Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Cik Epal Jofliam Honeymoon London : Big Ben , Hyde Park (part 4)

$
0
0

Ok sambung balik pasal honeymoon London. Haritu rasa macam nak habis kan je terus. Tetiba puasa busy, raya pon busy. Sambung lah sekarang time tengah free ni. Heee.


 Ni entry London yang sebelum-sebelum ni kalau nak baca:


Best tau London ni. Bila nak cerita dekat blog pon rasa macam nak pergi lagi. Tapi next time nak pergi London pon tunggu anak-anak besar sikit lah kot. Ehehe ★~(◠‿◕✿)

Lepas pergi Harrods dekat ENTRI INI. Kitorang pergi ke Hyde Park pulak. Dekat jugak lah dari Harrods tu. Orang kata kalau datang London ni tak sah kalau tak datang Hyde Park. So kitorang pon nak tengok jugak apa yang best dekat Hyde Park ni.


Hyde Park ni salah satu taman paling besar dekat London. Pelancong kalau masuk sini selalunya cepat je keluar. Tapi Hyde Park ni besar. Kalau suka nature memang boleh ambil banyak masa dekat sini.



Banyak aktiviti yang korang boleh buat dekat Hyde Park ni. Boleh joging, piknik, berenang, main tenis and etc. Nak tunggang kuda pon boleh. Masa aku datang ni nampak orang joging dengan tunggang kuda je. Yang berpiknik tak nampak pulak. Sebab angin kuat time ni. Kalau berpiknik time ni, confirm tikar piknik tu terbang lempang muka kau. Tengah angin kuat nak berpiknik memang cari penyakit lah kan.

Swan ada, itik ada, burung ada, kuda ada, banyak nate sini. Tapi natebeghuk tak ada lah. 

Elok pulak haiwan dalam gambar aku ni semua ber couple berdua-duaan. Macam tahu-tahu je aku tengah honeymoon berduaan dengan husband aku. Hakhak.


Masa aku datang London ni time sejuk pastu berangin lak tu. Memang sejuk gila beb.

Acah-acah nak bagi makan dekat swan. Tapi tak ada makanan pon dalam tangan aku tu. Aku panggil sebab nak ajak depa masuk dalam gambar je. Boleh tahan lurus bendul jugak swan dekat sini.





Menenangkan fikiran lah duduk dekat Hyde Park ni. Kalau korang suka nature, memang korang kena datang sini. Hyde Park ni besar tau. Kitorang pon tak habis pusing sebab time ni angin kuat pastu pergi taman pulak kann. Memang menggigil lah jalan sebab windy. Aku dah ah tengah pregnant time ni. Tak tahan jugak sejuk kalau kuat sangat.


Dah habis pusing Hyde Park. Tanya husband nak pergi mana pulak pasni.

JO: Lepas ni kita pergi Ben 10. Bangunan situ cantik
CE: Ha? Ben 10? Amende Ben 10? Big Ben lahhhh
JO: Ek elehhh dia yang tak betul. Betul lah Ben 10.

Eeee konfiden tak agak-agak tau husband aku ni. Terus aku ambil phone tunjuk perbezaan Ben 10 dengan Big Ben dekat dia. Terus dia terkekeh gelak dan akui kesilapan dia. Dia memang macam tu. Kadang-kadang dia salah tapi suka konar baring sampai kita pulak rasa macam statement kita salah. Dah ah konfiden je cakap aku yang tak betul. Caittt (个_个)

Phewww nasib baik tak tertanya orang direction pergi Ben 10. Buat malu je tau laki aku ni. Dah ah semua tempat kitorang pergi sendiri je tak ada agent. Pengaruh kartun kuat beno banggg.

Sampai jugak ke Big Ben. 


Big Ben ye. Bukan Ben 10! Awas!





Haa mana Ben 10 bang?? Mana? Mana?

