Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Kebaikan breastfeeding untuk bayi dan ibu

$
0
0
Masa hari pertama Han lahir, agak kekok jugak lah nak breasfeeding dia. Ye lah first time dapat baby kan? Tapi baby ni sebenarnya lahir-lahir je dah bijak. Pandai je dia cari susu walaupun dia tak berapa nampak dan still ingat dia dalam perut lagi. Comel je tengok dia menyusu.  
Tapi masa baru lahir dia minum susu sikit dan sekejap je sebab time tu perut dia sekecil buah ceri je.
Masa awal-awal menyusu tu aku pelik kenapa susu aku warna kuning. Aku ingatkan susu terus keluar warna putih. Ye lah susu kot? Mesti warna putih lah kan? Tanya nurse


"kenapa susu saya warna kuning eh?"


Pastu nurse cakap

"Awal-awal memang susu warna kuning.Susu ni paling bagus. Nama dia kolostrum."


Oooo kolostrum rupanya. Cuak gak mula-mula. Aku ingat susu aku ni expired ke basi ke. Haha. Rupa-rupanya tu susu paling bagus. Ye lah first time bersalin,mana lah tahu pasal susu kuning ke apa. Muehehe.
Sebenarnya bila lepas deliver je, susu pertama yang keluar,kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Meh aku cerita sikit pasal kolostrum ni.


Kolostrum ni khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya 3x ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih. Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui baby pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini sangat rugi sebab baby harus mendapat kolostrum sebanyak mungkin. 


Susu ibu adalah baik untuk bayi kerana: -

1. Membina antibodi semula jadi untuk kanak-kanak

Selalu dengar orang tua-tua cakap kalau baby yang breastfeeding jarang demam. So far baby Han memang tak pernah demam and sakit lagi. Alhamdulillah.

2. Mengurangkan risiko bayi mendapat cirit-birit, jangkitan pernafasan, alahan dan banyak lagi
Kita selalu nampak bayi kecil menangis tak henti-henti sampai berjam-jam. Besar kemungkinan perut baby kembung. Kalau baby menyusu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan cirit-birit. Selain cirit-birit, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit. 

3. Menggalakkan perkembangan otak
Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. 

4. Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. 
Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menyusu beberapa hari. 


Breastfeeding ni bukan baik untuk baby je,tapi untuk ibu pon sangat banyak kelebihan.
Antaranya:


1. Mengurangkan peluang mendapat kanser payudara
Mengurangkan kanser payudara dan ovari – Perlu ibu ingat baby tidak akan berjangkit kanser melalui susu ibu. Ibu juga dapat mengurangkan risiko terkena penyakit ini melalui penyusuan. 






2. Burns kalori (sehingga 600 kalori sehari)



Ini confirm part yang paling mak-mak suka! Macam mana nak makan banyak tapi masih lose weight? Tentulah breastfeeding! Tahu tak ibu yang breasfeeding sangat lucky. Bila menyusu baby, badan kita akan burn/bakar lemak yang tersimpan semasa pregnant untuk menghasilkan susu. Badan kita membakar hampir 20 calories untuk menghasilkan 1 ounce susu ibu. Bayangkan kalau baby minum 19-30 ounces sehari, Wuhuuu! Badan dah membakar 380-600 Calories sehari.Gila best! Walhal tak perlu jogging, tak perlu zumba, tak perlu beli alat senaman mahal, tak perlu pergi gym,hanya breastfeed dan tidur bersama anak je.  Best kan? Tapi ibu harus ingat, berat badan bukannya turun sehari dua penyusuan, ianya mengambil masa. Teruskan penyusuan dan ambil makanan berkhasiat! 






3.Membantu pengecutan rahim selepas bersalin.

Breastfeeding juga membantu mengecutkan rahim kita secara semulajadi. Ia membantu uterus kecut ke saiz normal selepas ianya diregangkan sepanjang mengandung.Membantu menjarakkan kehamilan seterusnya. Ia melambatkan period ibu (tapi janganlah bergantung kepada BF untuk menjarakkan anak pulak tau).



4. Bonding time 
Bila kita menyusu baby, mesti lah kita peluk dia kan? Time ni lah memberi peluang ibu having time dgn babynya sendiri dan bermesra dgn baby with all her senses. Asas komunikasi kepada baby adalah bermula dari penyusuan. Skin to skin contact – akan membebaskan hormon prolaktin dan oksitosin secara semulajadi. Oksitosin yang dirembeskan membuatkan kedua-dua nya tenang. Hormon ini memang hebat, ianya akan membuatkan ibu berasa sayang terhadap anak yang dikandung walaupun apa yang berlaku di sekitarnya.





5. BERSIH dan MUDAH.
Kalau pergi travel pon best.Senang! Tak payah bangun malam bancuh susu, tak payah siapkan bakul untuk pergi travel, tak payah siapkan air panas. Tak payah mencuci botol atau membancuh formula.Tak payah risau expired date susu. Cuma perlu bawa ibu (diri sendiri) kemana-mana sahaja. Mudah bukan? Hehe

Breastfeeding (BF) is such a wonderful experience. Aku yakin semua ibu mengimpikan untuk menyusukan baby sepenuhnya tanpa campur susu formula sehingga 2 tahun tapi tak semua yang bernasib baik kan? Semakin lama kita menyusu semakin banyak ilmu kita pelajari tentang penyusuan. Banyak sangat kebaikan breastfeeding ni untuk ibu sendiri dan si bayi. Don't stop breastfeeding ok.Sentiasa berfikiran positif.Dont't give up! Kipidap! Dongibap! Hehehe.

Untuk semua bakal ibu dan ibu yang sedang menyusu. Jom kita ramai-ramai menyokong breastfeeding 100% untuk 6 bulan pertama dan insyaAllah seterusnya hingga 2 tahun.







Viewing all articles
Browse latest Browse all 408