang (dada ayam)
1 biji limau nipis 

Bahan kisar untuk perap:

7 bawang putih
7 bawang merah
1 inci halia
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap masin
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar minyak bijan
1 kiub ayam (aku guna yang no MSG)
1 sudu besar esen pandan
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam




Kiub ayam aku guna yang 'no added MSG ni'


Cara nak buat. Mula-mula basuh ayam bersih-bersih. Pastu potong ayam bentuk kiub. Jangan potong kecil sangat. Saiz ayam potong sedang-sedang je. Tak kecil sangat. Tak besar sangat.

Perah sebiji limau nipis. Untuk hilang bau ayam.Biar jap dalam 10 minit.

Bahan kisar untuk perap tadi tu semua masuk blender. Letak air sikit. Pastu blend lah bahan-bahan tadi dengan gembira 😆

Satukan bahan perap dengan ayam tadi seperti satukan hatiku dan hatimu menjadi satu. Eh!
 Kacau bagi sebati.

Perap jap masuk peti ais dalam 3 jam atau semalaman.

Dah perap ayam, pastu ambil daun pandan. Daun pandan ni basuh bersih-bersih dulu ye.

Simpulkan daun pandan tu dengan simpulan kasih sayang. Ecehh. Buat bentuk 3 segi kon camni.

Pastu ambil lah gambar guna tangan kanan. Kahkah 😆

Letak ayam dalam 2-3 ketul.

Ambil bahagian daun panjang yang hujung belakang tu. Masuk kan dalam lubang 3 segi kon dekat bawah tu.

Pastu terbalik kan. Daun yang hujung bawah tu. Selit bawak naik atas pulak.

Terbalik kan balik ke depan. Ketat kan daun yang panjang dan pendek tu. 

Ketat kan untuk kasi ayam tu selesa duduk dalam daun pandan tu dan tak ada lah ayam tu terkeluar kang bila masak.

Potong bahagian hujung yang panjang tu. Siap!


Paham tak ni? Muka blur pasai pa?

Disebabkan hari ni aku baik, nahhhh aku belanja video buat ayam pandan kalau ada yang blur tu. 😝




A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on


Video cara buat Ayam Pandan Thai

Ulang lah step sama untuk ayam-ayam yang lain tu.

Pastu goreng deep fried sampai ayam masak. Jangan goreng lama nau. Sebab ayam kan potong tak besar sangat dan guna dada ayam cepat je masak.

Masa goreng ayam pandan ni. Perghhh bau sedap gila satu rumah. Bau pandan tu wangi sangat!


Siap!

Boleh makan dengan Sos Cili Thai. 
Kalau nak makan dengan sos cili Philippines pon boleh suka hati kau lah. 😝

Nyum nyum!

Selamat mencuba bagi yang nak cuba 😊

Jumpa Dinosaur dekat JURASSIC RESEARCH CENTER @ THE TOP, KOMTAR . Dinosaur wujud ke?

$
0
0

First time nak masuk JURASSIC RESEARCH CENTER @ THE TOP, KOMTAR ni.

Masuk dalam group by group. Pergi haritu dengan keluarga mertua aku.

Masuk je tempat ni. Lampu gelap pastu tengok Harith Iskandar (ke Iskander? Ahh mana-mana lah). Dia explain sikit pasal tempat ni.


First dinosaur yang dijumpai. Tu pon dah teruja. Sabor Amsyar. Dekat depan banyak lagi. Hehe.


Han tengok fossil

Baby dinosaur main cak-cak

Mengintai dinosaur dari ruang kamar.Eh! Mengintai dari pagar besi berlobang. 😝

Teruskan perjalanan. 

Fossil yang ditemui sepanjang perjalanan.

Ada pameran saintis yang cuba nak sembuhkan Stegosaurus.

Han teruja tengok Stegosaurus.

Haa sampai mendongak-dongak tengok Stegosaurus.

Pastu saintis makmal bagi pegang telur dinosaur.

"Hey Leha! Tengah masak ke tu? Jom lah keluar kita bergosip pasal anak Pak Meon tu haa"

Dinosaur bertompok itu dipercayai mahu menerkam serkop aku.


