Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Wangi nya!

$
0
0
Aku suka bau benda wangi. Siapa je yang suka bau benda busuk, ye tak? Tapi benda wangi ni ada macam-macam kategori. Aroma yang kita bau ni boleh jadi memori untuk kita jugak. Contohnya kalau pergi mall tetiba terbau orang baking biskut coklat cip sedap, bau dia memang heaven ahhh. Mesti aku akan teringat dapur. Kalau bau bunga-bunga segar, mesti teringat first time dapat bunga daripada boyfriend tapi nasib baik sekarang dah jadi suami. Hiks. Aku suka juga bau hujan. Ni terpengaruh dengan roomate merangkap bestfriend time study lah ni dulu. Kalau lepas hujan, roomate aku suka bukak tingkap sebab dia suka bau hujan. Sampai sekarang terpengaruh dengan dia. Kalau aku bau hujan mesti aku teringat bestfriend aku tu.


Sesetengah aroma boleh buat perkara luar biasa kepada minda dan badan kita. Ada sesetangah bau yang boleh melegakan tekanan dan melegakan sakit kepala, aroma tertentu mempunyai cara untuk bagi kesan (positif dan sebagainya).



Bagi aku pulak aku rasa aroma ni dapat mewakili personality seseorang, termasuk diri aku ni. Aku memang suka aroma yang manis-manis sebab aku rasa feminin sikit dengan bau manis ni. Chewahhhh.

So, aku memang suka benda yang bau wangi. Terutamanya baju-baju aku semua. Tak tahan kalau tak wangi. Yelah, boleh pakai perfume semua tu, tapi kalau bajunya sendiri dah ada bau yang harum, lagilah best. Downy yang merupakan ketua inovasi dalam pelembut pakaian telah mengeluarkan produk baru dorang! Downy Unstopables ni yang merupakan booster bagi pelembut pakaian. Bila Downy Unstopables ni digabungkan bersama Downy Fabric Softener tu, perghh bukan main harum lagi bau dia deknonn.



Bau-bau dekat gambar bawah ni pon aku suka sangat!



Pink Pleasure


Aroma pelbagai jenis bunga. Mengeluarkan ciri-ciri wanita yang menarik dan manis. Hee.


Flora Fresh

Aroma untuk wanita romantik, wangian berais yang sesegar air terjun bergabung dengan bau taman.


Sweet Bouquet

Berbau mewah daripada kemanisan bunga. Mengeluarkan ciri-ciri wanita yang mempunyai daya imaginasi dan pandai memikat. Auwww.



Tropical Island

Wangian yang menggabungkan kuasa passion fruit dan grapefruit juga mengeluarkan bau laut. Untuk wanita yang bertenaga,aktif dan berdikari.







Antara banyak-banyak bau ni. Aku suka gabungan bau Pink Pleasure (Downy Unstopables Ruby Floral + Downy Sunrise Fresh). Suka sebab bau-bau bunga. Kalau basuh baju guna gabungan ni memang wangi gila seh semua baju. Suka!! Yang pasti kalau suka gabungan 2 bau ni,mengeluarkan ciri-ciri wanita yang menarik dan manis gituwww. Menarik dan manis ke engkooo? Krik krik krik sangattt. Haha. Yang part paling best nya, haruman dia boleh kekal sehingga 12 minggu woh! Jadi boleh lah korang semua bau wangi sepanjang masa. Weeee.






Siapa yang rajin tengok tv, tipu lah kalau tak pernah tengok iklan ni kan? Mesti pernah tertengok punya. Masa keluar iklan ni, rasa macam menarik gila Downy Unstopables ni bagi aku sebab sabun nya berbijik-bijik comel kiut-miut. Korang tengoklah video ni. Senang pulak application dia tu – goncang, tuangkan manik-manik tu dalam mesin basuh dengan Downy Fabric Softener, lepas tu basuh – bau harum yang anda cipta tercapai! =D


Comel kan manik dia? Kiut-miut sangat. Sayang nak guna. hehe. Emerald Breeze yang warna biru ni bau dia segar sangat. Wangi tau! Suka!

Tapi aku lagi suka bau ni. Downy Unstopables Ruby Floral. Wangi gila. Bau bunga-bungaan. Dah try basuh baju guna ni, ya ampunnn wangi gila baju-baju aku. Kalau tak percaya, cuba korang try-test beli Downy Unstopables ni. Bau nya sangat tahan lama. Boleh tahan sampai 12 minggu tau! Tu yang best tu :)


Downy Unstopables ni adalah ciptaan inovatif Downy yang merupakan brand no.1 di Amerika Syarikat dan Jepun tau! So memang best la bila produk yang high quality ni dah ada dalam Malaysia. hehe



Nak tahu lebih lanjut pasal Downy Unstopables ni, boleh tengok Downy Malaysia Facebook Page: https://www.facebook.com/DownyMY?fref=ts 


ok bye! :D



Viewing all articles
Browse latest Browse all 408