Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Pengalaman minum air gula time mengandung

$
0
0

Sebelum aku pergi umrah, aku check up dengan doktor. Dia tanya parents aku ada yang ada kencing manis ke? Aku tahu ayah aku ada satu penyakit ni, tapi aku lupa sakit apa. Aku pon pergi cakap "ada" dekat doktor. Terus doktor cakap "Ok disebabkan ayah awak ada kencing manis, lepas awak balik umrah nanti saya nak awak minum air gula".


Time tu aku rilek-rilek je. Pastu balik rumah search lah pasal air gula ni.Baru aku sedar yang air gula ni bukan benda yang menyeronok kan😂. Gulp. Kena minum air gula ke? Alaaa. Masa pregnant kan Han tak kena pon. Kenapa kali ni kena pulak ni? Pastu husband aku pon cakap "eh yunk betul ke ayah ada kencing manis. Rasa macam tak ada". Aku pon was-was jugak. Terus contact ayah aku tanya dia ada kencing manis tak. Rupanya dia tak ada, dia cakap dia ada DARAH TINGGI je.

Alaaaaa aku confused kecing manis dengan darah tingggi tu. Tak pasal-pasal lepas balik umrah kena minum air gula. Uwaaaaa 😫. Pastu aku pon malas nak fikir, aku prepare lah persiapan aku ke umrah.


======

Lepas balik umrah,semalam aku check up. Doktor suruh aku puasa sebelum datang.Appoinment 8am. Sebelum sampai memang aku tak ada makan apa-apa pon lah. Minum pon tak. Tapi pregnant kali ni,aku senang pening kepala kalau aku lapar. Sampai je dekat hospital, perut aku rasa lapar. Tetiba pening kepala. Terus cari toilet dan muntah morning sickness. Phewww.


Bila jumpa nurse tanya dia,boleh ke buat glucose test ni lagi sebab sampai-sampai hospital tadi dah muntah? Nurse kata ok je, janji jangan makan.


Mula-mula cek berat.Dah cek berat, cek urine pulak. Then kena ambil darah sebelum minum air gula.




Pagi-pagi dah kena hadap benda ni.

Nurse ambik darah.

Nasib baik ambil darah just a dot macam ni je. Ingatkan mula-mula dia nak cucuk dekat tangan dan ambil banyak 😅

Emm.......Tiba lah masa nya untuk minum air gula. Nurse cakap jangan muntah. Kalau muntah, kena minum lagi sekali.

Huh? Apa? Kena minum lagi sekali? 

Ok set dekat brain siap-siap.

"Jangan muntah, jangan muntah,jangan muntah,sesungguhnya air ini sesedap air fresh orange juice yang diminum tepi pantai sambil layan view dan diiringi angin sepoi-sepoi bahasa."

Dengan lafaz bismillah, terus minum seteguk dan berharap tak muntah.

Habis je satu cawan ni, terus cakap dalam hati.Ok tahan-tahan. Jangan muntah.Aku boleh. Aku boleh. Malaysia Boleh! 😂

Dan akhirnya selesai cabaran minum air gula ni.Alhamdulillah tak muntah.

Rasa dia?

Tak sedap.

Pastu nurse letak air suam dalam gelas yang sama suruh aku minum. Nak bagi aku lega sikit katanya. Ni je last air yang aku boleh minum. Then dia suruh tunggu dekat luar selama 2 jam untuk depa test. Tapi selama 2 jam tu jangan makan dan jangan minum.Pastu depa cek blood pressure.


Melanguk lah aku tunggu dekat luar sampai 2 jam. Tapi between 2 jam tu ada doktor panggil nak buat ultrasound.

Sebelum nak cek, doktor kata. "Harap baby bagi kerja sama untuk kita check dia ye?"

Tanya balik "Kenapa doktor? Kerja sama macam mana?"

"Kadang-kadang ada baby yang dia menyorok. So kita tak boleh nak detect dia secara details"

Oooo. Tapi nasib baby aku ok je.Senang je cek dia. Dia bagi kerja sama.Time ni cek otak baby, buah pinggang, perut, tulang dan macam-macam lagi lah secara details.

Nama benda alah ni Antenatal Scan Anomaly. Scan jenis ni memang detail untuk kita tengok kalau anak kita ada cacat ke, mulut sumbing ke, boleh detect awal dan bagi persiapan dekat kita.Takut nanti lepas bersalin,kalau ada kecacatan dekat baby,takut kita kemurungan. At least bila kita buat scan ni, kita dah bersedia dengan apa-apa yang jadi dekat baby kita.


Nampak tulang baby. Size kepala semua memang details.

Semalam aku buat check up ni. Kandungan 21weeks 4 days.Sepanjang aku pregnant ni pon aku agak kurang bertenaga sikit banding dengan pregnant Han dulu. Maybe sebab aku selalu muntah dan pening kepala membuatkan aku sentiasa nak tidur dekat rumah.Tapi doktor memang saran kan untuk aku keluar rumah jugak. Jangan layan kan sangat perasaan tu dan aku tak boleh stress.Alhamdulillah doktor kata baby perfect dan sihat. Tak ada apa-apa kecacatan. Aku agak risau sebenarnya sebab masa awal-awal pregnant aku bleeding. Syukur sangat baby sihat.


Nasib baik bila balik dari umrah ni, aku ada mood jugak lah nak berjalan keluar masuk mall. Buat benda yang aku suka iaitu tengok wayang😂.Ada lah rasa happy sikit banding dengan awal-awal aku pregnant tu.Kalau tak, memang melepek je dekat rumah.


Dah consult dengan doktor,doktor explain aku kurang vitamin D. So dia ada suggest beberapa ubat untuk aku makan. Then dia suruh tunggu luar nak ambil keputusan darah. Kalau ok, aku boleh balik terus. Kalau tak ok, kena jumpa doktor balik dan dia kata dia nak bagi "homework". Tanya jugak homework apa. Tapi dia tak nak bagi tahu selagi aku tak cek result darah.


So keluar lah bilik doktor, cek darah dengan nurse. Kena cucuk lagi, tapi just a dot macam tadi. Dapat result 5.8. Nurse kata result ok. Kalau lebih 7.8 baru diabetes. Yahoooo yabedabedu. Boleh balik dengan aman tanpa jumpa doktor untuk dengar "homework" yang dia nak bagi 😂

Walaupun aku tak ada diabetes, still doktor saran kan jangan enjoy sangat makan gula dan benda manis. Nak rasa-rasa boleh lah. Tapi jangan selalu.Banyak kan makan makanan khasiat dan elak kan fast food/junk food. Apa yang kita makan tu yang akan membentuk baby kita. Baik lah doktor! 😄


Ada sesiapa dekat sini kena minum air gula time mengandung? Macam mana pengalaman korang? Muntah tak? 😄



Viewing all articles
Browse latest Browse all 408