Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Iftar with Iris Integrated and Speakoutloud

$
0
0


Ni minggu lepas punya cerita kot. Aku pon lupa sebab tak tahu nak update apa. Update lah pasal perkembangan semasa yang kembang tak kuncup-kuncup ni. Aku masuk blog sendiri pon dah bosan ni asyik entry iklan memanjang. Lagi banyak iklan, lagi banyak $$$. Tapi nak kasi balance iklan dengan entry biasa tu yang susah sikit sebab sekarang manjang lah tak ada idea AKA malas nak update blog. Pulak-pulak semenjak ada Instagram ni. Asyik nak update Instagram je, blog terbengkalai. Tapi macam ada orang kesah sangat kalau aku tak update blog pon kan??  Kau tu siapa cik epal weh?? Bukan Selena Gemas atau Mariah Kari pon. haha :D



Haritu dapat call daripada Iris Integrated and Speakouloud ajak iftar together-gether (oh my english!). Mana depa ni dapat nombor aku pon tak tahu lah. Ajak Iftar dekat Marche. Dua hari sebelum depa ni ajak iftar memang aku ada iftar dekat Marche pon so aku tahu lah dekat situ makanan dia memang sedap. Dah rezeki orang nak belanja berbuka puasa,harus lah jangan kita menolak kan.








Makanan dekat Marche memang sedap lah. Masa aku berbuka sendiri tu untuk harga satu kepala dalam rm69++ kot. Aku pon lupa sebab time tu bukan aku yang bayar. Tapi berbaloi-baloi lah untuk orang yang makan banyak. Marche ni dekat The Curve. Tak pasti pulak kalau ada dekat tempat lain. Yang aku tahu dekat The Curve je ada.




Duduk semeja dengan depa semua ni. Fatin Liyana dengan Fatin Suhana pon ada. Nasib baik depa ada, ada lah jugak geng nak bersembang-sembang. Nak gosip sangat tak boleh. Di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni harus lah kita sembang-sembang benda yang berilmiah saja. No gosip gosip.





Tapi dengar cerita Ashraf Muslim dah kawen lain di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni. Eh???



Tu bukan gosip, itu mengikuti perkembangan semasa kekdahnya. hahahaha :D




Yang hujung kanan tu salah sorang wakil from Iris Integrated and Speakoutloud. Alaa nama abang ni aku lupa pulak apa. Aku panggil dia abang Awie je lah. Dah dia pon ala-ala rockers je aku tengok.Rambut pon lebih kurang je dengan Awie. Hye Abang Awie. Terima kasih belanja makan. Nanti minggu depan ajak lah iftar lagi. Raya lambat lagi ni :D




Btw thanks Iris Integrated dengan Speakouloud sebab sudi ajak Iftar bersama-sama :)




Di apit oleh dua Fatin yang cun melecun. Terasa gendut pula bila bergambar dengan Fatin Liyana dengan Fatin Suhana ni. Fatin Suhana ni pulak ayu lemah lembut sopan santun. Aku kalau nak bercakap dengan dia pon aku tak berani ber 'aku kau'. Aku bahasakan diri aku 'kita' ok bila sembang dengan Fatin Suhana ni. Alahaiii .Sopan nya lah aku buat sementara waktu.


Dengan si Fatin Liyana boleh lah 'aku kau'. Dia siap cakap 

"eh kau dah kurus sikit lah. Dulu muka kau 'emmp' sikit" (sambil buat muka kembong. Kalau cucuk pipi dia boleh meletop tu)


Aku tak tahu lah nak gembira ke nak nangis. Dan aku pon tak tahu lah si Fatin Liyana ni perli ke puji. hahahaha


Aku rasa sama je muka aku dari dulu sampai sekarang pon.Tak ada lah kurus mana. Macam-macam exercise muka aku buat dekat youtube tu. Dengan mulut herot berot,pipi kembong kuncup. Kalau orang tak tahu aku tengah tengok apa dekat laptop mesti ingat aku perempuan gila. Ada yang kata kalau nak muka kurus makan chewing gum and suck lollipop. Tapi haremmm. Semua aku buat dah tapi still pipi aku kembang setaman juga.Tak apa lah aku redha je lah muka kembang setaman pon. 



Bak kata Lisa Surihani. "gheda itu ikhlas, pasghah itu menyeghah" So, aku redha je lah berpipi bolat bermuka lebar. Sekian terima kasut.


ok bye!


p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 408