Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Honeymoon Japan part 6: Osaka, Japan (Tempozan Ferris Wheel, Osaka Aquarium Kaiyukan and Santa Maria Cruise)

$
0
0
Masih lagi guna Osaka Amazing Pass cari tempat free nak pergi. Kali ni pergi Tempozan Ferris Wheel pulak.


Tempozan Ferris Wheel ini terletak di Osaka, Jepun, dekat Tempozan Harbor Village bersebelahan Osaka Aquarium Kaiyukan (salah satu akuarium terbesar di dunia). Tempat ini memiliki ketinggian 112.5 meter (369 kaki) dan diameter 100 meter (330 kaki). 

Sebelum ada nya ferris wheel London Eye tu, Tempozan Giant Ferris Wheel ni pernah jadi ferris wheel terbesar di antara tahun 1997-1999. 

Yang unik nya pasal Tempozan Ferris Wheel ni sebab dia ada lampu ramalan cuaca yang dapat berubah untuk hari berikutnya. Kalau lampu Orange menunjukkan hari yang cerah, lampu hijau hari mendung dan lampu biru menunjukkan hujan. Power! Power! :D




Kalau tak ada Osaka Amazing Pass tu naik ni kena bayar. Kalau dah ada pass, naik lah banyak kali pon, FREE je. Time kitorang pergi ni best sebab tak ramai orang. So tak payah beratur. Sampai-sampai terus naik je.



Bila naik Tempozan Ferris Wheel ni baru lah aku tahu laki aku gayat rupanya. 

Dok bergambar terbang lompat kehulu kehilir, alih-alih gayat. Kahkahkahkahkah. Tak masuk betul.

Patut lah selama ni aku ajak dia buat bungee jumping ada je alasan dia. Rupanya gayat. Adoiyaiii lain kali cuba berterus terang je ada sejenis penyakit gayat. 



Aku jugak yang steady.Kihkih.


 Amende lah. Naik benda alah ni pon gayat. Tah pape. Dekat seat and lantai bawah ni see through pulak. Memang siapa yang gayat tu jangan lah tengok bawah.

Nasib baik tak ada yang termuntah dalam ni. Haha.

Dalam Ferris Wheel ni tak nak terbang ke bang? Kehkehkeh

Ni lah salah satu testimoni objek gayat naik ferris wheel. Objek dilihat menutup mata sepanjang perjalanan di dalam roda berpusing ini dan sentiasa memegang kepala nya supaya tidak pening.


Selalu dia yang rajin layan view. Ni dah gayat punya pasal,tak berani lah dia melihat permandangan di luar mahupun di bawah kerusi nya. 

Hahahahampeh betul.





Ferris wheel ni pusing ada lah dalam 17 minit dalam tu, kita boleh nampak view Osaka Bay dan kawasan sekitar tu, macam Mount Ikoma di sebelah timur, Akashi Kaikyō Bridge di sebelah barat, Kansai International Airport di sebelah selatan, dan Rokko Mountains di sebelah utara.

Dah turun ferris wheel,nasib baik tak ada yang pengsan. Dua-dua masih dalam keadaan selamat.Bergambar kenangan dengan view Tempozan Ferris Wheel di Osaka,Jepun.

Lepas tu kitorang pergi Osaka Aquarium Kaiyukan. Ni salah satu akuarium terbesar di dunia kata nya. Dah alang-alang sampai Osaka ni kita layan je lah binatang-binatang yang ada dalam ni.


Nate penguin ada, nate beghuk tak ada.

Comel-comel juga nate penguin ni. 


Macam bijak penguin nya. Haha. Dok ikut je tangan aku pergi mana. Comel perangai.

Ikan pari macam muka orang.

Giant spider crab.

Uiiiiii buat masak lomak cili api sodap ni!




Tetiba ada santa claus sesat dalam akuarium.




Ni amende tah. Obor-obor kot. Aku main snap je ni sebab nampak cantik. Macam cendawan pon ada. Banyak sebenarnya haiwan-haiwan dalam ni. Kalau bawak budak-budak best lah ajar dia tengok pelbagai haiwan. Tapi dah besar-besar ni, memang tak rajin sangat lah kan nak tengok haiwan dalam akuarium. ehehe.






Dah hujung-hujung jalan. Ada tempat untuk pegang sting ray dengan shark. Aku pon nak cuba-try-test lah pegang dengan budak-budak jepun kat sebelah ni. Lembik je body sting ray ni macam cincau.



Shark dan sting ray untuk di belai.


Lepas keluar akuarium, pergi naik Santa Maria Cruise pulak. Yayy ni lah yang ditunggu-tunggu! Reka bentuk kapal Santa Maria Cruise ni unik, menarik dan cantik bagi aku. Kitorang naik FREE sebab ada Osaka Amazing Pass. Kalau tak ada pass tu, kena bayar 1600yen sorang.



Kapal ni bawak kita keliling kawasan-kawasan menarik dekat Osaka selama 45 minit. Santa Maria Cruise ni besar, boleh lah pilih nak duduk atas, bawah atau dekat dalam. Ni aku pergi dekat bahagian atas.


Aku pergi time sejuk, berangin kuat gila dekat atas ni. Sejuk woo.

Best dok atas ni sebab boleh layan view Osaka. Tapi tak boleh nak duduk lama,mahu keras kejung frozen karang dok atas ni. Sejuk gila.



Masuk dalam kapal balik. Duduk diam-diam dalam ni.

Dalam kapal ni ada FREE WIFI. Kau tengok semua objek dalam gambar ni, semua pegang phone. Dah ada WIFI free memang seronok lah duduk bawah ni :D



Lepas naik cruise tu lapar gila. Nampak KFC. Beli lah kentang dengan Kentucky Fried Fish untuk alas perut. KFC dekat Jepun ada ikan goreng pulak,kenapa dekat sini tak ada? ehehe. Ni je lah yang boleh makan. Ayam dorang dah sah-sah lah tak sembelih kan. Yang tak best nya dekat Jepun ni tak ada sos cili. Mana-mana pergi pon semua makan dengan ketchup. Gila tak best makan kentang cicah ketchup. Next time kalau travel, memang aku nak bawak stok sos cili banyak-banyak.


Dah makan, lalu kami pon pulang ke hotel.



Aiii bang, dalam ferris wheel tadi tak ada pulak nak pose cenggini? Cehh.


Nanti sambung lagi. Bye!





Viewing all articles
Browse latest Browse all 408