Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Resepi Roti Sardin Viral

$
0
0

Now aku dah 6 bulan pregnant anak ke 2. Masa first trimester jangan kata nak masak, tengok gambar makanan pon aku boleh muntah.Bau tumis tak boleh, bau makanan boleh buat loya. Masa awal-awal aku pregnant tu, memang aku jarang update sosial media sebab aku nak tengok instagram aku (@cikepal06) pon aku tak lalu sebab banyak gambar makanan. Haha. Dengan pening kepala, muntah bagai memang aku melepak je tidur dekat rumah macam ikan dugong terdampar.


Lepas balik umrah ni, aku dapat rasa kan aku dapat semangat baru. Tetiba aku dah tak ada pening,loya dan muntah-muntah dah. Rasa macam wow amazing sangat.Alhamdulillah. Aku pon nak try masak benda simple dulu. Nak tengok aku boleh bertahan tak bau tumis. Tapi rasa nya macam dah boleh. Yayyy!


Rasa tetiba teringin nak makan roti sardin gulung tu. Tapi nak buat malas. Nak gulung pon rasa macam leceh.Tengok ada pulak resepi roti sardin viral yang senang gila ni. So mari lah kita buat roti sardin versi pemalas ni. Hahaha.



Bahan-bahan yang aku adjust sendiri ikut sedap tekak aku:

6 biji telur
Roti Gardenia Jumbo (size besar)
Sardin size besar
4 biji cili padi*  (kalau hantu pedas, boleh lebih kan)
1 biji cili merah*
Daun bawang*
1 biji bawang Holland*
Garam
Lada Hitam

Ni aku buat banyak sebab family aku datang rumah, kalau korang nak buat untuk anak beranak makan 2-3 orang je. Boleh buat half dari resepi ni.

Bahan-bahan yang aku tanda * dekat atas tadi tu boleh cincang. Dalam mangkuk, pecah kan telur. Aku guna 6 biji telur. Gambar dekat atas ada 5 biji pulak. Sebab lagi sebiji terlupa nak enterframe. Hehe. Pastu masuk bahan cincang tadi dalam mangkuk yang ada telur. Tabur lada hitam dan garam jangan lupa.

Dekat bekas lain, humbankan isi-isi sardin dalam tin itu.Lenyek kan ikan sardin tersebut. Sos dia ambil jugak sikit. Sikit ke banyak nak ambil sos sardin tu ikut citarasa korang lah.

Dah lenyek kan isi sardin tu, kita bagi dia bermesra dengan bekas yang ada telur tadi. Kacau rata.

Dah kacau rata telur dan sardin tu, sediakan roti.

Roti ni suka hati kau lah nak potong bentuk apa. Nak potong bentuk kereta ke, kapalterbang ke, bentuk kipas siling ke, sila kan. Tak ada siapa nak marah. Kehkeh.

Aku potong gini je. Senang, mudah dan easy. (kau dah kenapa?) Ehehe.

Ambil roti yang kita potong tadi, celup kan dalam telur sardin ni.

Lepas tu apa lagi. Tak kan nganga je. Goreng lah semua makhluk-makhluk tiga segi ini sampai habis roti kau tu. Guna pan leper ye.Letak minyak dulu. Kalau tak, melekat pulak karang.



Siap! Makan kosong macam ni pon sedap dah. Aku suggest korang guna lah roti Gardenia, memang lembut gila roti nya.

Nak lagi sedap, letak cili sos dan mayonis. Makan sekeping confirm tak cukup!
Dah buat sendiri ni kau ternak lemak lah berkeping-keping sampai kenyang. Hee.


Ok tu je. Senang bukan?
Kalau korang teringin nak makan roti sardin tapi malas nak gulung. Buat je resepi ini. Senang dan sedap.

Ok saya Epal Singh Walia melaporkan resepi roti sardin viral ini.
Kita kembali ke sri pentas.
Sekian terima kasut.


K bye!

======


Bulan ni stok FairFit laju gila SOLD OUT! So far, aku dah terjual 16000pcs FairFit. Stok baru tengah on the way. Dekat website korang tak boleh beli dah sebab HQ dah tak ada stok lansung. Tapi masih boleh beli dengan agent FairFit, tu pon tak ramai lagi lah yang masih ada stok. Nak tahu agent tu SAH atau tidak boleh tengok website FAIRFIT bahagian agent ye.

Website FairFit: https://fairfithq.com

Nak badan slim melim solid molid jangan lupa try FairFit! 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 408