Entri ni untuk mereka yang dah habis belajar serta telah habis menggunakan duit PTPTN yang telah diberikan. Tapi buat-buat lupa nak bayar. Haha.
Korang tak payah lah nak merungut dah PTPTN ni tipu la apa lah. Bayar je lah apa yang korang dah pinjam tu. Merungut je tak habis-habis. Apa pon tak boleh. Masa dapat duit, kemain lupa diri berjoli sakan korang kan. Bila part nak bayar, tiba-tiba jadi nyanyuk.Haha.
Whatever it is, kita dah berhutang, dah sign perjanjian segala mak nenek dulu, dah enjoy habis pun guna duit tu. Kenapa bila dah berjaya, dah bekerja, banyak cikadak pula nak membayarnya? Haha. Rasanya ramai peminjam PTPTN boleh dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan dokumen perjanjian yang korang sign dulu. Itu pon kalau korang baca lah apa yang terkandung dalam dokumen perjanjian pinjaman PTPTN yang korang sign.
Walaupun rasa macam ketinggalan zaman dan rasanya macam semua orang pun dah tahu macam mana nak bayar hutang PTPTN ni, aku tetap juga nak bagitahu dekat korang dekat mana yang boleh bayar hutang PTPTN ni.
Bayaran balik boleh dilakukan pada bila-bila masa je. Ada 9 saluran perbankan internet yang boleh korang buat bayaran. Antara nya:
1- CIMB Bank (www.cimbclicks.com.my)
2- Maybank (www.maybank2u.com.my)
3- Bank Islam (www.bankislam.biz)
4- Public Bank (www.pbebank.com.my)
5- RHB Bank (www.rhb.com.my)
6- Ambank (www.ambankgroup.com.my)
7- Bank Rakyat (www.irakyat.com.my)
8- Pos Online (www.posonline.com.my)
9- BSN (www.mybsn.com.my)
Boleh juga buat bayaran melalui Financial Processing Exchange (FPX) di portal rasmi PTPTN melibatkan ejen bank yang terpilih iaitu Bank Islam, CIMB Bank, Public Bank, Maybank, Hong Leong Bank dan RHB Bank.
Bagi tujuan keselamatan dan keselesaan pelanggan, bayaran balik juga boleh dilakukan tanpa tunai dengan kemudahan EDC Terminal di kaunter-kaunter PTPTN dengan menggunakan Kad ATM atau Kad Debit bank-bank tempatan.
Bayaran balik pinjaman boleh dilakukan dengan membuat pengeluaran Akaun ll KWSP. Permohonan pengeluaran dilakukan oleh peminjam dan juga ibu/bapa peminjam dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP iaitu:
i-Permohonan pengeluaran daripada peminjam
Bagi peringkat pengajian Ijazah dan Diploma: Perjanjian Pembiayaan pendidikan adalah bagi 2 Januari 2001 dan ke atas.
ii- Permohonan pengeluaran daripada ibu/bapa peminjam
-Bagi peringkat pengajian ijazah: Perjanjian pembiayaan pendidikan adalah bagi April 2000 dan ke atas.
-Bagi peringkat pengajian Diploma: Perjanjian pembiayaan pendidikan adalah bagi 17 Januari 2006 dan ke atas.
PTPTN berharap agar peminjam dapat mengambil langkah yang proaktif untuk segera membuat bayaran balik pembiayaan atau datang berunding bagi memastikan rekod bayaran balik pembiayaan PTPTN adalah baik di dalam laporan kredit CCRIS.
Banyak kan cara nak bayar balik hutang PTPTN ni? Ingat. Hutang tu WAJIB kita kena bayar. Selamat membayar HUTANG PINJAMAN semua. Jangan tangguh-tangguh ok :)