Banyak movie yang aku tengok minggu ni dan minggu lepas. Tapi 2 cerita ni kira latest lah jugak. So aku nak review 2 cerita ni je lah. Yang lain aku malas nak review sebab aku malas nak taip. Boleh? Haha 😆
So kali ni nak review pasal LOGAN dan J REVOLUSI.
LOGAN
SINOPSIS
Cerita LOGAN ni diadaptasi daripada komik OLD MAN LOGAN. Berlatarbelakang kan tahun 2029 (X-MEN film series yang paling maju setakat ni). Semua mutant pon dah mati. Ini kali terakhir Hugh Jackman berlakon sebagai LOGAN.
Awal cerita Logan muncul dengan sudah beruban dan nampak tak bermaya. Alkohol pon bersepah-sepah. Selalunya dia pantas tapi kali ni nampak kusut dan tak teratur. Dah macam orang tua yang dah fed up dengan dunia.Sampai lah dia jumpa Laura yang comel tapi ganas nak meninggal. Budak Laura ni pon mutant jugak. Final mission LOGAN ni untuk bawa Laura ni ke satu tempat nama EDEN. Yang dia ingat mula-mula EDEN ni tak wujud, tapi ada je tempat ni sebenarnya. Laura ni nampak power bergasak daripada Logan. Ye lah LOGAN pon dah tua dan semakin lemah. Tu nampak memang memberansangkan cara budak Laura ni fight.
Pertengahan cerita dia agak slow tapi slow yang ada makna-makna sentimental value yang tinggi. Setiap scene adalah crucial dalam proses penceritaan. Tak bosan. Memang nampak chemistry Xavier, Logan dan Laura yang serasi bersama. Aku paling suka bila Xavier mengaku dia datuk, Logan ayah, dan Laura cucu. Rasa macam comel je! Hehe.
REVIEW
-Prof X pon macam dah give up nak hidup. Xavier yang dulunya professor, sekarang cuma seorang tua yang ada sawan dan menikmati saat-saat akhir kehidupan. Tapi telatah dia ada yang kelakar jugak.Masa dekat rumah orang yang dia tolong kuda terlepas tu nampak lah dia memang nak menikmati hidup sepenuhnya buat kali terakhir.
-Watak jahat pon best. Memang mengancam,ganas dan tak ada perasaan. Nampak intimidating walaupun tak power mana. Watak jahat memang selalu camtu ah kan. Tak power sangat tapi risau gak lah bila dia dekat dengan hero.
-Aksi dalam cerita ni agak ganas. Memang brutal dan gore. Penggal kepala lah, cucuk biji mata lah, sepak tutttt lah, kerat tangan lah, scene bunuh bersepai-sepai lah, dan macam-macam lah.Part darah memancut memang banyak. Bahasa pon kasar. Sebab tu cerita ni 18+ dan tak sesuai bawak budak-budak. Tapi aku bawak je anak aku, sebab dia dalam panggung memang tidur je. Lagi pon bukan dia paham apa.So aku dengan husband sedap je ler layan cerita ni. 😆
Laura ni talented. Kau memang boleh pergi jauh dekk. Hakak rasa kau ada potensi besar nak jadi pelakon hebat in future. 😆 Muka pon lawo. Kalau cakap dia ni Kendall Jenner waktu kecil pon aku percaya. Hehe.
-Budak Laura ni berlakon best! Tp annoying gila scene dalam kereta yang dia dok mengomel nama-nama member mutant dia. Haha. Comel tapi annoying!
- Comel tengok Laura bergandingan dengan Logan.
Dari semua karakter yang ada dekat X-Men Universe, cuma Logan dan Xavier yang hubungannya paling rapat dan ada dalam semua filem ni. Yang buat touching sebab dia masih lagi jaga Prof X umpama jaga ayah dia. Tambah suka bila Logan tak lupa yang Xavier ni asalnya seorang guru. Logan ni kalau kat sekolah, dia lah pelajar paling problem tapi last-last tinggal dia je dok jaga Xavier.
