Aku memang tak boleh betul lah dengan spesis suka menyondol suami orang ni.Kalau baca kes-kes dekat sosial media yang perempuan menyondol suami orang dan lakinya disondol, rasa macam menyirap je baca walaupon tu bukan laki aku. Hahaha
Semalam suami aku buat Q&A dekat instagram dia. Ada pulak yang tanya soalan "Nak kawin lagi 1 x?"
Semalam suami aku buat Q&A dekat instagram dia. Ada pulak yang tanya soalan "Nak kawin lagi 1 x?"
Tekan play kalau nak dengar.
Nasib baik helok jawapan suami aku ni ye.
Kalau dia jawab
"boleh jugak"
Memang aku terus transform jadi Hulk Hogan! Hahaha
The thing is, aku memang tak pernah mintak dia letak aset/liabiliti dia atas nama aku. Dia yang sendiri willing to letak nama aku. Sebab dia pernah kata kalau ditakdirkan umur dia tak panjang,dia tak nak aku terkontang-kanting dengan Han. At least aku boleh survive.Itu good side dia yang aku nampak selepas aku berkahwin dengan dia. Masa bercinta dulu dia macam hareyy jugak. Bukan sikit. Hareyyy banyak perangai dia ni dulu.Haha.
Tapi tu dulu lah masa zaman nak up time bercinta. Sekarang aku nampak dia banyak berubah.Bila dah kahwin ni, baru aku nampak dia lebih bertanggungjawab dan banyak fikir pasal aku dengan Han.Banyak plan untuk masa depan.
=====
So far tak ada lagi lah yang nak menyondol laki aku. Tapi lepas ni kalau tetiba ada, memang aku tak bagi can dekat kau ye. Aku dapat pompuan merenyam ni aku tumbuk je muka kau sampai kemek.Tumbuk sampai berterabur gigi pon aku boleh buat. Ni aku tak sembang eh. Kalau aku kata aku boleh buat,memang aku MAMPU buat.
Sebab apa aku kata aku MAMPU buat?
Sebab aku memang pernah buat. Haha. Tapi bukan tumbuk perempuan lah. Aku pernah terajang budak laki je masa sekolah menengah dulu.
Cerita nya begini.
Masa UPSR dulu aku dapat 4A 1B, so aku dapat tawaran pergi boarding school. Memang sekolah asrama penuh lah. Time sekolah, time prep semua memang kita akan jumpa orang yang sama dalam kelas lah kan.
Ada sorang budak laki ni aku namakan dia Fattah Amin (bukan nama sebenar). Si Fattah Amin ni aku tak tahu lah apa masalah dia. Sangat jaki betul dengan aku. Asal lalu je depan meja aku, si Fattah Amin ni.
"Oii gemok"
"gemok buat apa tu? buat homework ke?"
"Susah jadi perempuan kalau gemok ni"
Kali pertama dia cakap cam tu, aku macam sabar je.
Pastu hari lain, dia cakap lagi
"gemok,gemok,gemok"
"gemok macam doraemon"
Kali ke dua aku sabar jugak.Aku senyap je.Aku tak lawan. Aku tak buat apa.Aku buat bodo je.
Tapi bila kali ke tiga dia cakap aku gemok lagi. Haa yang ni aku tak boleh sabar dah.Aku pergi dekat dia.
Aku: Kau pehal cakap aku gemok? Aku gemok menyusahkan hidup kau ke?
Fattah Amin: Dah bila aku lalu sini,nampak kau je gemok.Sakit lah mata aku
Aku:Yang kau lalu depan aku pehal? Lalu lah tempat lain kalau dah sakit mata sangat
Fattah Amin:Bising lah perempuan gemok ni
Aku: Kau cakap aku lagi sekali gemok, aku sepak kau!
Fattah Amin: Gemok! Gemok! Gemok! Wekkk Gemok!
Uihhh si Fattah Amin ni memang bikin panas beb. Aku memang tak bagi can punya. Aku pergi dekat -dekat dia. Hiyakkk terus aku terajang dia betul-betul dekat spot dia tengah-tengah tu.Biar penyek telur kau.Kalau pecah lagi bagus.Biar padan muka kau. Ingat aku tak berani nak terajang dia.
Pastu guess what?
Dia menangis.
Hahaha. Aku ingat gangster sangat mulut macam harey, rupanya cewek ngembeng.
