Viral nau ye Kuih Keria Gula Melaka ni sekarang. Padahal dah bertahun lama dah pakcik makcik tu berniaga kuih ni. Dulu pergi Melaka pon beratur nak tunggu kuih keria gula melaka ni siap. Masak je licin. Masak je licin. Orang depan pulak beli sampai doplohnam ketul. Tu panjang beratur menunggu tu. Sekarang ni dah viral lagi ah kan, confirm kalau pergi Melaka lagi panjang beratur nya. Akhir nya, buat sendiri je lah dekat rumah.
Resepi aku ni simple je. Senang je nak buat. Resepi dalam blog aku ni semestinya semua yang easy to digest belaka. Yang leceh-leceh aku malas nak buat. Haha.
Ni lah homemade kuih keria gula melaka nya.
Bahan kuih keria:
500 gm keledek putih
3/4 cawan tepung gandum
2 bahan ni je buat kuih keria? Simple mimple pimple betul ni bahan nya! Haha. Sabar jemah oi. Ni baru cerita part body kuih keria je. Untuk keria guna 2 bahan ni je. Aku tak guna baking powder. Hanya keledek dengan tepung semata. Guna keledek putih ye bukan oren. Yang oren tu akan lembik kan kuih keria. Guna keledek putih yang kulit dia coklat lembut macam gambar diatas. Bukan keledek putih yang kulit merah. Sebab keledek putih yang kulit coklat ni air dia kurang banding dengan yang oren tu. Keledek putih ni tak manis sangat so memang sesuai lah nak buat macam-macam jenis kuih.
Keledek putih tu buang kulit dia dulu ye dan basuh bersih-bersih. Pastu letak air rendam kan lah si keledek bermandi bath tub dalam kuali pastu letak garam sikit.
Rebus lah sampai beliau empuk.
Bahan sira kuih keria:
150gm gula melaka
Satu sudu besar gula putih
1/4 cawan air masak
Garam sikit
Sementara nak tunggu keledek kau tu empuk. Kau settle kan gula melaka ni. Mula-mula aku hiris gula melaka ni nipis-nipis pakai pisau. Pastu menyampah pulak nak hiris sebab lembap nak meninggal nak habis kan.
Sudah nya, aku tumbuk je pakai lesung batu. Huh senang kerja aku.
Dah hiris/tumbuk gula melaka tu. Letak dia dekat tepi jap. Jangan kacau dia. Suruh dia dok dendiam.
Bawak keluar semua keledek putih yang dah empuk tu. Toskan air dia. Pastu letak dalam bekas lain. Lenyek kan lah beliau sampai lumat. Masa panas-panas tu terus lenyek kan tau. Mula-mula aku lenyek pakai senduk je.
Untuk kepuasan tahap maksimum, tumbuk lah keledek tu pakai lesung pulak. Kihkih.
Biar sejuk sikit jap. Kang melecur lak tangan kau pergi uli panas-panas. Dah orang ingat kau tak sekolah pulak. Haha. Dah sejuk,pastu masuk 3/4 cawan tepung gandum. Uli lah dia sehingga menjadi doh. Adunan ni dapat lah dalam 14 ketul kuih keria.
Bentuk kan lah adunan tadi bulat-bulat dan lubang kan dekat tengah. Kalau kau nak bentuk kan menjadi bentuk lori ke, beruang ke, kapal selam ke. Suka hati kau lah kan. Dah kuih keria kau. Kau jugak yang nak makan. Cuma jangan bengong sangat lah. Haha.
Aku goreng menggunakan kaedah deep fry. Kasi tenggelam semua kuih keria tu. Walaupun minyak sekarang mahal, pepandai kau lau adjust. Jangan goreng guna minyak tanah sudah. Terus meninggal pulak kang 😂.
Terbalik kan bila nampak bawah dah kuning je ok! Ni tips tak nak bagi serap minyak. Kalau tangan gatal asyik nak terbalik-terbalik kan je, nanti berelemoih serap minyak woh tak sedap. Jangan jakun sangat asyik nak terbalik kan. Ehehe. Biar je dia steady dalam tu, bawah dah kuning baru terbalik.
Dah kuning cantek baik punyaaa. Angkat, tos kan minyak letak dalam pinggan.
Goreng lah si montel ni semua kasi habis.
Buat bahan menyira pulak. Ambil kuali lain. Masuk kan gula melaka, gula putih, air masak. Air jangan banyak sangat. Kalau nak kurang lagi pon ok. Tapi 1/4 cawan ni kira alright lah. Cuma jangan lebih dari tu
Mula-mula api jangan kuat sangat. Kacau lah sampai semua nya larut di dalam lautan cintamu. Eh!
Kacau pastu letak garam sikit. Letak garam sikit nak bagi dia rasa lemak-lemak manis lah. Tapi jangan banyak sangat garam nya. Sikit secukup rasa je. Nak bagi balance rasa manis tu. Nanti bila gigit kuih keria rasa sedap ada rasa manis masin. Heee.
Gaul rata. Time ni besarkan api sikit.Bila nampak dah pekat likat dan berbuih tu, haa apa lagi, masuk kan lah kuih keria yang kau goreng tadi.
Masuk kan segerombolan kuih keria tadi dalam kuali.
Golek-golek kan mereka dalam kuali. Kacau bagi sebati. Api jangan tutup pulak. Kacau je sambil api terbukak tu.
Jangan cuak kalau nampak gula tak kering lagi and just nampak cair cenggitu. Terus kan je lah gaul sampai kering. Jangan tinggal kuali. Laki kau panggil time ni pon sila buat dekk je dengan dia. Terus kan je gaul. Bila nak dekat berkerak gula nya tu baru tutup api.
Wow! Glowing nya kulit sis! Pakai skincare apa tewww?
Dalam kuali tadi, gaul punya gaul punya gaul sampai lah gula nampak keras dan berkerak sikit. Boleh lah angkat.
Hidang lah semua atas pinggan.
Hitam, berkilat, merecikkk. Haha.
Setelah digigit.
Han dan kuih keria gula melaka.
Apa benda lah mama buat ni?
Om nom nom.
Sedap sampai high. Haha sengal. Beriya kata nak diet laki aku ni. Selamba bedal lapan ketul. Diet padiaaa.
Makan panas-panas memang layannn. Selamat mencuba resepi kuih keria gula melaka ni bagi yang nak cuba! K bye! 😄