Haritu aku pergi KL CONVERGE 2015.
Datang-datang terus dapat pass MEDIA. KL Converge! 2015 ni berlangsung dari 27 hingga 29 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) . Aku pergi masa first day (27 Ogos).
Dah dapat pass, terus masuk Hall 3.
Tema tahun ini ‘Convergence and Digital Inclusion’, mempamerkan bagaimana teknologi dan kandungan adalah satu bahagian sehari-hari dalam kehidupan kita. Ia berkisar tentang ‘see’, ‘touch’, ‘feel’, ‘hear’, ‘show’, ‘speak’ and ‘cheer’'.
Tahun ni speaker best-best jugak. Senarai speakers termasuk nama-nama tempatan dan antarabangsa terkemuka dari industri muzik, Internet, filem dan pembangunan aplikasi. Bukan calang-calang speakers yang pihak penganjur jemput tahun ini, antaranya yang menarik perhatian adalah penerbit filem The Matrix Trilogy; Andrew Mason, Bintang Youtube; Brian Brushwood, Profesor Adrian Cheok dari Mixed Reality Lab, artis hip hop tanah air; Joe Flizzow, dan JinnyBoy TV.
Datang semata-mata nak dengar speech from The Ming Thing (Famous Youtuber). Best and funny dia ni. Video dia pon semua cantik dan kreatif. Ada lah dia bagi tips macam mana nak buat video semua. Sebagai seorang blogger, pengetahuan tentang “digital connectivity” amat penting untuk memanfaatkan pengaruh melalui platform media sosial. Lepas ni boleh lah aku try buat video. Jadi vlogger lah pulekk. Hee.
Bergambar dengan The Ming Thing. Tengok video-video dia dekat youtube memang kelakar. Video dia shoot pon semua cantik-cantik. Dah macam tengok film/movie dah :D
Macam-macam benda best ada dalam KL Converge ni. Dato' Siti Nurhaliza pon ada buat persembahan tau. Tapi bila Dato' Siti Nur Haliza sampai memang berkerumun macam semut masing-masing hurung dia. Aku pon layan je lah apa yang ada dalam exhibition ni. Line-up exhibitors yang dijemput tahun ni semua memang yang hebat-hebat seperti Google, Maxis, DiGi, Astro, Huawei, iFlix, Canon, Hitachi, Sharp dan lain-lain.
Tengok ramai yang beratur nak main Virtual reality technology (Oculus) ni.Kitorang pon tidak melepaskan peluang lah nak cuba-try-test. Heee
Konon-konon main ski. Kita kena control guna kepala je. Nanti kita akan rasa betul-betul macam ada dekat tempat ski tu. Canggih Oculus ni. Makin berkembang betul teknologi sekarang. Nak main ski tak payah pergi Switzerland, main pakai Oculus je. Hihi. Tu pon dah rasa real! :D
Pastu try main basketball guna Oculus ni pulak. Yang ni aku suka. Excited gila bila dapat masuk kan bola dalam net. hehe.
Kena bagi masuk kan bola dalam net macam ni. Game ni best. Kemain tonggang tonggeng husband aku ni nak masuk kan bola punya pasal. Seketul Han pulak sedap tidur :D
Eh Eh. Bila masa lah pulak Papa Han ada buat filem ni?
Tengok robot dikawal oleh aplikasi telefon mudah alih.Siapa yang minat robot mesti suka datang pameran ni. Macam-macam ada.
Overall memang best KL Converge ni. Lagi-lagi untuk siapa yang suka tengok perkembangan teknologi internet, mesti seronok datang exhibition macam ni.
Kalau ada yang baru tahu pasal KL Converge dan nak tahu apa KL Converge ni. Meh nak cerita sikit. Hee.
KL Converge! merupakan persidangan tahunan dan pameran untuk menunjukkan kuasa komunikasi tertumpu dalam memajukan gaya hidup digital untuk semua rakyat Malaysia. Acara ikonik ini seterusnya memberi ruang kepada multimedia, aplikasi, Internet dan pemain-pemain industri kandungan kreatif untuk berkongsi idea dan menyedari peluang-peluang baru.
KL Converge, merapatkan jurang antara inovasi dan kreativiti Malaysia dan kandungan multimedia rantaian bekalan global, menjadikan industri ini enjin pertumbuhan dan penyumbang penting kepada KDNK negara. Tahun ini, KL Converge! direka sebagai multi-platform persidangan industri kreatif dan pameran yang mempamerkan pencapaian terbaru dan peluang dalam muzik, filem, permainan dan ruang Internet dengan lampu khas di negara-negara ASEAN.
Jom tengok rumusan KL Converge yang telah berlaku dalam infografik ni.
Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat terkini tentang aktiviti-aktiviti yang menarik, boleh usha https://www.facebook.com/KLConvergeMY