Ni tahun lepas punya cerita. Gila lama peram entry honeymoon ke Korea ni sampai dah beranak baru nak update. Hihi. Time ni aku tengah pregnant 2 bulan tak silap.
Kitorang naik flight turun ke Busan Korea. Sebab sebelum balik nanti memang nak tidur dekat Busan. Flight dari KL ke Busan lebih kurang 6 jam, aku layan movie je dalam flight. Banyak gak cerita yang ada dalam flight tu. Dapat lah layan satu cerita hindustan dengan 2 cerita omputeh.Sampai-sampai je Busan, terus naik KTX nak ke Seoul.
Sampai je Korea, terus cari Banana Uyu aka susu pisang ni. Sepanjang dekat Korea ni, memang ngadap susu pisang ni je lah. Sedap susu ni!
Tengok je lah tarikh aku pergi Korea ni bila. 15/9/2014 iaitu tahun lepas. Harini dah 26/8/2015 baru terhegeh-hegeh nak update dekat blog. Inai dekat jari aku pon tak hilang lagi time ni. Maklum ler baru kahwin. Baru je habis majlis bertandang belah lelaki.
Dalam KTX ni agak selesa jugak.
Ada jual makanan dan minuman dalam ni. Kitorang macam biasa lah. Beli susu pisang lagi. hihi.
Perjalanan ke Seoul lebih kurang 2-3 jam naik KTX ni. Yang best nya ada wifi free dalam ni! Tapi aku main internet kejap je, sebab penat. Memang buat tahi mata je lah dalam ni. Dah sampai Seoul, suami kejut suruh bangun.
Dah sampai Seoul, kitorang pergi Myeong-dong. Tak cari hotel lagi. Jalan-jalan dulu. Nasib baik bawak satu beg je. Tak ada lah menyusahkan husband aku nak bawak beg banyak-banyak ke hulu ke hilir. Satu beg coklat tu je lah kitorang bawak untuk isi baju apa semua. Nak tolong bawak kan beg, dia tak bagi. Pregnant tak boleh bawak benda berat-berat kata nya. Baik lah.
Kitorang ada kawan study dekat Korea ni. Kalau nak makan apa-apa whatsapp tanya dia dulu boleh makan ke tak. Sebab dia memang arif dah lah makanan halal dekat Korea ni. Student dekat Korea ni, islamic society dia agak kuat sikit. So kalau ada restoran mana-mana yang halal diorang akan sebarkan kepada junior-junior diorang. Nampak je aiskrim 32cm ni terus whatsapp gambar bagi dia.
"asikrim tinggi-tinggi ni boleh makan tak?
Dia balas
"boleh. Bedal."
OK
Terus bedal aiskrim tinggi menggalah perisa green tea vanilla. Dappp Dappp Dapp! :D
Effect selepas makan asikrim setinggi 32 cm. Kau mampu dek non?? Kahh. Ahjumma dekat tengah dengan brader pakai baju hitam ni tengok pelik je kat kitorang bergambar pesen bukan-bukan. Haha.
Dekat Myeong-Dong Street ni banyak tempat boleh shopping. Skincare,kosmetik apa semua memang best lah dekat sini. Asal lalu je dapat sample. Macam-macam sample free aku dapat. Tapi aku tak berapa heran sangat dengan sample-sample tu sebab aku tengah lapar.
Kawan aku suggest makan dekat restoran ni. Area Myeong-Dong ada 2-3 restoran ni. Nama diberi Yoogane Dakgalbi Restaurant . Dekat menu ni macam-macam ada. Tapi yang boleh diorder hanya seafood je ye. Ayam dengan daging dah sah-sah lah depa main katuk je tak sembelih.Dont worry tak ada spesis tonyok dalam menu. Hehe. Aku order marinated seafood fried rice. Berharga 5500 Won, jangan risau tak ada GST. Haha.
Time aku pergi haritu dalam RM15 lah satu dish. Ni mata wang kita dah jatuh ni maybe mahal sikit lah.
Dekat restoran ni dorang masak depan mata kita. Macam buat nasi goreng je.
Ni bahan--bahan dia. Ada sambal dan cheese.
Ni bahan untuk buat nasi goreng pulak.
Mula-mula tumis segala tok nenek bawang dengan seafood.
Masuk sambal dengan nasi. Gaul-gaul. Siap!
Gaul bagi sebati ye. Tapi dekat sini kau duduk je diam-diam. Nanti ada orang dia yang masak kan dan tolong gaul kan semua.
