Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Sunsilk Hijabku Gayaku

$
0
0
Hye! Siapa suka tengok realiti tv? Siapa suka tengok tv show ala-ala project runaway? Haaa meh lah layan Sunsilk Hijabku Gayaku ni. Dulu aku ada buat entry dekat SINI untuk contest Sunsilk Hijabku Gayaku ni. Yang join contest (kategori model/pereka fesyen) dah pon terpilih. Siap masuk tv lagi. Kerlasss sangat.


10 orang model dan 10 orang pereka fesyen pon dah terpilih

Video promo untuk Sunsilk Hijabku Gayaku


Ni sinopsis untuk Sunsilk Hijabku Gayaku yang dihoskan oleh Diana Amir:


Episod 1 - Permulaan

Episod pengenalan. 10 pereka fesyen yang terpilih memulakan cabaran mereka bagi menyiapkan rekaan untuk diperagakan oleh 10 orang model yang bertanding di pentas peragaan berprestij iaitu Islamic Fashion Festival (IFF).

Episod 2 - Tugasan

Semua peserta diberi wang berjumlah rm500.Lepastu kena beli material (fabric) dekat Jakel,Jalan Tar,Kuala Lumpur. Mereka hanya diberi tempoh 1 jam je. Tugasan ini dipantau oleh juri/mentor Rico Rinaldi (Pereka Fesyen). Yang 10 orang model tu pulak akan berlatih 'catwalk' dekat runway bersama juri/mentor Hatta Dolmat.

Episod 3 - Imuniti

Episod ni kira first time lah pereka fesyen dan model ditemukan. Dalam cabaran ni,para pereka fesyen perlu menggayakan para model dengan koleksi yang dibekalkan secara rambang dan perlu mencipta gaya tudung yang baru dan ada elemen Sunsilk Lively Clean & Fresh. Pereka fesyen yang menang cabaran ni dapat pilih model pilihan mereka dan pilihkan model untuk pereka fesyen yang lain jugak.


Episod 4- Adaptasi

Dalam episod ni pereka fesyen kena bekerjasama dengan model untuk mendapatkan hasil yang mantap dan terbaik dari ladang untuk pentas Islamic Fashion Festival (IFF). Yang model-model ni pulak kena menggayakan 3 gaya dalam satu runway iaitu London,Paris dan New York. 


Episod 5 - Finale


Episod kemuncak dan akan mengikuti persaingan terakhir bagi pereka fesyen dan model. Hadiah pertama sebanyak rm5000 beserta paparan ekslusif di majalah untuk seorang pereka fesyen dan seorang model. Pereka fesyen yang berjaya juga dapat latihan praktikal dengan pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi selama sebulan.

====================

Aku suka jugak layan realiti tv ni. Lagi-lagi yang banyak drama. Memang bertambah syok lah layan :D

Ni tarikh tayangan webisode ni kalau takut terlepas nak tengok:

1st webisode: Lived  1st Nov
2nd webisode: Live 8th nov
3rd Webisode: Live 15th Nov
4th Webisode: Live 22nd Nove
5th Webisode (FINAL): Live 2nd Dec


Korang boleh tengok webisodes tu  dekat http://www.youtube.com/user/SunsilkMY . Selamat menonton! :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 408