Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Resepi Coleslaw ala KFC yang senang dan sedap ! (Step by step)

$
0
0
Aku suka gila makan coleslaw KFC. Kalau beli snack plate tu pon memang selalu tukar mash potato ke coleslaw. So ada 2 lah coleslaw dalam snack plate aku. Kadang-kadang pergi KFC semata-mata order coleslaw je. Makan ratah begitu je pon aku dah happy. Aku memang senang dibela. Sumbat je makanan dah gembira. Haha.


Disebabkan terlampau suka dengan coleslaw KFC, aku buat sendiri je lah dekat rumah. Makan lah banyak mana pon kalau nak. Hee.




Rasa dah sebijik macam coleslaw KFC! Aku telah bepuas hati lantas mahu share dengan korang betapa senang nya nak buat coleslaw ala KFC ni! Sharing is caring katanyehhh.





BAHAN-BAHAN COLESLAW ALA KFC :

1/4 bahagian sayur kobis
1 batang lobak merah
1 sudu besar jus lemon
5 sudu besar mayonis
1/4 cawan susu segar
1 sudu besar gula putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam


CARA-CARA NAK BUAT COLESLAW ALA KFC :

Ambil kobis. Potong 4.
Pastu ambil 1/4 kobis tu.
Potong dan buang bahagian keras yang aku tunjuk tu.

Hiris kobis start dengan bahagian bucu dia ni. Hiris lah senipis yang boleh. Pisau kasi tajam eh.

Hiris lah sampai habis kobis tu. Pastu melintang kan kobis tu. Potong kecik-kecik.

Sampai jadi begini.

Carrot tu aku potong dadu kecik-kecik macam ni untuk lebih feeling persis coleslaw KFC. Tapi suka hati korang lah nak potong carrot tu macam mana. Nak potong bentuk dadu ke, bentuk kereta ke, bentuk kipas siling ke. Ok je. Tak ada siapa yang marah. Hehe.

1/4 cawan susu. Aku guna measurement cup. Aku guna fresh milk atau dalam bahasa ibunda nya susu segar.

Tuang susu segar ke dalam mangkuk yang ada carrot segar dan kobis segar tadi.

Campak 5 sudu besar mayonis. Pastu kacau.

Tuang 1 sudu besar jus lemon

Campak 1 sudu besar gula putih

Campak garam sikit.

Serbuk lada hitam sikit.

Pastu kacau lah macam kacau dodol. Haha.

Ok dah kacau bagi sebati semua. Rasa sikit. Kalau ada rasa yang tak puas hati, pepandai lah adjust garam gula semua tu. Aku puas hati je dengan rasa coleslaw ni. Hehe.

Masuk kan dalam tuppaware.

Masuk lah dalam apa-apa bekas yang ada penutup.

Pastu bagi coleslaw tu lepak dalam peti sejuk. Sejuk kan lah lama sikit. At least 3 jam. Makan coleslaw sejuk-sejuk baru lah nyaman beb masuk tekak. Aku buat coleslaw ni malam, esok nya baru makan. So dalam semalaman jugak lah biar dia lepak dalam peti ais. Bila makan esok nya lagi sedap sebab sayur tu nanti berair dan sebati dan rasa dia lebih 'smooth'. Sebab dah perap semalaman kan.


Tapi kalau korang jenis tak menyabo nak makan time-time tu jugak, suka hati korang lah.Nak makan, makannn. Tak ada siapa nak marah pon. Hee.


Rupa bila dah keluarkan dari peti sejuk. Nampak tak coleslaw basah-basah tu? 😋😋😋

Jadi dah lah tu. Nak ratah begitu saja pon sedap. Tekstur dia crunchy krup krap krup krap bila kunyah. 

 
Ni makan dengan ayam panggang Kenny Rogers lagi ah sedap. Hehe. Nahh resepi ayam panggang Kenny Rogers  (klik link) kalau nak buat jugak.


Amaciam? Senang gila kan nak buat coleslaw ala KFC ni? Kalau buat potluck ke, buat BBQ ke hape, boleh lah offer diri buat coleslaw dan try resepi coleslaw ni.

Selamat mencuba ! 😋😋😋


Siapa lah yang cipta perkataan coleslaw ni eh? Macam kreatif gak ah kobis carrot bermayonis tu boleh jadi COLESLAW! Canggih sangat. Pastu semua orang sebut coleslaw lak tu. Wow! So Amazing! Mesti yang cipta nama coleslaw ni kepala hotak dia berjambul sebab terlampau kreatif! Hahaha. Dah, merepek. 
K bye.👋



Viewing all articles
Browse latest Browse all 408