AAA angin kuat gila sini. Habis mata pon masuk habuk ★~(◡‿◡✿)

Ini lah London Eye. Sebelah Big Ben tu je. Kira dah alang-alang kau bergambar dengan Big Ben, kena lah ada gambar dengan London Eye ni jugak. Walaupun benda ni dekat Melaka pon ada. Tapi disebabkan dia London Eye, kena lah ada gambar dengan dia jugekkkk.



Dah balik dari Big Ben. Singgah LIBERTY. Ni kalau mak-mak masuk suka lah kot. Banyak barang-barang keperluan wanita dan barang perhiasan macam tu. Ada jugak jual baju dengan mekap.

Masa aku pregnant time ni aku gila main game FUN RUN. Siapa pernah main FUN RUN? Memang addicted gila main FUN RUN tu. Dari aku lembap gila selalu dapat nombor corot sampai aku dah terror gila ah main. Masa awal-awal aku main game tu, husband aku suka lah lawan dengan aku sebab aku asyik kalah je. Pastu invite pulak student-student dia main. Memang asyik kalah je aku sebab yang lain tu memang dah biasa main. Aku baru install kot time tu. Dah lama-lama main, aku makin terror, hebat dan tangkas. Terus husband aku stress main dengan aku sebab aku asyik menang je. Dia punya stress sampai dia delete terus lah game tu dari handphone dia. Kahkah.

Masa jumpa topi rabbit ni dalam LIBERTY tu. Terus dia pakai dan cakap "Yunk, comel macam rabbit fun run tak?"

"Opkossss lah rabbit FUN RUN comel lagi. "

Terus dia baling topi rabbit ni tanda protes. Kihkih.

Tapi best main FUN RUN tu. Pulak-pulak cukup kuota 4 orang main. Tapi game tu addicted lah.Lagi-lagi ada geng main. Memang tak jadi kerja aku. Asyik main game tu je. Last-last aku pon dah uninstall game tu. Macam sekarang ni famous game POKEMON GO tu pulak kan? Aku tak download lagi dan malas nak download. Kang terjebak mula lah addicted. Tapi game-game macam ni selalu bermusim. Ada game baru nanti, game yang selalu kita main tu orang pon dah malas nak main dah.Dulu aku gila main Candy Crush tapi sebab kena mintak-mintak ticket dekat orang dan satu level tu beribu kali main pon macam dia saja je tak nak bagi lepas,lama-lama fed up jadi malas nak main. Macam POKEMON GO ni tengok macam tengah glamour sekarang ni. Tapi percayalah lepas ni keluar game baru, mesti orang dah tak main dah pokemon ni.



Eh melalut cerita pasal game pulak. Haha. Sorry aku kembali semula ke pangkal jalan. Tapi kitorang tak beli apa-apa pon dalam LIBERTY. Husband aku try 'topi rabbit FUN RUN je' pastu blah.Pastu jalan-jalan je jumpa mentol terapung dari langit. Ehehe. Carnaby Street nama tempat ni. Tapi nampak macam style je kan deko mentol sebegitu?







Lepas tu naik tube undergorund nak balik hotel. Kalau dekat Korea panggil train tu 'subway' tapi dekat London ni panggil keretapi, 'Tube Underground'. Bukan tube akak-akak pakai pergi beronggeng baju kecik sangkut dekat dada tu ye. Ni tube keretapi. 

Tapi sebelum balik hotel mesti singgah kedai dekat Tube Undergorund ni. Sebab aku nak beli susu kegemaran. Heee.





Susu Mars ni memang wajib ah aku beli. Sedap nya! Aku suka. Tapi husband aku tak suka air jenis macam ni dia kata macam budak-budak je minum air macam ni. Cehhh ajet-ajet je dia tu. Tapi hari-hari mesti beli air coklat ni. Air Mars, Snickers, Skittles, semua aku suka. Heee (✿ ♥‿♥)



Ok nyah! Nanti bila free sambung lagi cerita honeymoon London yang tah bila tah nak habis ni. Kehkeh. K Bye!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 408