Sorang-sorang kawan aku dah kahwin.Disebab kan Alia kahwin ni lah aku dapat jumpa balek classmate aku time sekolah rendah. Dulu rapat gila dengan depa ni,pastu aku pindah sekolah terus lost contact. Tapi aku nak bererima kasih banyak-banyak kepada facebook kerana menemukan kitorang semua kembali.Jejak kasih uolsss. Pasni boleh berjimba beramai-ramai :D
Datang-datang depa bagi nombor. Aku ingatkan ada aktiviti pape dan kena bahagi group ke apa kan.Tapi rupanya nombor ni untuk memudahkan kitorang nak cuba setiap perasa aiskrim ni di setiap booth. Semua orang ada satu nombor. So lebih sistematik lah. Tak ada lah nak berebut-rebut makan aiskrim.
Tak sangka kau kahwin begitu awal Alia.Kira paling awal lah kan daripada kitorang semua ni haa :D
Syera with pengantin baru :)
Menyempat aja bergambar di celah mana pon.
Perangai dua perempuan ni sama je dari dulu sampai sekarang. Dulu time sekolah rendah havoc,sampai sekarang pon havoc. Kalau bawak dua orang ni je pergi majlis kawen aku pon dah cukup meriah dah aku agak.muahaha
Selamat pengantin baru Alia yang cantik dan suami! Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan. Happy for u guys! :)
Alia kawen ni time hari raya,tapi aku tak ingat pulak hari raya ke berapa.Disebab kan ibu aku pon kenal dengan kawan-kawan sekolah rendah aku ni sebab dulu depa semua ni agak rapat ah dengan ibu aku,ibu aku pon ajak depa datang beraya dekat rumah. Lagi pon Alia kawen dekat Dewan Guthrie Bukit Jelutong tu je. Dekat sangat lah dengan rumah aku. Motip korang semua tak boleh nak datang kan? harus lah berduyun-duyun semua datang ke rumah aku pulak beraya.Tapi Alia tak ikut lah sebab dia kan pengantin baru,mana boleh lari meninggalkan suami kehkeh
Dekat rumah aku pon,kemain semua celah nak ambik gambar. Suka hati lah,buat lah macam rumah sendiri :D
Tapi perangai dorang ni semua sama je tak berubah. Muka pon tak berubah. Yang pendiam dari dulu sampai sekarang pendiam,yang kecoh dari dulu sampai sekarang kecoh. Yang gangster kampung dusun dari dulu sampai sekarang gangster kampung dusun (Syera.. aku tengah mengata ko ni.haha)
Yang penting, Lilo Tonggek dekat tengah control cun.
Ok nak cerita benda lain pulak.
===========================
Haritu aku dijemput ke event La Cremeria re-launch party untuk celebrate semua La Cremeria Ais krim yang baru. Kelassss sangatt aiskrim pon kena celebrate tahu.Dresscode event tu adalah fashionable attire. Aku rasa dah cukup fashionable lah kot apa aku pakai ni hahaha
Datang-datang depa bagi nombor. Aku ingatkan ada aktiviti pape dan kena bahagi group ke apa kan.Tapi rupanya nombor ni untuk memudahkan kitorang nak cuba setiap perasa aiskrim ni di setiap booth. Semua orang ada satu nombor. So lebih sistematik lah. Tak ada lah nak berebut-rebut makan aiskrim.
Ada dalam 6-7 booth aiskrim baru.Mula-mula aku try yang nombor 2 tu Vanilla Cashew Delight. Sedap jugak.Tapi bagi aku,aiskrim yang paling sedap hari tu adalah Almond Pecan Praline,yang number 1 tu. Serious sedap nak meninggal! :D
Produk Nestle telah melancarkan semula LA CREMERIA 1.2L pada 1 September 2013.Packaging dan rasa aiskrim semuanya lebih baik daripada sebelum ni.
The improved range sekarang ni datang dengan tekstur rasanya yang lebih berkrim dan memberikan rasa yang sangat memuaskan.Ada 6 perasa pilihan yang menarik
1. LA CREMERIA Almond Pecan Pralinee
2. LA CREMERIA Vanilla Cashew Delight
3. LA CREMERIA Chocolate Obsession
4. LA CREMERIA Chocolate Hazelnut Temptation
5. LA CREMERIA Hazelnut Ganache Sensation
6. LA CREMERIA Strawberry Dream
Boleh makan sambil tengok movie dekat rumah atau pon jamu tetamu yang datang. LA CREMERIA 1.2L ni available dekat semua pasaraya dengan harga RM16.89 (Semenanjung Malaysia) dan RM16.99 (Sabah dan Sarawak). Rasa aiskrim ni semua sedap dan memuaskan hati,tekak,lidah dan perut :D
More info: https://www.facebook.com/NestleLaCremeria
[This is a paid advertorial by Nestle]