Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Di Hari Raya Pertama

$
0
0
Raya setiap tahun macam biasa. Memang aku akan balik Kluang Johor lah. Ada orang Kluang tak dekat sini? :D





Pagi-pagi raya macam biasa. Mesti lah ada sesi bersalam-salaman, mintak maaf nangis-nangis,habiskan tisu sekotak lap air mata dan air hidung. Part ni memang aku excited sebab dapat duit raya! muehehe. Part mintak maaf,dialog yang aku ungkapkan memang sama je lah tiap-tiap tahun. Ni tengah salam nenek.Nenek aku pon memandang aku dengan penuh hiba je tau. Power tak power lah aku mengayat nenek aku. kehkeh.



Kamera DSLR malas nak bawak sebab berat sangat. (macam lah kamera dslr tu seberat lesung batu je kan bila bawak sampai nak terputus tali handbag kekdahnya, ngomel berat). Pakai lah camera phone. Bila keluar flash,muka semua pon bercahaya sesuci lebaran gituwww. Raya tahun ni tema mustard. Tapi macam carca marba je family aku ni. Janji ada kuning sikit-sikit tu masuk tema lah jugak tu.




Yang penting, shawl aku pon dah sama warna dengan langsir rumah nenek aku.Nenek aku nak sabotaj lettewww.





Dengan ibu ku yang comel. Orang selalu cakap ibu aku nampak macam adik beradik. Ibu aku lah ni muka nak awet muda sangat. 




Ibu dengan maklong aku. Ewahh nenek aku dekat tengah tu. Senyum sampai ke telinga tau.



Nenek dan sebahagian cucu-cucu nya. Tengok nenek aku. Over tau senyum nampak semua gigi. Orang lain semua senyum kepit sorok gigi.




Ok ni nenek aku yang suruh pose macam ni. muehehe




Raya tahun ni aku bawak haiwan peliharaan aku beraya sekali dekat kampung. Dia adalah sejenis kucing yang makin lama makin gemok dan gebu gebas. Nama dia adalah Lilo. Tapi aku panggil dia Lilo Tonggek sebab dia berjalan tonggek-tonggek macam model runaway. Lilo Tonggek baik sangat dekat kampung tau.Diam je,orang pegang pon nak walaupun muka macam cencorot.Lepastu selalu lah nak manja-manja dengan semua orang,baring atas badan orang lah,mintak dibelai dagu nya lah. Kemain manja kau kan dekat kampung. Propa sehhh Lilo Tonggek ni. Kalau dekat rumah,punya lah sombong nauzibillah.Nak pegang sikit ngiau,nak pegang sikit ngiau. Tampar gak kang.





Gemok nya kau ni Lilo Tonggek. Tu lah orang suruh puasa,tak nak! Tapi disebabkan kau sejenis kucing,kau gemok memang akan nampak lagi comel lah.Sila lah gemok lagi. Malam raya dia yang over nak memunggah bunga api dan mercun. Dengar bunyi mercun berdentam dentum, lari menceceh ceceh macam tak cukup tanah dia. Haa tahu takut.






Di hari raya pertama pada waktu malam. Baju disponsor oleh bakal ibu mertua ku. hakhak. Dah habis beraya rumah sedara malam tu,ada sepupu ajak tengok wayang midnight. Pergi lah kitorang ke Kluang Mall beramai-ramai pakai baju kurung. Nak tengok The Conjouring untuk kali ke dua sebenarnya. Sekali dekat Kluang Mall cerita The Conjuring tak ada. Hazabedah betul! Dah sedara yang kanak-kanak ribena nak tengok The Smurf 2. Layan je lahh




Last-last dalam mall,sedap aku membuta. Cerita start 1.15am,memang tidur lah jawab nya kan dalam panggung. Adik aku je kemain gelak terkekeh kekeh tengok The Smurf tu.Tah apa yang lawak nya pon aku tak tahu sebab tidur lagi best. 




Btw, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca blog ini yang mengenali diriku di dunia nyata dan kenal melalui blog ni je. Mintak maaf ye kalau ada entri yang terkasar bahasa dan terkecik kan hati sesiapa. Kadang-kadang menaip ni sesedap rasa je. Tu kadang-kadang terbabas jugak tu.So harap diampunkan lah kalau ada yang terover tu.



Salam Aidilfitri :)





p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 408