Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

REVIEW MOVIE : SPLIT, Resident Evil, LA LA LAND, ALLIED, THE ICEBREAKER, Monster Trucks and ARRIVAL

$
0
0
Ada review cerita yang dah tengok minggu lepas dalam ENTRI INI. Hari ni nak review cerita yang dah tengok minggu ni pulak. Ada 7 movie nak review.




SPLIT

Bila tengok trailer cerita SPLIT, terus rasa cerita ni memang confirm kena tengok ni. Trailer dia nampak macam menarik cerita ni.SPLIT ni pasal seorang lelaki yang bernama Kevin yang ada 23 personaliti yang berbeza. Memang split personailty ah mamat ni. Psiko lak tu. Pastu dia pergi culik tiga perempuan remaja dan letak budak-budak tu dekat satu tempat yang tersembunyi. Dia nak "munculkan" character dia yang ke 24 iaitu The Beast. Kira character yang ke 24 ni paling jahat ah dalam badan dia.

Cerita ni slow sikit. Ye ah cerita-cerita penculikan yang serious selalunya memang slow. Cuma sebab nak tahu siapa Kevin and apa jadi dekat dia tu yang buatkan kita tertunggu-tunggu next scene. Yang suka cerita suspen boleh lah layan cerita ni. Ending cerita ada plot twist sikit. Dia macam tak ada ah twist sangat cuma lebih kepada surprise ending. Yang kita sangka benda lain, jadi nya benda lain. Tapi cerita dia tak segempak trailer lah. 

Rating: 7/10





RESIDENT EVIL : THE FINAL CHAPTER

Cerita pasal Alice nak selamatkan manusia sejagat. Satu je cara yang selamat dari kena kejar dengan zombie, Alice kena pergi Raccoon City. On the way nak pergi tu jumpa pulak kawan-kawan lama dia. So bergabung lah dia dengan member-member lama. Tapi dalam ramai-ramai kawan dia ni, ada spy sorang. Red Queen ada bagi mission dekat Alice. Kalau Alice ni dapat sampai The Hive dalam masa yang dia bagi, Alice ni dapat lah penawar untuk selamatkan semua manusia. Tapi banyak lah cabaran sebelum nak sampai tempat tu. Kena lah hadap Red Queen punya security yang ketat dan segeromobolan zombie.

Aku tak pernah layan Resident Evil sebelum ni. Tapi bila tengok cerita ni paham je lah walau tak pernah tengok pon Resident Evil. Cerita ni best jugak. Memang padat dengan aksi dan fight scene. Alice tu power gila.  Memang segar je lah bijik mata tengok dia lawan-lawan.

Rating: 8/10




LA LA LAND

Cerita pasal pelakon nama Mia dan Sebastian, seorang jazz musician. Masing-masing struggle nak kejar impian masing-masing dekat bandar yang terkenal. Cerita musical ni pasal nak explore everyday life. Apa yang lagi penting? Cinta sekali seumur hidup atau spotlight?

Tak terfikir nak tengok cerita ni. Tapi bila tengok poster, nampak nama Ryan Gosling and Emma Stone. Rasa macam cerita ni boleh layan ah. Dua-dua nama famous. Bagi aku kalau korang into musical and cerita romantik, then movie La La Land ni memang sesuai ah dengan jiwa korang.
Tapi kalau bukan, memang krik krik je lah jawabnya. Haha.

Sebab aku dengan husband boleh pulak take turn tidur tengok cerita ni 😅 . Awal-awal cerita start aku nampak dah husband aku tidur. Aku layan je lah. Last-last aku yang tertidur. Nak dekat habis cerita aku terjaga, tengok husband aku lak yang tengok.

Movie ni simple & romantic. Emma Stone and Ryan Gosling dancing & acting memang best and sycnhronize sangat. Cuma tak ada yang luar biasa dari segi cerita dan memang mudah dilupakan  (omputeh kata 'forgettable') . Secara peribadi plot cerita ni bagi aku membosankan.


Rating: 5/10

ALLIED

Aku tak minat sangat cerita-cerita Brad Pitt ni. Yang menarik aku nak tengok cerita ni pasal gosip yang bertebaran mengatakan heroin cerita ni (Marion Cotillard) punca Angelina Jolie dan Brad Pitt bercerai. Tak tahu lah kan betul ke tidak sebab pompuan ni depa bercerai. Entah-entah si Brad Pitt tu memang gatal. Kehkeh.

