Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Johor Bahru: R&F Tanjung Puteri dan Restoran ZZ Sup Tulang Gearbox Terbaik!

$
0
0
Sambungan entri lepas...


Jofliam dengan student-student kelas trading forex nya.


 Lama jugak lah nak tunggu kelas dia ni habis. Nasib baik dalam bilik hotel ada wifi. Layan running man je lah kerja aku.



Dah habis kelas dia ni,kitorang pergi R&F Tanjung Puteri, JB. Saja nak jalan-jalan tengok apa ada situ. Orang kata tempat tu cantik.



Buggy service


Dari tempat kita parking kereta, kena jalan kaki sikit nak ke stesen buggy. Lepas tu buggy akan hantar kita dekat atas.  Then kena turun tangga yang banyak baru sampai. Tapi tak jauh pun sebenarnya. Saja pihak R&F Tanjung Puteri ni nak bagi kita feeling-feeling pelancong naik buggy. 



Cantik tempat ni. Boleh lah feeling-feeling macam dekat Bali. Hee

Tempat ni sebenarnya tanah bekas tapak kastam dan imigresen lama laluan antara JB ke Singapore. Di bangunkan menjadi sebuah kondominium dan apartment mewah dengan pelbagai kelengkapan 
5 bintang. Ni tempat yang boleh ambil gambar lah. Ada jugak tempat yang asal kau pijak tanah dia je pakgad dah tiup wisel prett prettt. Nak dengar pakgad tiup wisel prett prettt, sila lah cari pasal dengan dia,pijak kawasan yang tak boleh dipijak. Muehehe.






Nampak tak Tambak Johor tu?? Tapi mesti tak berapa nampak sebab distracted dengan gambo jofliam terbang ni. Kahh. Banyak kereta berderet-deret nak masuk Singapore. Dari tempat ni kita dah boleh nampak lah negara jiran. Tempat ni memang betul-betul mengadap Singapura dan yang paling hampir dengan Tambak Johor.

Jofliam ni biasa lah. Ni lah pose dia dekat mana-mana pon.Aku jugekk yang kena jadi camerawoman dia untuk aksi hebat-hebat sebegini.Credit to camerawoman yang talented. Hiks.



Sebenarnya kawasan bawah dekat pantai ni tak besar mana pun,pusing-pusing kat situ jek. Dekat bahagian atas ada rumah contoh dan taman-taman yang menarik. Tapi aku tak ambil gambar pulak.  

Gym dalam air. Style gila. 

Sesiapa yang ada duit berkepuk tu, boleh lah beli kondo dekat sini. View memang tip top cantik.




Dinner makan dekat Restoran ZZ Sup Tulang. Boleh pilih nak makan bersila atau pon duduk dekat kerusi. Kitorang pilih makan bersila je. Order mee rebus Johor dan sup tulang gearbox. Sap supp sapp terus sampai meja. Bagus-bagus. Cepat je makanan sampai. Memang tengah lapar pon ni.





Tapi ni lah menu paling special dekat sini. Mee rebus Johor gear box. Rasa dia memang sedap gila. Bau pon dah sedap.Kuah pon pekat rasa manis masin gitu dan enak nak matik. Hee.Siap bagi straw lagi untuk sedut lubang tulang yang ada sisa daging dan lemak-lemak dekat dalam itewww. Memang ternak lemak ah ni :D

Harga makanan dekat sini semua murah-murah,mampu milik dan paling penting sedap ah. Restoran ZZ Sup Tulang ni agak tersorok sikit tapi tak susah pon nak cari.Tempat ni dekat belakang Masjid Abu Bakar dan Maahad Johor.

Alamat : Restoran Sup Tulang ZZ
Lokasi : Jalan Petri 5/1, Johor Bahru (berdekatan dengan JKR Daerah, Yayasan Warisan Negeri Johor dan berhadapan dengan Regency Condominium)

Siapa datang JB, memang wajib makan mee rebus Johor gear box ni. Highly recommended! Nyum nyum :)




Viewing all articles
Browse latest Browse all 408