Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Celmonze Facelift . Muka bulat jadi tirus . Hee

$
0
0
Semenjak ada Han ni memang terumbang-ambing lah waktu tidur aku. Malam-malam confirm terjaga punya kalau Han nangis nak susu. Kulit pon dah kusam sebab kurang tidur. Eye bag tak payah cakap lah. Dah macam panda. Kalau depan panda jantan ada awek dia dan aku, mesti dia pon keliru mana satu awek dia sebab mata aku dengan panda pon dah tak ada beza. Eye bag teruk nau. Heee. Dengar-dengar bila buat Signature Facelift Massage ni ada ICA (Ironing Crinkle Away) yang bantu untuk kurangkan eye bags! So yayyy! Suka!


So baru-baru ni aku telah pergi ke Celmonze The Signature (CTS) dekat Empire Shopping Gallery. Nak cuba buat facelift. Tapi ni simple je. Yang penting tak ada jarum dan pisau yang terlibat. Memang perfect lah untuk aku cuba.


Sampai-sampai je Celmonze ni, diorang bagi air teh bunga.

Eh eh sedap nya. Nak secawan lagi boleh?

Diorang pon bagi lagi secawan. Ehehe.

Aku datang sini buat The Signature Facial + Signature Facelift Massage .Mula-mula diorang akan cek condition kulit kita. Nak tengok lah apa masalah semua kan. 

Kulit aku ni kering dan sensitif sikit. Pastu muka aku ada redness dekat bahagian pipi.Kadang-kadang rasa panas je dekat bahagian pipi tu. Sebab tu aku excited jugak pergi sini nak tengok perbezaan. 

Lepas dah cek masalah kulit,pastu masuk bilik ni tukar baju semua. Buat lah facial + facelift.


Perghhh best gila beb. Lepas facial ni muka rasa smooth, redness dah berkurangan dan sangat refreshing! Facelift massage ni, baru sekali buat, muka dah tegang. Ni kalau lapan kali buat ni mesti orang keliru mana satu aku dengan Vanessa Hudgens. Hahaha. Mata sembab pon dah kurang!



Mesti korang tertanya-tanya kan amende yang aku buat ni. Meh sini aku explain apa aku buat haritu:

Aku buat The Signature Facial + Signature Facelift Massage .

The Signature Facial ni berkesan untuk muka yang ada 4 masalah kulit utama iaitu jerawat,jeragat,sensitif,kendur. 4 masalah ni boleh settle lah kalau korang buat facial dekat sini. Lepastu buat Signature Facelift Massage pulak. Gabung facial dan facelift ni memang cantik meletop lah kulit muka kau nanti.


Signature Facial ni guna Celmonze Paris skin care produk. Mula-mula diorang akan pakaikan first mask untuk membersihkan dan mencerahkan kulit dan mask kedua pulak akan meningkatkan penghidratan lebih 3 kali ganda lebih daripada mask biasa. Pastu last sekali diorang akan urut bahu guna avocado oil. Time urut bahu ni memang sedap gila. Rasa hilang semua lenguh-lenguh dekat badan aku ni. Seronok! ✿♥‿♥✿



Siapa yang akan dapat manfaat terbaik daripada Signature Facelift Massage ni?

Aku yang tanya aku yang jawab. Hehe.

1) Sesuai untuk sesiapa yang mempunyai diet yang tidak sihat dan gaya hidup yang tidak aktif yang akan menyebabkan premature aging, sagging dan banyak masalah kulit yang lain.
2) Sesiapa yang ada masalah sagging, garis-garis halus dan mempunyai kulit kusam akibat penuaan.

Macam mana Signature Facelift Massage berfungsi?


Buat Signature Facelift ni sama dengan bersenam. Orang bersenam untuk bina otot supaya tak kendur. NI untuk orang yang tak da masa untuk bersenam boleh la try Signature Facelfit Massage untuk beautician “membuat senaman muka” agar muka sentiasa lift up!





Apakah Keistimewaan Signature Facelift Massage?

Berbanding dengan banyak kaedah lain yang terdapat di pasaran, ia mempunyai kesan yang lebih tahan lama dan memberikan anda satu ekspresi wajah semula jadi, dan membuatkan kita lebih nampak muda.


Signature Facelift Massage ni aku suka sebab ia bagi nutrien dekat kulit dan membantu menyelesaikan banyak masalah kulit degil.Boleh kurangkan kedut dan garis-garis expression lines. Lagi-lagi perempuan busy dan mak-mak ni. Mesti ada eye bags kan bawah mata? Boleh kurangkan under eye-bags and puffiness jugak. Pastu dia kasi tones and firms facial muscles. Kulit pon lebih anjal dan boleh memperbaiki warna kulit. Selalu orang kata kalau muka berjerawat ni sebab darah kotor. Kalau korang ada masalah jerawat, memang elok buat Facelift Massage ni sebab akan menggalakkan darah yang lebih baik dan peredaran limfa.  Toksin dalam badan semua boleh depa hapuskan. Mata pon lebih cerah dan peka.



Best kan? Banyak sangat benefit untuk kulit muka kita bila buat The Signature Facial + Signature Facelift Massage ni. Honestly masa aku try haritu, kulit aku rasa macam smooth sikit. Lembut je. Memang rasa nak buat lagi. Korang tak teringin ke nak buat? Hee :)

Aku try haritu dekat Celmonze Empire Shopping Gallery Subang. Tapi outlets dia ada banyak. Boleh tengok yang berhampiran dengan korang dekat web CELMONZE ni.



Good news! Thanks to the lovely team at Celmonze The Signature, sebab nak bagi my blog readers and followers a special treat! So kalau korang nak enjoy facial treatment yang sama macam aku buat ni (Signature Facial + Signature Facelift Massage), bernilai RM488 for FREE, bolehlah register dekat SINI .

Cepat! Ni valid sampai 31 November saja ye. Only for first trial & T&C Apply!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 408