Mak buyung tengah lapar. Memang sedap je ah makan. Tapi serious sedap. Sebab jarang aku makan makanan Korea yang sedap. Yang ni boleh diterima tekak lah. Sambal dia rasa pedas-pedas manis gitu. Untuk tekak melayu totok,aku rasa boleh je telan.
Tengok tu cheese dia. Sedap nyaaa.
Side dish ni sedap gila. Ni amek kat kaunter. Rasa macam epal hijau. Tak sure lah tu memang epal hijau atau pon sos mayonis tu perisa epal hijau. Tapi nampak macam kobis. Eh aku pon dah lupa. Maklum lah pergi nya tahun lepas. Nyanyuk jap.
Side dish dia ada macam-macam. Ada benda ni, ada kimchi dan apa tah lagi. Aku ambil benda ni je.Kimchi memang aku malas nak makan. Dekat Malaysia ke, dekat Korea ke, sama je tak sedap kimchi nya. Tekak aku memang tak boleh terima kimchi.
Tapi kalau korang datang sini, ambil side dish ni makan dengan nasi goreng dia. Sedap woo.
Ni restoran dia. Cari je lambang warna merah oren kuning ni. Aku ada nampak 2 restoran ni dekat area Myeongdong. Or mungkin lebih.
Nak pergi Yoogane ni senang je. Keluar je dari Myeongdong Street nanti akan nampak Uniqlo sebelah kanan and Nature Republic sebelah kiri. Myeongdong Street ni ada banyak lorong. Ambil lorong pertama dekat belah kanan, and jalan terus sampai nampak Yoogane Restaurant sebelah kiri. Tak jauh pun, tak sampai 5 minit kot berjalan.
Pastu jalan-jalan dekat Myeongdong Street nampak roti telur ni.
Husband aku beli. Dia suka betul roti telur ni.
Rasa dia manis-manis sikit. Aku tak berapa gemar sangat. Husband aku je yang suka makan roti ni.
Amende ni? Kon aiskrim kah?
Jalan-jalan makan angin.
Dekat sini tempat orang baling duit syiling.
Dah check in hotel,solat apa semua. Pergi dinner pulak. Best dekat Korea ni sebab free wifi bersepah-sepah. Dekat lampu isyarat ada wifi,dekat tengah jalan ada wifi,celah bedah mana pon lah ada wifi. Laju je lah tangan upload gambar ke instagram. hihi.
Ok jom lah kita makan malam pulak.
Tempat dinner pilihan hati.Restoran Gosami ni agak famous gak dikalangan pelancong muslim. Nak pergi ke Gosami ni senang je. Dari Sinchon Station, Exit 1. Jalan je sampai jumpa IBK Bank lepastu belok kanan. Jalan terus nanti nampak GS25 Convenience Store,pastu belok kiri. Lepas belok kiri, jalan lah dalam 2 meter sampai jumpa signboard ikan ni.Restoran ni agak jauh dari subway. Tapi ok je jalan-jalan sambil menikmati keindahan malam di Korea. Jalan punya jalan. Dah sampai.
Sampai je Gosami ni, terus order dekat kaunter. Tengok tudung akak-akak ni, macam orang Malaysia je. Hehe.
Tapi orang Malaysia memang banyak makan dekat sini . Tengok gambar-gambar yang tampal dekat dinding tu,macam-macam gambar pelawat dari Malaysia dok bagi ucapan. Ucapan hari raya pon ada. :D
Air serve dalam mangkuk.
Ni side dish dia. Aku cuit yang tengah tu je sikit. Kimchi memang malas aku nak makan. Tak sedap.
Ni yang kitorang order haritu. Aku tengok gambar ni. Aku pulak terliur. Sebab sedap.Meh close up sikit.
Kodenggo- Ikan Bakar.
Ikan bakar ni serious sedap.
Sundubu- Sup tofu merah
Ni agak kurenggg sikit bagi aku.
Ojibggo- Spicy squid
Yang ni sedap gila weh! Sotong ni paling WIN. Rasa manis-manis pedas. Masak guna arang kata nya. Antara 3 lauk,sotong ni ah paling sedap. Emm sedap nyaaaa *air liur jatuh ke keyboard*
Kalau aku pergi Korea lagi, tempat ni memang akan aku datang lagi. Rindu dekat spicy squid dia. Rasa dia agak unik bagi aku sebab tak sama macam sambal sotong warung kak leha. Hihi.
Ok nanti sambung lagi part 2. bye! :)