Uiii tinggi benau Brachiosaurus ni. Makan apa ni? Makan galah ke?

Brachiosaurus yang tinggi macam klcc! Hehehe. 

Nanti ada satu tangga untuk kita naik tengok view dinosaur dari atas. Cantik kan?



Boleh tengok video ni. Dinosaur dalam ni boleh gerak dan mengaum jugak. Memang nampak macam real ah. 

Sesi menternak lemak berjemaah.




Kanak-kanak riang.





Dengan T-Rex yang menakutkan.
Tengok sepupu-sepupu Han ni posing kemain berekspresi ye.
 Entah siapa lah ajar anak aku posing "Ye encik saya tak bersalah"

Port dinosaur yang berlainan.
Seketul Han masih lagi posing "Ye encik saya tidak bersalah"
Sepupu-sepupu Han kemain posing persis dinosaur menakutkan mangsa. 



Aku dah agak dah. Kalau ada gambar-gambar camni, mak mertua aku mesti rajin beli. Hehe.

Harga nak masuk Jurassic Research Center

(Standard Rates): Rm 58/ adult and Rm 48/ child 
(MyKad Rates): Rm 48/ adult and Rm 38/ child
Opening Hours: 10 am to 10 pm. Daily.
Address: The Top, Komtar, Jalan Penang 10000 Georgetown, Penang. 

* Children below 90cm enters for free

Jurassic Research Centre ni dekat Level 5 The Top, KOMTAR, Penang. Budak besar Han masuk FREE je. Agak-agak nak pi Penang tak tahu nak bawak budak-budak jalan mana. Boleh lah pi sini tengok dinosaur. Hehe. Dalam ni ada lebih kurang 200 dinosaur.


Dulu aku pernah jugak tertanya-tanya dinosaur ni wujud tak sebenarnya? Sampai lah aku pernah terbaca Ustaz Azhar Idrus punya jawapan.



Haha. Make sense jugak jawapan Ustaz Azhar Idrus ni. 

Dinosaur tidak disebut di dalam Al-Quran secara tepat bukan bermaksud tak penting. Tapi itu adalah anugerah Allah supaya manusia mengkaji masa lalu dan apa hubungannya dengan kehidupan sekarang dan juga untuk masa depan. Itu kan salah satu tujuan Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Kalau tak, macam mana lah orang boleh jumpa fosil. Ye dok?


Makanan sedap dekat Penang : Roti Canai Ayam Transfer Road , Mee sotong Hameed Pata dan Gani Famous Pasembur

$
0
0

Lepas dah pergi tengok dinosaur dekat ENTRI INI , kita jalan-jalan cari makan menternak lemak ah pulak. Kalau datang Penang, ni aku nak bagi idea nak makan apa untuk breakfast, lunch dan dinner.

BREAKFAST


Untuk breakfast, boleh try Roti Canai Transfer Road ni. Dinasihatkan pergi awal sebab tempat ni memang selalu penuh dengan manusia. Masa aku datang ni awal lagi so tak ramai orang sangat. Senang je lah dapat tempat duduk. Tapi kalau korang lambat, memang masak lah korang. Tempat ni memang pack.


Actually, sederet dengan warung ni ada warung ROTI BAKAR TELUR GOYANG. Memang famous. Kalau tak nak makan roti canai, boleh order roti bakar telur goyang. Kalau sejenis menternak lemak, boleh lah order dua-dua. Hehe. 

Harga
Roti Canai ayam : RM6.60 
Roti Bakar Telur Goyang : RM3.50



Dekat sini glamour dengan roti canai ayam seketul. Tak pernah lagi aku makan roti canai ada ayam seketul besar macam ni. Tu yang nak cuba try test tu. Yang aku suka sebab service cepat, lepas order kejap je makanan sampai.

Tapi sejujurnya pendapat peribadi, roti canai ni rasa biasa je bagi aku. Tak ada lah tahap sedap gila. Just tahap boleh lah dimakan. Yang buat unik sebab dia letak ayam seketul tu je. Rasa kuah nya ala-ala je bagi aku. Mungkin sebab aku pernah makan roti canai dan kuah yang lagi sedap dari ni, so bila makan roti canai Transfer Road ni rasa biasa je.

