Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Burger Al-Lazat ada time Bulan Ramadhan je dekat Burger Bakar Abang Burn!

$
0
0
 Haritu (sebelum puasa) Abang Burn ada buat pelancaran menu baru dekat Bandar Permaisuri. Ramai blogger dan media yang datang. Excited jugak nak tahu burger baru Abang Burn apa pulak kalini. Nama menu baru Burger Bakar Abang Burn (BBAB) adalah Burger Al-Lazat.  Aku pernah lah jugak makan Burger Bakar Abang Burn sebelum ni. Memang sedap. Nak tahu juga burger Al-Lazat ni lazat bebenau ke? Hihi



 Lepas je pengarah eksekutif dan pengarah urusan Burger Bakar Abang Burn berucap, ada sesi soal jawab. Soalan yang bermain di benak kepala semua orang adalah


“Tumpang tanya,Abang Burn ni siapa eh sebenarnya?”


Ada blogger tanya soalan tu.Tapi rasa nya memang semua orang nak tahu pon kan.Tu sebab depa jawab sengih-sengih tu. Sampai sekarang tiada jawapan. Misteri sungguh lah engko ni Abang Burn.Nak main nyorok-nyorok pulak. Kalau ada,baru nak mintak otograp! :D



 Sempena kita nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan ni,BBAB memperkenalkan satu menu yang sangat special yang dinamakan Burger Al-Lazat. Burger ni hasil idea Abang Burn sendiri dan boleh dapat time bulan Ramadhan je tau! Tahun ni (2013) baru nak start. Burger Al-Lazat ni sangat menarik sebab hasil tiga kombinasi iaitu menggabungkan citarasa Melayu,Arab dan Barat. Hebat betul Abang Burn ni,tak main lah rasa melayu je kan. Sekali tiga citarasa dia gabungkan.Kau mampu?? :D



Semua orang dapat rasa sebiji burger Al-Lazat haritu. Yang siap tapau bawak balek pon ada. Sejujurnya memang sedap gila nak meninggal Burger Al-Lazat ni !! Time buka puasa ni atau lepas terawih boleh lah try rasa.Burger Al-Lazat ni burger ayam percik. Rasa ayam tu juicy dan lembut sangat.Roti pon sedap.Rasa ayam percik tu memang lazat lah.  Burger Al-Lazat ni pon ada macam-macam jenis. Boleh je kalau nak tambah apa-apa yang patut . Nak tambah cendawan goreng ke,onion ring ke, cheese ke. Tambah je apa-apa pon tapi duit kasi tambah lah jugak sikit :D



Ni antara jenis burger Al-Lazat:







 Serious korang kena cuba sebab ianya sedap sangat. Sebenarnya Abang Burn akan buka sebuah cawangan dekat Lembah Klang yang beroperasi semata-mata untuk tujuan infaq di mana kesemua keuntungan bulanan adalah untuk anak yatim dan fakir miskin.



Kalau korang beli Burger Al-Lazat ni sedikit sebanyak korang pon membantu untuk menderma duit dekat anak yatim dan fakir miskin tau! Makan burger sedap-sedap dalam masa yang sama boleh niat bersedekah juga.Wow bagusnya Abang Burn ni. Suka tengok orang melayu berniaga macam ni. Banyak duit dan pemurah pula.Saya doakan semoga Abang Burn dan team makin murah rezeki :)



 Dah kata Burger Bakar mesti lah ada yang burger tinggi serupa KLCC ni jugak kan.



Ini namanya burger Al-Lazatower. Kalau lapar lepas terawih tu boleh lah try burger ni ramai-ramai. Tapi kalau kau makan sorang-sorang je burger setinggi ini memang kau hebat :D



Kemain Abang Burn . Siap ada video lagi tau pasal Burger Ayam Percik Bakar (Burger Al-Lazat Abang Burn) ni. Di harap tengok video ni selepas berbuka puasa. Tengok time puasa,mahu menjejes air liur dekat keyboard laptop karang.



Ramai juga blogger yang ditemui pada hari tu.





Ni yang tak best bila muka kembang setaman tangkap gambar dengan mereka semua ni. Depa ni dah ah muka halus-halus.Tension mak nyahh.Tapi tak pe tengah bulan puasa ni. Harap boleh kurus . Heee



Time bulan Ramadhan ni jangan lupa ok singgah Burger Bakar Abang Burn. Mesti korang tak kan menyesal punya sebab Burger Al-Lazat ni memang ternyata lazat dan terbaik dari ladang! Nak tahu lagi info dan dekat mana korang boleh cari Burger Bakar Abang Burn yang terdekat dengan korang boleh tengok di

Facebook : https://www.facebook.com/abangburn
Twitter : https://twitter.com/AbangBurn
web : http://www.abangburn.com/
Instagram : http://instagram.com/abangburn


Selamat menyambut bulan Ramadhan :)






p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 408