Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Lebih mantap !

$
0
0
Rajin seketul Han ni bangun awal nak ikut pergi event. Ehehe.

Excited pergi event ni sebab Panasonic dah launch air cond baru!  Masuk-masuk je terus rasa sejuk aircond yang nyaman sekali. Hee.

Nak kongsi sikit dengan korang apa yang best nya pasal Elite Inverter Sky Series Air Conditioner ni:




Time ni diorang tunjuk demo macam mana fungsi radiant cooling nak sejuk kan bilik tanpa direct flow ke kulit kita.


Baik untuk kesihatan dan kulit

Kalau aircond lain, angin dia direct ke kita kan? Sebab tu kulit kita cepat kering kalau duduk terlampau lama dalam aircond. Tapi yang design terbaru Elite Inverter Sky Series Air ni keluarkan
udara bersih dan segar yang meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kita. Dengan radiant RADIANT COOLING, sudut SKYWING ni menghala ke atas untuk mengarahkan udara sejuk ke arah siling dan dinding, menyebarkan udara sejuk perlahan-lahan dan sama rata di seluruh bilik.

 RADIANT COOLING ni berfungsi macam ni:

1- udara sejuk diarahkan ke arah siling.
2- udara sejuk disebarkan sama rata di seluruh bilik
3- haba terperangkap di siling dan dinding dikeluarkan
4- bilik sejuk sama rata

RADIANT COOLING sejuk tanpa direct airflow. Feeling dia sama lah macam kita berjalan dekat shopping mall. Tambahan pula, dengan fungsi FAST COOLING, korang boleh rasa udara jadi sejuk cepat gila sebab angin dia tiup dengan speed yang amat cepat.



Design cantik

Design Elite Inverter Sky Series Air Conditioner ni sangat modern dan minimalis. Design air cond ni sangat anggun,menarik dan nampak mewah. Sesuai sangat untuk home interior nampak lebih eksklusif. Memang automatik akan cantik kan lagi lah deko rumah korang.





Remote control aicond ni pulak telah direka semula untuk kemudahan maksimum penggunaan dan untuk melengkapkan reka bentuk baru yang bergaya untuk SKY series. Nak guna pon senang,Sky Controller ni datang dengan pelbagai 'settings' yang memenuhi keperluan penyaman udara anda setiap hari.

Sky conroller ni 'settings' dia dalam cahaya yang lebih baik untuk backlit screen yang baru.Sekarang senang nak adjust settings, malam-malam time tidur tu tak payah dah bukak lampu.

Smooth sliding cover bukan je meningkatkan remote's clean lines tetapi untuk keeps the buttons bebas daripada kotoran dan kotor.



Tak bising dan cepat Sejuk


Ada sesetengah aircond memang lambat sejuk. Ada sesetengah aircond pulak cepat sejuk tapi masalahnya dia agak bising kan?  Ada aircond yang bila kita bukak je rasa memang satu taman perumahan korang boleh dengar. Gronggg grangggg gronnggg grennggg macam tengah berpesta dekat kilang besi pulak. Haha bising yang amat.

So faktor aircond yang tak bising memang penting ok! Motif pakai aircond adalah untuk menyamankan tidur malam kita kan? Ni tak memasal tak boleh tidur pulak sebab gangguan bising dari aircond kan? Tapi jangan risau. Aircond Elite Inverter Sky Series Air ni tak bising dan cepat sejuk! 



Kuasa Kuda (Horse Power)

  
Kuasa kuda? Nk race kuda kah?? Eh bukan, tidak tepat sama sekali. Kuasa kuda di sini merujuk kepada kuasa sesebuah aircond tu dalam menyejukkan sesuatu ruang. Nak pilih aircond ni kena tengok jugak size bilik tidur or ruang tamu yang korang nak sejukkan tu. Semakin besar ruang, semakin tinggi jugak kuasa kuda (bahasa omputih; HP – Horse power) yang korang perlukan untuk menyejukkan ruang tersebut. Tak boleh lebih dan tak boleh kurang, kena just nice. 

Tapi keadaan akan menjadi lebih parah kalau kurang kuasa bila aircond akan bekerja dengan lebih teruk sebab nak catch up dengan suhu yg kita tetapkan, so apa jadi bila aircond bekerja lebih dari kemampuan dia? Confirm bil letrik akan tinggi dan aircond akan cepat rosak kan?

Kuasa kuda aircond ni ada macam-macam, tapi yang paling common untuk rumah selalunya 1.0HP, 1.5HP, 2.0HP dan 2.5HP. Ada jugak yang lebih dari tu tapi aku rasa unless rumah korang sebesar dewan parlimen boleh la kot pakai yang lebih dari 2.5HP tu ataupun korang memang gedik sebab duit berkepuk saja nak pakai aircond HP besar-besar.  Macam Aircond Elite Inverter Sky Series Air ni lebih dari cukup sebab 1.5 HP! 












Harga 

Personally kan, aku rasa faktor harga ni lah yang PALING UTAMA kan sebenarnya. Kalau korang nak pakai aircond mahal-mahal, yang ada macam-macam fungsi mesti harga dia pun akan menjadi semantop fungsi-fungsi yang ada kan?

 Asal ada je fungsi inverter, memang mahal sikit. Aircond Inverter agak ‘special’ sikit sebab katanya piping tembaga lebih tebal dan gas penyejuk yg digunakan jugak lain dari yg lain.Elite Inverter Sky Series Air Conditioner ni berharga RM2000++. Depends on HP.


Servis Selepas Jualan (After Sales Services)


Kalau korang nak pilih aircond,nasihat aku,pilih jenama yang senang nak cari spare part in case tetiba aircond buat hal ke kan. Kita tak tau ‘peel’ barang-barang eletrik ni. Macam Panasonic, jenama ni agak mudah nak cari spare part dan banyak tukang servis yang boleh dikatakan pakar untuk servis  brand Panasonic ni.  So kalau nak beli aircond, memang highly recommended lah beli aircond Panasonic. Lagi-lagi beli aircond Sky Series ni. Memang serious terbaik dari ladang. Ehehe.

Design Elite Inverter Sky Series Air Conditioner ni sangat modern dan minimalis.Kalau letak satu dekat rumah memang nampak cool weh. Ehehe.

Selalu org cakap, kalau aircond tak sejuk sebab gas habis. Err.. ada kesilapan sikit dekat teori tu sebab apa yang aku tahu, katanya gas aircond should be tak boleh habis. Dia akan always circulate je. Kemungkinan besar piping korang dah bocor atau compressor problem. Kalau tak nak ada apa-apa problem dengan aircond anda untuk masa akan datang. Boleh try Elite Inverter Sky Series Air Conditioner ni.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 408