-Sebenarnya tak sangka Logan ni pon dimamah usia dan boleh uzur dan lemah macam tu. Aku ingatkan dia memang selamanya muda. 😆
-Cerita ni sedih jugak. Ada lah part-part yang menyentuh hati untuk bersedih. Lagi-lagi part Laura dengan Logan hujung-hujung tu. 😢
-Cerita ni sedih jugak. Ada lah part-part yang menyentuh hati untuk bersedih. Lagi-lagi part Laura dengan Logan hujung-hujung tu. 😢
-Aku punya lah gigih tunggu credit. Tapi tak payah tunggu pon post credit sequel tu sebab tak ada pon. Boleh serta merta tinggalkan panggung lepas movie habis hokay!
- Overall cerita ni best. Good acting. Antara movie X-Men yang best!
Rating: 8/10
J REVOLUSI
SINOPSIS
J Revolusi ni cerita pasal Jay (Zul Ariffin) yang merupakan seorang pegawai UTK (Unit Tindak Khas). Jay ni katanya hebat dan tak pernah gagal dalam 53 misi. Wow power sangat ni. Nak sainnnn. Haha. Jay ada kakak nama Dian (Fazura) yang jadi spy untuk satu misi ni. Tapi untuk misi kali ni Jay gagal nak tangkap penjenayah dan kakak dia hilang masa letupan.Mula-mula semua orang ingat Dian dah mati. Sebab last misi masa ada Dian tu tempat tu kena bom lalu terbakar. Tapi mayat dia tak jumpa.
6 bulan kemudian, chief dia bagi tahu yang kakak dia masih hidup dan penjenayah nak buat sistem barter lah antara virus dengan Dian. Rupa-rupanya Dian kena culik. Kali ni Jay gagal jugak nak bawak balik Dian dan semua ahli kumpulan dia mati. Tinggal Jay je yang hidup. So dia jadi buruan lah. Jay ni terperangkap dan kena tahan dengan tuduhan membunuh ahli kumpulan dia. Tapi dia lari. Lepas tu timbul lah pelbagai konflik dan insiden untuk selamatkan Dian. 2 orang ahli UTK ada tolong Jay iaitu Eddie (Izara Aishah) dan Herman a.k.a Skodeng(Azad Jasmin).
REVIEW
-Dah lama rasa tak tengok cerita melayu dekat panggung. Tapi cerita ni kategori boleh di layan lah.
- Secara jujurnya aku tak pernah tahu pon pasal UTK ni. Nampak macam polis tapi bukan polis. So bagus lah cerita ni angkat pasal UTK. Orang boleh tahu lah kerja UTK ni macam mana.
-Watak Jiman (Eidil Putra) memang macam haremm time awal-awal cerita tapi dia berjaya lah lakon kan watak dia tu. Memang pendengki dia ni. Tapi kalau pengarah gunakan lagi watak dia ni bagi lagi orang menyampah dengan dia aku rasa lagi best.
- Scene lawak memang banyak datang dari watak Skodeng. Ok lah lawak boleh diterima.
- Suka watak Izara dalam ni. Terbayang watak gadis naif kampungan dia bawak je sebelum ni. Dalam cerita ni Izara nampak selesa lah jadi Eddie dan nampak dia power berlawan. Fight scene dia pon best.
-Part siang tetiba jadi malam tu macam pelik lah jugak.
-Fight scene pon agak memuaskan. Tapi paling suka part Izara lanyak Zul. Ehehe. 😆
-Pelakon dalam cerita ni semua best-best dan boleh kata semua nya agak famous. Memang tu salah satu daya tarikan lah nak tengok cerita ni.
-Fight scene dengan Malaysia UFC Fighter, Peter Davis tu patut bagi lebih sikit baru syok. 😆
-Part tukar-tukar muka tu memang syok. Dah macam tengok cerita omputeh Mission Impossible. Haha.
- Ada lah plot twist sikit dalam cerita ni.
Overall story line best dan tak membosan kan. Untuk kategori cerita melayu memang boleh tengok lah.
Rating: 6.5/10
===
Korang dah tengok ke Logan / J Revolusi. Bagi korang best tak? 😊