Tapi dah alang-alang sampai Penang, boleh lah breakfast dekat sini. Sebab tempat ni port breakfast yang glamour jugak dekat Penang ni.

Rating untuk rasa aku bagi : 6/10 🍗

Sebenarnya nak cari roti canai transfer road ni senang je. Yang susah nya adalah nak cari parking. 
Nak ke sini, korang just Google Maps or waze "Roti Canai Transfer Road" nanti akan keluar dekat map. 

Alamat
Transfer Road Roti Canai
56 Jalan Transfer
Georgetown
10050 Penang

Business Hour: 7:00AM – 1:00PM 





LUNCH


Dah breakfast roti canai ayam, lunch makan Mee Sotong Hameed Pata dekat Padang Kota Lama ni pulak. Mee sotong ni serious sedap gilaaa. Kalau datang Penang, tempat ni memang wajib aku datang ah. Mee goreng tu memang dah sedap pastu tambah pulak dengan sambal sotong pedas dan manis tu. Perah lak dengan limau untuk effect masam sikit. Makan panas-panas time perut berkeroncong pulak. Perghhh meghercikkk. Rasa dia memang perghhhhhhh thorbaik.


Ada coconut shake famous gak dekat sini. Boleh lah makan mee sotong dan beregukan dengan coconut shake tu. 




Tapi hari Ahad tutup. Kalau nak makan dengan tenang, pergi time weekdays yang bukan cuti sekolah. Kalau tak, jenuh lah nak tunggu mee sotong kau sampai meja. Sebab ramai selalunya makan sini.

Rating untuk rasa aku bagi : 9.5/10 (Serious sedap gila!) 🌟👍🏻

Harga
RM4 (normal size)
RM6 (large size)


Alamat

Mee Sotong Hameed Pata
6, Kota Selera Padang Kota Lama
(Fort Cornwallis Food Court),
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200,
Georgetown, Penang

Business Hour: 11am - 8pm (Close on Sunday)
GPS: 5.421415,100.343751










Pasembur joget-joget ni dah pernah try haritu. Aku ada cerita dekat ENTRI NI


Sampai berjoget lah laki aku dengan pakcik ni.

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on


Video berjoget.

DINNER

Dinner nak makan pasembur. Sebab pasembur joget-joget tu dah pernah try. Kali ni nak try Gani Famous Pasembur pulak.

Dah sampai Penang, rugi lah kalau tak pekena pasembur kan? Gani Pasembur ni dekat Kompleks Makanan Medan Renong, Padang Kota Lama. Dekat kawasan food court tu.


Pilih banggg pilih. 
Sesi pilih-memilih makanan mana yang berkenan di hati untuk dijadikan pasembur.
Lepas habis sesi memilih, bagi depa pinggan kita tu. Tunggu sat beberapa minit untuk pekerja kedai potong dan bubuh kuah pasembur.



Harga makanan seafood (udang/sotong/ketam) agak mahal la, so kalau korang tengah budget makan yang murah-murah, ambil makanan selain seafood je ok.




Style dekat sini macam food court dan ada macam-macam makanan. 

Ada order ABC jugak. Tapi ABC ni biasa je bagi aku.

Makan ramai-ramai memang syok. 😋

Bagi aku, pasembur dekat sini agak sedap. Cukup rasa ramuan dia. Kuah dia pon sedap dan pekat. Tak pedas sangat dan tak over manis. Just Nice. Pendek kata, memang puas hati. 



Rating untuk rasa aku bagi : 8/10 🌟

Alamat
3,Medan Renong,
Padang Kota Lama,
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,
George Town, 
10200 Georgetown, 
Pulau Pinang, Malaysia

Business Hour:  11AM–2AM



So, kalau korang tersampai dekat Penang, boleh lah try makanan-makanan di atas. Ada sesiapa yang pernah try apa aku makan ni? 😋


Viewing all 408 articles
Browse latest View live