Ok cerita ni pasal Perang Dunia II di Casablanca pada tahun 1942. Seorang agen rahsia bernama Max Vatan dan seorang pengintip Perancis, Marianne Beausejour dalam misi untuk membunuh seorang pegawai Jerman. Sambil buat misi tu, mereka jatuh cinta lah pulak dan berkahwin.

Cerita ni nak kata bombastik sangat tu tak lah. Tapi cerita ni plot dia tersusun dengan kemas dan flow cerita dia smooth je. Cerita ni suspen jugak tapi agak slow. Dari scene awal sampai dah kahwin ada anak, korang akan sentiasa tertanya-tanya yang wife dia ni baik ke jahat sebenornya. Sebab ala-ala suspicious gitu perempuan tu. Cuma perwatakan dia menarik ah.

Character heroin ni memang best lah. Mungkin betul jugak lah kot gosip Brangelina bercerai gara-gara dia dan Brad Pitt cinta lokasi lagi. Ermm maybe. Chemistry hero and heroin sama macam cerita Mr and Mrs Smith cuma heroin nya bukan Angelina Jolie.

Rating: 7/10







THE ICEBREAKER

Cerita pasal kapal besar nak lalu giant iceberg yang besar gila. Nak hancurkan ais, tapi kapal tu jatuh dalam ice trap dan dipaksa untuk hanyut berhampiran pantai Antartika. Krew dalam kapal tu pon semua cemas. Memang tak boleh salah buat keputusan. Satu keputusan salah je memang ais yang berat tu akan hancurkan kapal.

Cerita ni based on true story. Dari awal dah spoil mood sikit sebab rupanya cerita ni alih bahasa. Patut lah semua pelakon tak kenal. Tapi tengok je lah. Dari awal sampai habis memang scene dalam kapal ni je. Mendatar je cerita ni dan agak bosan.

Rating: 5/10




MONSTER TRUCKS


Filem Monster Trucks ni pasal seorang pemuda bernama Tripp yang secara tak sengaja jumpa dengan monster yang menyorok dalam kereta dia. Tripp dan monster tu macam ada chemistry dan diorang pon berkawan.


Cerita ni sesuai ditonton seisi keluarga. Kalau ada anak-anak tu boleh lah bawak tengok cerita ni. Sebuah filem yang mana boleh berkongsi tentang isu-isu alam sekitar dan menyentuh moral manusia. Banyak action yang boleh budak-budak terhibur lah tengok. Monster tu pon perangai dia comel dan bijak. Jalan cerita menarik jugak. Ada lawak-lawak sikit.


Rating: 7/10




ARRIVAL

Bila alien yang misteri mendarat di seluruh dunia, pasukan elit siasat lah keadaan tu. Termasuk pakar bahasa Louise Banks, yang diambil oleh tentera untuk membantu menentukan sama ada makhluk luar angkasa datang dengan maksud damai atau menimbulkan ancaman kepada manusia.


Masa nak beli popcorn nak tengok Arrival ni tetiba nampak Izara Aishah dan boyfriend nya si Adib dekat belakang. Rupanya diorang tengok cerita sama gak. Ok bukan pasal diorang aku nak cerita ni tapi cerita Arrival ni serious bapak bosaaaaaannnnnnn! Menguap aku tengok cerita ni. Semua keluar panggung pon muka blur je termasuk lah aku dan Izara Aishah. Haha. Tetiba nak sama kan diri dengan pompuan jelita.

Tengok trailer Arrival ni macam gempak gila. Bila tengok cerita ni rasa bengkek je. Sakitnya tuh di sini! *tunjuk hati yang sakit*  Rupanya cerita pasal alien takluk bumi dan tentang bahasa. Macam mana bahasa tu main peranan dalam memahami sesuatu bangsa dan pembentukan tamadun masa depan.


Tapi serious tak best cerita ni bagi aku. Bosan nak meninggal. Too slow and lagging. Erghhh. Apa motif alien tu entah. Cerita ni deep sangat. Serious tak sesuai untuk semua orang. Kalau cerita Interstellar tu, best and mind blown lah jugak bagi aku.

Rating: 3/10


=====================


7 movie ni je lah nak review untuk minggu ni. Ada tak movie yang aku review ni yang korang dah tengok? 😊


Viewing all articles
Browse latest Browse all 408