Sejujurnya dari kecik lagi aku memang tak pernah kisah pon pasal jenis tilam. Janji tidur beralas. Tu pon dah sedap je aku membuta. Tidur atas toto pon bedal buat tahi mata. Tapi bila tidur toto ni memang sakit belakang selalunya. Leher pon rasa lenguh je.Huhu. Hampir semua keadaan tidur aku pernah rasa. Contoh nya tidur atas toto, tidur tak ada tilam, tidur atas sofa, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu,tidur tilam asrama, tidur tilam kejung, tidur bertilamkan lengan. Semua tempat pon boleh tidur lah konsep nya.Kehkeh. Rata-rata dekat rumah sekarang ni semua orang tidur gunakan tilam. Kalau nak tahu, kita menghabiskan kira-kira 1/3 daripada kehidupan kita dengan tidur.Sebab 1/3 dari kehidupan seharian korang, korang mesti spend atas tilam. Betul tak?
Tahu tak sebenarnya tilam ni memainkan peranan penting pada kesihatan tulang belakang? Tilam akan support belakang kita bila kita baring. Sejujurnya, sebelum ni aku tak ambil port sangat pasal benda ni. Hee. Dulu tak kisah sangat pasal tilam. Asal boleh tidur sudah.Tapi kena ambil kira juga ye bab tilam ni. Rupa-rupanya, sokongan yang teruk akan menyebabkan otot cramp,lenguh badan, sakit leher dan belakang. Huuuu...padanlah selalu sakit belakang bila bangun tidur. (╥_╥)
Tips untuk beli tilam
Kebanyakan orang yang beli tilam ni akan tekan-tekan tilam untuk rasa tilam tu keras ke lembut kan? Dulu-dulu datang kedai tilam pon memang aku suka picit-picit je. Hehe. Atau pun just duduk-duduk kejap dekat atas tilam. Korang pernah buat tak?
Sebenarnya salah cara tu.
Ingat ye. Bila nak beli tilam baru, pastikan kita cuba dengan betul. Baring pada tilam dengan kedudukan normal masa tidur. Kita sangat disyorkan untuk cuba baring atas tilam tersebut selama 15-20 minit. Kalau lepas tu rasa tak selesa, maknanya tilam tu tak cukup supportive untuk kita dan kena ulang cara ni dekat tilam-tilam lain pulak. Jangan malu-malu kucing untuk baring, sebab tilam tu lah yang akan kita guna untuk 10 tahun akan datang.
Selama ni kalau beli tilam, serious aku just duduk-duduk je atas tilam tu, tak tergamaklah nak landing atas tu. Bukan apa, segan dekat orang kedai tu. Haha. Tapi, janganlah pulak landing lama nau bagaikan tiada hari esok, sampai tetidur berdengkur kroh kroh buat air liur basi pulak dekat atas tilam tu. Paling haru, tak jadi beli. Mahu menyirap promoter tilam tu nanti dan dia hanya mampu keji kau di dalam hati je lah. Kehkeh.
Tilam ni penting tau. Kalau tak betul-betul pilih, sakit badan bila bangun pagi. Nanti mood pon lari. So buat lah pilihan dengan bijak.
Baru-baru ini, kitorang husband and wife tukar set tilam.
By the way, ni lah tilam baru kitorang. Tadaaa!
The best so far. Penat-penat badan. Landing. Perghh sedap nya tak terkata.
Selain dari Miracoil, model Dreamland Chiro Superior 1 juga mempunyai lapisan kusyen yang diperbuat daripada mini pocket spring. Mini pocket spring in bukan sahaja selesa tetapi dapat mengurangkan gangguan tidur yang disebabkan daripada pergerakkan pasangan semasa tidur.
Feature tambahan pada model in ialah kain tilam mempunyai treatment anti bed bugs, anti nyamuk dan anti dustmite.
Serious selesa sangat tulang belakang bila tidur. Bangun pagi pon best sangat-sangat dan masalah sakit belakang pon dah takde.
Kalau baring, kalah tilam hotel. Rasa nak baring setiap masa je atas tilam ni. Untuk tidur yang lebih enak, semestinya tidur atas tilam yang paling best, yang boleh membuatkan kita tidur berjam-jam sampaikan alarm jam berbunyi namplohlapan kali pon tak dengar. Muehehe.
Best tidur atas tilam ni. Selesa gila. Pastu dah tak ada rasa sakit belakang dah. Time muda-muda ni lah nak jaga tulang belakang kan.
Ni harga dia. Ikut size. Tapi seriously, tak rugi pun melabur dekat tilam ni. Huhu. So, keluar lah bajet lebih sikit untuk beli tilam yang selesa terutama nya kepada yang tengah merancang untuk berumahtangga.
Bila dah kahwin dan ada family ni aku fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi kalau kita ada bajet lebih. For me, tak rugi kita invest sikit duit beli tilam yang sedap. Bila tidur sedap maksudnya kita dapat quality sleep. So nak bangun subuh pon senang. Tilam yang berkualiti ni memang bukan keperluan asas tapi kalau ada kemampuan memang wajar lah pertimbangkan sebab kualiti tidur antara aspek penting untuk mengekalkan tubuh dan jiwa yang sihat. Kita pon lebih aktif dan produktif kalau cukup tidur.
Best lah tilam ni. Aku suka. Memang berbaloi lah kalau korang nak beli. Tilam spec hotel 5 bintang. memang tidur nyenyak lah sebab betul-betul selesa. Tak ada sakit-sakit badan. Real back care. Memang support tulang belakang. Tilam ni tak melendut dan tak tenggelam. Anak dok meloncat bagai nak rak pon tak ada effect.Pastu depa delivery tilam sampai dalam rumah, terus letak dekat katil bilik. Dreamland ni memang pakar buat tilam dari dulu lagi. So don't worry be happy. Pasti nya berbaloi-baloi kalau korang beli tilam Dreamland Chiro Series ni.
Kadang-kadang kita tak cukup masa nak rehatkan diri dengan aktiviti lain sebab hidup kita ni banyak aktiviti dan macam-macam benda kena buat, hanya tidur je lah satu-satunya istirehat yang kita ada. So agak penting jugak lah untuk pastikan kita memiliki tilam yang selesa.
Sekarang ni tak payah tidur hotel mahal semata-mata nak dapatkan tidur yang selesa dan berkualiti. Tidur dekat rumah pon dah puas hati dan gembira (✿ ♥‿♥)
Kalau korang berkenan dengan tilam ni boleh tengok dekat lawan web Dreamland ataupun dekat Facebook . Boleh tengok video Dreamland dekat YouTube jugak :)