Aku suka memasak. Aku suka baking. Aku suka makan dan aku suka makanan! Makanan pon suka aku! LOL. Kalau orang rasa fashion itu satu art. Bagi aku makanan tu pon satu art jugak. Haritu aku try buat macarons. Aku pernah ah dengar macarons ni agak leceh nak membuatnya. Macarons ni ada 2 kaedah membuatnya. Ada kaedah French and Italian meringue macarons. Yang kebanyakan orang jual dekat luar guna French macarons kalau tak silap aku. Tapi hari tu aku try Italian method punya. Memang agak leceh ah jugak nak bandingkan dengan French Macarons. French macarons simple je cara buat dia. Italian method kena sukat suhu air gula bagai yang buat leceh. Tapi bila dah tahu buat,tak ada lah leceh mana. Cuma bila dah try buat,baru lah aku tahu kenapa orang jual macarons ni mahal.
Kan aku dah kata makanan ni pon satu art. muehehe. Ini macarons berkonsepkan warna-warni kehidupan gituww. Happy sampai pejam-pejam mata lah bila berjaya buat macarons. Ni aku buat perasa salted caramel. Macaron dah manis,filling pulak ada masin-masin sikit. Bila manis dan masin bergabung memang MELETOP! (cakap MELETOP gaya Neelofa sekarang!) . Tapi aku makan seketul je lah. Tengah diet konsepnya. Yang lain-lain aku sedekah dekat kawan-kawan dan jiran tetangga. Macarons ni kalori agak tinggi gak. Bagi yang berdiet,ini bukan makanan untuk anda. Setakat rasa-rasa tu boleh ah kan.
Ni batch ke dua. Ni buat kasi kecik comel molek sikit. heee.Petite macarons konsepnya. Ni mix flavour. Ada mocha,chocolate,strawberry,blueberry.
Macarons ni memang manis gila nak meninggal hokayyy! Tak ada istilah macarons kurang manis sebenarnya. Kalau kurangkan gula dalam macarons,macarons ni tak jadi. Omputeh kalau makan macarons ni, dia akan makan dengan teh tanpa gula atau kopi tanpa gula. Baru boleh pergi rasa dia. Jangan makan macarons sambil bersulam air coke pulak,itu memang sengaja meminta potong kaki. Orang ada kencing manis memang tak digalak kan lah makan macarons ni. Tertanggal kaki karang.
Aku memang suka buat benda-benda gini. Tapi buat macarons ni kena mempunyai kesabaran yang agak tinggi lah bagi aku. Nak keringkan lama. Nak bakar pon lama. Ye lah satu tray je yang boleh masuk oven untuk sekali bakar. Memang sabar je lah kan nak tunggu satu batch tu semua siap. Pastu banyak gak pantang larang nya. Ada juga pantang larang yang aku rasa macam auta dan propa je. Ada juga pantang larang yang memang kena ikut sejibik sejibon. Kalau tak ikut,macarons tak menjadi. So lepas ni nak buat lagi macarons. Macam addicted lak nak buat macarons ni sekarang. Lepas ni nak bereksperimen buat bentuk-bentuk pulak. heee :)
Gambar adalah recycle daripada instagram aku ( http://instagram.com/cikepal06 ) .Malas hokayy nak transfer seketul-seketul gambar dekat laptop :D
========================================
Minggu ni belum ada cheat day lagi. Time cheat day nanti teringin pulak nak rasa KFC Crazy Crunch bila tengok video from fanpage Shaheizy Sam ni. Memang tak dapat digambarkan sangat ke rasa nya? Sedap bebeno ke? Sampai tak terkata lansung si Shaheizy Sam ni..
Post by Shaheizy Sam Samad.
Lepas tengok Shaheizy Sam post pasal KFC Crazy Crunch dekat facebook page dia. Tengok youtube, Joseph Germani pon post pasal KFC Crazy Crunch jugak.
Hmmm macam mana eh rasa KFC Crazy Crunch ni?? Ni yang teruja nak try ni sebab nak tahu macam mana rasa KFC Crazy Crunch baru ni. Tak sabar pulak nak try. Jom serbu KFC jom untuk rasa ayam Crazy Crunch baru! Ada siapa yang dah try KFC Crazy Crunch ni? Amacam rasa dia? Boleh pergi tak? :D