Si Fattah Amin ni memang macam hareyy tau, lepas je kejadian tu, dia pergi mengadu ke cikgu disiplin kata aku terajang dia. Dia cakap aku ganas.
Pedulik hape aku dia nak cakap kat cikgu disiplin pon sebab siapa suruh dia kacau aku kan.Pastu aku pon kena masuk bilik warden cikgu disiplin.
Cikgu disiplin: Kenapa awak tendang dia? Awak ni kan perempuan.
Aku: Sebab dia cakap saya gemok.Saya gemok ada menyusahkan hidup dia ke? Bukan sekali,tiga kali dia cakap saya gemok.Padahal saya sikit pon tak kacau dia.
Cikgu Disiplin: Kenapa awak kacau dia? (ni dia tanya Fattah Amin)
Fattah Amin: ........ (senyap)
Tahu pulak senyap si Fattah Amin ni, tadi beriya-iya ejek aku gemok.
Cikgu disiplin: Awak tendang dia, dia mengadu dekat saya dia senak.
Hahaha time ni rasa macam nak gelak. Tapi aku control lagi lah buat muka tak bersalah.Sebab memang aku rasa aku tak salah.
Cikgu disiplin: Saya tak nak dengar lagi ada kes-kes macam ni dari awak berdua. Awak Fattah Amin (bukan nama sebenar) jangan kacau dia lagi. Masing-masing boleh mintak maaf antara satu sama lain.
Fattah Amin: Aku mintak maaf, aku tak kacau kau dah.
Aku: Ok aku pon mintak maaf. Tapi kalau kau kacau aku lagi,siap!
Cikgu disiplin: Dah, jangan gaduh lagi. Kalau saya dengar lagi kes ni. Saya tak teragak-agak nak bagi surat dekat parents awak berdua.
Ok lepas tu kitorang pon bersurai. Selepas kes aku terajang si Fattah Amin tu, memang dia tak kacau aku dah dan dia memang dah tak sebut lansung perkataan gemok tu depan aku.Pastu kawan aku cerita .
Kawan: weh kau nak tahu tak rupanya Fattah Amin tu suka dekat kau
Aku: gila apa suka dekat aku?
Kawan: Iye, Fazura (bukan nama sebenar) cerita dekat aku. Dia kacau-kacau kau tu sebab dia nak perhatian kau.
Aku: Eeeee jijik nya.
Hahaha rupanya si Fattah Amin tu suka dekat aku. Hampeh betul.Tak sangka orang gemok pon ada orang suka.Wakakaka.
Tapi aku buat biasa je jumpa dia. Memang tak pernah rasa nak minat dia ke apa.Dah lah menyakitkan hati. Cuma bila teringat pasal dia ni,search nama dia dekat facebook,aku jumpa.Tengok dia dah kahwin anak sorang dah. Fuhh lega betul aku bila aku tahu dia ada anak. Alhamdulillah dia tak mandul hasil sepakan aku. Risau jugak aku kan buat nya pasal history aku sepak dia tu dia mandul, mampuih aku 😂😂😂
Ni masa hari pertama aku belajar boxing. Makin hari makin aku lagi banyak ilmu pasal boxing ni.Aku nak belajar ni untuk pertahankan diri je. Penting jugak kan kita orang perempuan ni tahu protect diri kita.Coach aku ni ajar tips&trick semua benda dan dia pon memang selalu pergi Thailand ,wakil Malaysia masuk tournament untuk boxer. Memang power dia ni.Even kalau ada lelaki badan sebesar 100kg depan aku pon, dia dah ajar trick untuk bagi aku tunduk kan lawan.
Itu lelaki 100kg eh. Ni kalau ada pompuan-pompuan yang mencuba untuk menyondol suami aku, memang mampuih aku kerja kan. Jangan cari pasal dengan aku.Masuk penjara pon masuk penjara lah. Janji puas hati. Hahaha.
Memang kemek muka kau aku kerjakan nanti. Serious kalau aku cakap aku boleh buat,memang aku MAMPU buat.Aku bukan jenis sembang.Siapa suruh kacau suami orang kan. Memang mendapat lah.
Jadi perempuan ni biar lah bermaruah. Orang punya jangan lah kacau.Lelaki bujang berlambak lagi dekat luar sana. Pi cari laki bujang sana,nescaya hidup kau pon aman damai tenteram tidak diganggu oleh isteri laki orang ituwwww 😂