Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Honeymoon Japan (part 7)

$
0
0
Masih lagi dekat Osaka. Tapi nak balik dah. Ni last day lah kiranya dekat Jepun.


Sepanjang dekat Jepun ni, selalu nampak restoran ketam besar ni. Tak tahu apa nama restoran ni. Dah tulis Jepun, mana aku paham. Tak try pon makanan dalam restoran ni.

Tapi dekat luar restoran tu, ada stall kecil jual grill crab. Sedap ni. Lembut dan manis je isi ketam dia. Lazat! 

Ni saja alas perut. Nak makan berat sikit dekat airport.




Sampai dah dekat Kansai Airport. Habis round dekat Kansai Airport ni , jumpa dua Restoran halal. Ni salah satu restoran halal yang ada. Tengok restoran ni cambest je dari luar. Sebab display makanan dia nampak tempting. Lalu kami memilih untuk menternak lemak di restoran ini.

Halalan toyyiban.


Masuk je restoran ni depa serve teh jepun dengan keropok amende tah tu. Teh ni haremm tak sedap. Tapi keropok comel-comel tu sedap. Dah nak habis aku kunyah keropok tu baru teringat nak snap gambar. Maka tinggal lah 3 ketul tu je. Yang lain semua dah selamat ditelan.

Aku order ni. Beef Mi Soba kot nama dia. Entah aku pon lupa. Tapi tak berapa nak masuk lah tekak aku. Rasa macam sup jamu pon ada. haha

Husband aku order ni. Yang sup pon tak berapa sedap. Tapi mangkuk yang berisi ayam, telur dan nasi tu boleh lah jugak telan. Ok lah daripada takde.





Sepanjang duduk Jepun ni, rasa tak kenyang makan, balek Malaysia kang tak sabar nak makan sedap-sedap. 

Nothing can beat malaysian food! MALAYSIA BOLEH! *tetiba sangat kau* 






Apa yang best dekat Jepun ni sebab sepanjang jalan bersih je. Jarang lah nampak sampah sarap berkeliaran macam jalan dekat KL tu. Haha.

Pastu tak ada ah dengar bunyi hon memekak pin pon pin pon sini sana macam dekat KL tu. Berhemah lah diorang ni kalau drive.

Yang tak best nya susah gila nak jumpa tong sampah. Celah bedah mana lah dorang simpan sampah-sampah dorang. Kalau kitorang makan benda berplastik atau berkotak,memang terpaksa pegang je lah sepanjang hari. Balek hotel baru buang.

Budaya dekat sini,kalau makan dekat mana-mana pon, lepas habis makan, tray semua kena bersihkan sendiri letak dekat tempat sepatutnya.

Duduk sini rasa macam diri lebih berdisiplin ah sikit bila tengok budaya dorang ni.


Kau mampu tangkap gambar begini di celah bedah orang jepun?

Tapi orang jepun semua buat tak reti je dekat laki aku. Haha bagus. Tak ada lah segan sangat nak posing gaya hape pon :D



Acik bawak basikal tu pon buat tak reti je kitorang posing gaya macam mana pon. Haha.


Seminggu dekat Jepun ni (Osaka dan Kyoto), rasa best lah dapat tengok tempat lawa-lawa dan tengok culture orang Jepun ni. Seminggu ni pon rasa tak cukup nak cover semua tempat dekat Jepun. 



Bila pergi Jepun ni rasa nak bersetuju dengan Tun Mahathir. Beliau sangat gemar negara ini kerana budayanya yang sungguh tinggi.  Banyak kenangan yang best dekat sini. Kalau ada rezeki,next time nak pergi Tokyo pulak. Ada banyak lagi tempat yang belum kitorang jelajah. Next trip kalau boleh, nak menikmati keindahan Gunung Fuji pulak dengan anak-anak (Fuhh anak-anak kauuu). Hehe. InsyaAllah.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 408