Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Tips kurus daripada cik epal . (kurus ke kau masalahnya?) haha

$
0
0
Asal aku update gambar full dekat instagram (http://instagram.com/cikepal06) , orang dok tanya tips kurus,tips kurus dan tips kurus.


Masalahnya kurus ke? LOL


Aku tak rasa lah aku kurus lagi. Tapi bila aku timbang,agak memberansangkan jugak lah angka di penimbang itu. So bila tengok berat turun rasa macam happy dan nak lompat bintang patploh kali.

Ada yang tanya pakai korset ke? Minum benda kurus or etc? Sapu losyen kurus ke? and bla bla bla. Dulu pernah ah try semua benda-benda ni. Lagi pon semua sponsored, aku guna je lah kan. Tapi bagi aku tak berkesan mana pon. Tapi akak-akak or abang-abang yang jual produk-produk ni jangan lah hentam aku pulak. Ni hanya pendapat aku sebab aku pon pernah guna benda-benda ni dulu. Aku tak letak ler nama produk apa,pepandai lah fikir apa haha

Korset : Bila aku pakai korset, aku rasa macam lengan aku makin besar. Sebab korset tu kan dekat bahagian badan je kan. Kan best kalau ada korset sampai ke lengan sekali haha tapi penyudahnya bersidai je lah dekat almari aku tu. Memang tak usik dah sebab lagi satu macam leceh nak pakai. Kalau pergi mall,everytime nak terkucil or terberry sangat menyusahkan aku. Dan aku tak rasa korset boleh buat aku kurus,untuk nampak badan kemas YES. Untuk kurus NO.

Minum benda-benda kurus: Yang ni aku tak tahu lah berkesan ke idak. Minum ada lah turun. Tapi setakat minum,tapi bila time makan kau melantak macam bela jin dan tak exercise. Membazir je lah duit engko.Lagi satu benda ni mahal. Daripada setiap bulan aku nak kena ambil minuman ni. baik aku bayar membership bulan-bulan pergi gym ehehe

Sapu losyen kurus: Losyen-losyen kurus ni selalunya akan claim untuk memecahkan lemak. Disebabkan aku melayu,memang senang lah terpengaruh dengan benda-benda macam ni. Biasalah melayu kan suka ambil jalan shortcut je kalau nak buat apa-apa pon.Lagi-lagi nak kurus. muehehe Dalam kepala,sapu losyen je boleh pecah lemak. But seriously dengan losyen je boleh pecah lemak?? Fikir semula.


Disebabkan aku cheapskate dan malas nak perhabis duit dengan benda-benda gini,kesedaran dalam diri telah muncul. Even kau ambil produk-produk seangkatan di atas ni pon,kalau still tak jaga makan dan exercise. Memang tak jadi apa. So sama je. Apa beza kita ambil produk kurus dengan tak ambil produk kurus kalau kita tahu exercise dan jaga makan tu boleh kurus dan lose weight?


Nak lose weight, nak kurus,bagi aku tak ada jalan shortcut. Jaga food intake dan exercise jangan dilupakan. So aku dah lupakan benda-benda shortcut itu dan angkat punggung jangan malas. Apa yang aku buat?

Ni lah benda yang aku selalu buat dalam bilik. Tapi aku buat semua ni dalam sehari lah. Lagi satu search dekat youtube 'pump it up'. Aku download dari part 1-part 8. Kalau aku tak buat benda atas ni,aku buat 'pump it up' tu. 



Sebab aku malas nak jogging dan aku rasa jogging tu tak best. So aku tonggang tonggek je lah depan laptop hari-hari bersenam dalam bilik dan aku rasa benda tu best haha. Sebab bila kita buat benda yang kita rasa best, kalau selalu buat pon kita tak jemu. 



Tips lain yang aku selalu amalkan (pasal pemakanan) :

@ Minum air mineral setengah jam sebelum dan selepas makan.

@ Aku elak kan makan nasi putih. Nasi putih ni kadungan gula dan gluten tinggi. Pastu kita ni kalau dah makan nasi putih,aksesori nya memang tak nak kalah. Lagi-lagi dengan lauk yang berminyak,bergoreng dan bersantan bagai.

@Tapi dalam diet ni nasi tu tak bersalah pon. Kalau nak makan nasi,gantikan dengan brown rice. Banyak makan ulam,masakan steam and boiled.


@ Kurang kan minum minuman bergula. Kalau boleh elak kan lansung lah. Banyak kan minum air putih. Lagi pon air putih tiada kalori :)


@ Kalau keluar mall pon,aku selalu makan salmon atau dada ayam. Kalau dekat rumah,senang ler. Aku masak je lah benda-benda healthy. Selalu aku share dekat instagram (http://instagram.com/cikepal06) lah menu masakan sebab dekat situ macam mudah sikit kan boleh upload sekali lalu je.

@Dalam seminggu tu ada lah jugak satu hari tu 'cheat day'. Kira time 'cheat day' tu aku makan je lah apa-apa benda yang aku nak makan tanpa mengira kalori dan lemak yang terkandung di dalam makanan ituww. Satu hari dalam seminggu je lah 'cheat day'.Jangan hari-hari pulak 'cheat day'. Memang kelaut diet nya :D

@ Menu diet? Boleh tengok entry ni. Malas nak taip banyak kali hehe

@ Dah kata tak makan nasi putih tu jangan lah petang-petang pergi tibai makan pisang goreng. 4 ketul kecil pisang goreng tu dah sama dengan je kalorinya kau makan nasi putih dan lauk-pauk.


Sebenarnya kan lifestyle kita yang penting. Dah makan,jangan lupa exercise. Kalau nak makan nasi,control portion kita. Nak makan nasi sihat,pilih lah jenis beras-beras yang sihat. Banyak je sumber karbo yang lain. Bukan nasi putih je. Yang aku tahu orang Jepun depa banyak makan ulam dan makanan steamed/boiled. Sebab tu badan kurus walaupun makan nasi tapi portion depa very small lah.Dan diorang banyak berjalan. Sebenarnya gaya hidup yang penting. Nak kurus,kurus jugak. Tapi aku tak ada lah nak kurus macam papan.Nak kurus yang sexayyy lah haha.




Ni aku share benda-benda yang aku buat je lah.Aku pon tak berpuas hati lagi dengan berat aku now but aku cuba istiqamah lah buat benda-benda ni semua. Semangat juang kena tinggi dan kental hokayy nak lose weight. Aku bukan pakar nutrisi ke,health instructor or etc. Sebab sometimes orang tanya aku benda yang aku pon tak tahu nak jawab macam mana.  Setiap orang mungkin ada cara lain untuk depa jaga badan dan pemakanan. Kalau nak tahu banyak lagi benda-benda untuk lose weight ni .....







Cer google! Cer google! ok. muehehehehehe



You ONLY get one body to live in so make sure you take care of it. Make the right choices.



ok bye!


p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 408