Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Jalan-jalan Hard Rock Cafe Hotel Penang

$
0
0
Mood raya dah habis. Beriya raya sampai raya ke tiga je. Raya ke empat masing-masing dah dalam mood bercuti. Pergi lah berjalan-jalan ke Hard Rock Cafe Penang pula.


Sebelum check in hotel, pergi makan dulu. Time ni seketul Han baru bangun tidur. Muka monyok je.Alololololo.



Sampai-sampai je hotel terus letak seketul Han dekat tempat tidur dia. Tempat tidur dia ni kena bawak ke mana-mana. Husband aku lah ni dok ajar dia tidur atas tu. Memang merata kena bawak lah jawabnya.

Eh eh ada gitar cinonet lak dekat bantal.


View dari balcony hotel. Sebenarnya nak ambil Lagoon Deluxe Room tu. Yang bilik nya mengadap pool tu. Keluar-keluar bilik je boleh terus gedebush berendam dalam kolam. Tapi paham-paham je lah time hari raya ni,memang tak dapek lah nak duduk bilik tu. Memang FULL semua nya. Husband aku lak main terjah je tak booking,memang tak ah nak dapat bilik tu.

Time ni husband aku tengah mood baik hati nak sponsor semua ahli keluarga nya. Ambil 4 bilik gini. Harga dia bayar dalam RM3000++. So aku syak satu bilik dalam rm700-rm800 per night. Tak survey pulak harga bilik dekat Hard Rock Hotel Penang sebelum ni. Rasa macam mahal tapi maybe jugak sebab tengah public holiday and time raya. Memang mencanak lah harga nya walau bilik biasa-biasa je macam hotel lain. Kalau yang Lagoon Deluxe Room tu maybe dekat RM1k lah kot per night time-time raya dan public holiday ni.

Cermin di bilik air aku.


Selak je sliding dekat cermin tu, keluar muka pakcik ni. Kuss semangat! Tah sape-sape lah pakcik ni. Tak kenal pulak aku. Bayangkan malam-malam nak gosok gigi cuci muka sebelum tidur,kau nampak muka seorang pakcik sedang tersengih girang tunjuk semua gigi begini depan cermin kau. Kau ghase?




Seketul Han tengah ambil mood.




Agah-agah sikit terus gembira. 

Tapi kesian dia tak boleh join mandi swimming pool.Seketul Han like a boss dengan tempat tidur nya. Dah siapkan botol susu siap. Senang kerja aku nanti. Kihkih.


Dah ada dekat sini, rugi ah tak berendam di swimming pool. Nasib baik mak mertua aku tak nak mandi. So boleh lah tengok-tengok kan Han. hihi

Boleh lah papa Han dengan mama Han berendam dengan girang nya. Ajet-ajet je datang sini siap beli goggle bagai,berenang nya bukan pandai tu. 


Last-last dia pergi beli pelampung. Caitt podahh padaiyapaa betul! Baik tak payah beli goggle.



Semua tumpang sekaki naik pelampung



Kesian seketul Han tak boleh mandi swimming pool lagi di kala semua orang sedang seronok beronok-ronok. hihi.




Yang banyak slide ni tempat mandi budak-budak. Bukan takat budak-budak, aku pon syok gak main slide dekat situ. Hangin je budak-budak situ agak nya, asyik-asyik muka aku naik turun slide tunggu turn dengan dia. Husband aku ah ni ajak aku main slide ni. Kan dah tercalar sikit imej aku. Terus tak vogue. Vogeh je lah engkoo.




Dah puas berendam, pergi jalan-jalan dekat pantai pulak.



Anak buah-buahan aku seronok dok main pasir dekat pantai. Sebenarnya dia tak tahu dia kena buli je dengan pakcik-pakcik nya. Sekejap je tanam dia gitu. Lepas tu meronta-ronta minta dilepaskan.

Pastu husband aku ajak naik parachute ni. Tapi orang situ kata tak boleh naik berdua. Kena naik dengan instructor situ. Melainkan pandai kawal, baru dia bagi naik berdua. Sebab takut tak jadi terbang ke atas terus landing dekat pantai karang. Emm aku pon malas lah nak naik dengan instructor,kalau naik berdua dengan husband nak ah. Tak pe lah bang, nikmati lah keindahan dari atas bersama abang instructor itu.


Naik parachute ni satu kepala RM150.

Lepastu masing-masing lapar gila. Paham-paham je lah bila dah berendam ni, memang lapar lah. Mintak menu dekat abang waiter. Order lah fries ni.

Tak sampai 2 minit. Licin habiss. Anak buah aku sorang ni siap "nak lagiii.nak lagiii"

Bukan dia sorang je, aku syak pakcik-pakcik dan makcik-makcik nya yang lain pon nak jugekk.


Order lah fruit platter pulak. Tak sampai seminit limablas saat, licinnn.



Pastu order pulak popcorn chicken ni. Dapat lah aku rasa seketul selepas aku ambil gambar ni. Haha. Dah macam piranha masing-masing serbu.Pastu licinn.Dengan daun-daun tu licin sekali hokay!



 Memang masing-masing kelaparan. Last-last semua naik hotel bersiap pergi makan masakan panas dekat area-area Hard Rock Hotel tu.

Balik dari makan,singgah jap bilik akak ipar aku. Oii kenapa cermin bilik air dia bukan gambar seorang pakcik menyengih tayang gigi?? Ini tidak adil!

Tengok muka Elvis Presley ok lagi ah dari muka pakcik tadi tu. Seram!




Tidur satu malam je. Esok nya nak balik dah.



The Beatles time muda

Ni The Beatles time tua pulak. Kot.


Orang kata, kalau dah sampai Hard Rock Hotel Penang ni,tak sah kalau tak bergambar di sini. So harus lah ada satu gambar dengan gitar besar ni.Seketul Han acah-acah candid pulak eh.



ok bye!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 408