Menu diet lagi. Gambar macam biasa ah,semua dari instagram aku (http://instagram.com/cikepal06) . Dah lama-lama sikit,baru lah upload sini. muehehe. Menu diet ni sebenarnya mudah je bagi aku. Healthy food kalau dekat restoran luar mesti harga nya selalu mencekik darah. Nyampah tol. Padahal sayur-sayur je pon. Lagi-lagi kalau makan salad dekat restoran luar,bagi aku harganya mahal/overpriced. Baik buat sendiri dekat rumah. Taruk lah sayur banyak mana pon,tak ada siapa nak marah.
Ada yang tanya,kalau dekat uni aku makan apa. Selalunya apa yang aku buat,aku beli dada ayam. Dekat cafe uni korang mesti ada jual nasi ayam kan? Beli lah ayam je 2 ketul,nasi tak payah beli. Pastu makan lah buah-buahan. Selalu aku beli dekat pasar malam je buah-buah ni. Ni cara aku makan lah kalau dekat uni. Sebab dekat uni kan payah nak masak,melain kan kau curi-curi bawak rice cooker. Macam-macam lah boleh masak dalam bilik. Semenjak duduk hostel,baru lah aku tahu rice cooker tu banyak kegunaan ok. Kau nak masak apa-apa pon boleh! Tapi kalau kena saman,tak pe lah sebab tu bukan rice cooker aku, roomate aku yang punya. Aku tukang guna je! Kalau kena saman,dia yang bayar. Hidup kena bijak bukan? haha :D
Honey grilled chicken. Resepi nya adalah ikut hati naluri. Bubuh je lah apa nak bubuh.Time ni aku perap ayam dengan madu,parsley flake,oregano dengan black pepper. Grill dengan olive oil. Campak carrot dengan broccoli. Siap! Siapa kata menu diet ni payah nak buat? Pejam-pejam mata pon boleh hokayyy. Tapi jangan lah masak sambil pejam mata,terbalik grill pan karang.
Chicken salad. Ni lagi senang. Aku rebus ayam. Angkat dan toskan pastu gaul dengan kicap. Then letak lah sayur-sayuran dan telur yang direbus itu. Sayur tu jangan rebus,hilang khasiat karang. Basuh je dengan air paip. Tapi siapa je lah yang gila nak rebus lettuce ni kan,dah sah-sah boleh ngap begitu saja. Pastu aku letak sesame dressing sikit. Sedap! Sebab sesame dressing tu yang sedap nak arwah so automatically salad aku jadi sedap :D
Menu diet yang lain,aku dah update dekat dua entri ni. Selalunya bahan-bahan nya lebih kurang saja. Lebihkan sayur dan protein. Ni entri nya:
Tudiaaaa membesar bagai johan bak hang! hahaha. Aku pelik ada yang tak percaya aku pernah gemok gedempol. Padahal berlambak je gambar-gambar gemok dan muka hazabedah punya tembam dekat entri-entri lama. Tapi gambar BEFORE tu paling gemok lah dalam seumur hidup aku. Harap sangat lah tu paling last aku gemok sebegitu,tak nak gemok lagi dah. haha. Badan dah macam bonzer dah aku tengok. Ni kalau ada yang cari gaduh,sekali aku hayun penumbuk dekat muka dia,mahu senget hidung dan bersepai gigi. Tengok lengan lah bro. Padu! Kau hado? hahaha :D
Dah elok-elok jaga makan,jangan lupa exercise jugak ok! Exercise apa yang aku buat dan tips kurus yang lain, aku dah update panjang lebar dekat entri ni:
Pengumuman! Mermaid skirt ni SELLING FAST!! Dah dua kali aku restock dekat instagram aku. Ada 7 warna semuanya. Boleh tengok dekat ENTRI INI kalau berminat nak beli :)
Ada wide shawls jugak. Wide shawl yang aku pakai ni pon aku jual. Boleh tengok dekat instagram (http://instagram.com/bycikepal)
Ok kita berjumpa lagi di lain entri. Bye! :D
p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)