Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Jalan Penang : Mee sotong sedap , Chew Jetty dan Nasi Lemak Liverpool

$
0
0
Dalam banyak-banyak negeri dalam Malaysia, boleh kata Penang ni antara negeri yang selalu aku pergi untuk berjalan. Tengok ah dekat sidebar blog aku dekat bahagian Malaysia tepi ni. Memang Penang yang paling banyak pon aku cerita dalam blog ni. 😅

Kalau aku pergi Penang, port yang wajib singgah. Memang mee sotong ni lah.  Sebab selalu aku pergi dengan suami je tak pon dengan family mertua. Kali ni bawak family aku makan sini pulak. Diorang first time makan. Tapi diorang memang ok je makan mana-mana yang aku dengan suami suggest.



Selalunya makan mee goreng sotong ini, memang beregukan dengan coconut shake.Tapi aku memang dah selalu minum coconut shake tu, kali ni aku ambil ABC pulak. Coconut shake order satu je bagi diorang rasa. Sebab masing-masing pon nak cendol dengan ABC jugak.


Mee sotong sini warna merah-merah sikit. Tapi bila gaul dengan sambal sotong tu memang sedap ah. Perah limau sikit. Masam manis masin pedas semua cukup rasa. Memang kena lah dengan tekak. Sedap gila 😋

Mee Sotong Hameed Pata dekat Padang Kota Lama ni serious sedap. Kalau korang tak pernah makan, sila lah cuba-try-test. Mahu termimpi-mimpi asyik nak datang Penang sebab nak pekena mee sotong ni. 😝

Ni first time pergi Chew Jetty. Saja nak pi sebab banyak benda dekat Penang ni yang dah pi. Yang ni je tak pi lagi. Ada banyak jetty dekat sini rupanya. Kiri kanan adalah rumah orang. Bila jalan sekitar jetty ni memang nampak banyak je locals memang duduk sini. Dah lama pulak tu ada rumah dekat sini.



Jetty ni crowded sikit. Sebab ada banyak kedai dan restoran. Yang jual aiskrim pon banyak. Ye lah Malaysia ni kan panas. Kalau ada yang datang tengahari buta tu, memang akan beli lah aiskrim dekat situ.




Sepanjang kita berjalan banyak souvenir orang jual kiri kanan. Belakang kedai-kedai ni pon ada rumah orang.Bila dah habis berjalan melepasi kedai-kedai souvenir ni semua, baru korang nampak view laut dekat hujung tu.

Dah sampai terus posing. Haha.

Kalau duduk area atas jetty ni, memang rasa nyaman lah.

Rasa macam pelancong dah. Hehe. Kalau petang-petang nak spend time dekat sini boleh lah. Ada lah jugak rasa angin berangin dari laut tu. 😆

Tengok bot lalu.

Kemain Han 😄

Papa Han macam biasa, tak habis-habis buat live ig dia. Aku kalau ig stories tu aku layan gak ah. Buat live aku malas. Tapi suami aku ni memang semua tempat dia pi dia nak buat live. Suka hati lah bang, janji bahagia 😅

Ibu dan ayah ku 😘

Bila aku up gambar ni dekat ig aku (@cikepal06) ada pulak yang komen, "boleh pulak menantu posing depan in law macam tu hihi".

Apa laki aku ni kisah. Depan sesiapa pon kalau dia nak posing aneh, dia posing je 😆

Heritage clan jetties at Weld Quay.

Ni jetty lain pulak. Sebelah Chew Jetty. Jalan atas papan tanpa pagar ni menarik. Tapi kalau ada anak kecik kena jaga-jaga sikit. Kang ada pulak yang terjun. 😅






Han dengan 'car' 🚗 berpisah tiada 

Time ni dia ok lagi. Lepas dia pi tengok lubang dekat papan tu, dia letak kereta dia dalam lubang tu. Pastu jatuh dalam laut kereta nya. Meraung dia kereta dia hilang masuk laut 😂


Kalau korang jenis yang suka menikmati view laut, korang memang akan suka lah pergi jetty-jetty ni. Menarik gak lah bila tahu cara hidup penduduk nelayan Pulau Pinang yang tinggal dekat sini.Memang ada rumah atas jeti dan diorang betul-betul duduk situ dah berzaman dah. Menarik pulak bila kita tengok secara live sambil berjalan atas jetty dengan cara orang-orang lama dulu.

Dah balik dari jetty, kitorang pergi makan nasi lemak liverpool.

Memang interior dalam kedai ni penuh dengan poster dan barang-barang Liverpool. Owner kedai nasi lemak ni memang peminat Liverpool katanya. Sebab tu nama kedai nasi lemak Liverpool.

Yang menarik nya dekat sini. Lauk nak makan nasi lemak memang banyak pilihan.

Pilih je nak lauk apa. Self service.Cedok sendiri je lauk apa kita nak.

Aku kalau makan nasi lemak memang suka kacang dengan sambal lebih. Dah self service, aku ambil lah sambal dan kacang banyak sikit. Hee. Tapi aku tak gemar makan ikan bilis kalau makan nasi lemak. So ikan bilis memang aku tak ambil lansung ah.

Overall, nasi lemak Liverpool ni aku katageorikan sebagai kategori 'boleh ah makan'. Dia tak ah kategori sedap gila macam mee sotong tu. Tapi still boleh ah makan. Yang best sebab lauk untuk kita makan dengan nasi lemak tu banyak. 


Aku akhiri entri kali ni dengan satu lagi posing aneh papa Han 😆


Nanti sambung lagi part 2 kalau rajin.
Ok bye!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 408