Lepas ke Kyoto, kitorang pergi Nara pulak. Tapi sehari je dekat Nara. Dari Kyoto sejam naik train ke Nara.
Datang Nara ni sebab nak pergi Nara Deer Park. Dah naik train lepastu naik bas pulak nak ke Nara Deer Park ni. Semua tengok map je.Nara ni memang glamour dengan rusa dan rusa ni kira maskot lah dekat Nara ni.
Sampai je dekat Nara ni terus teringat Abang Nara kaki gosip tu. kahkah. Mesti dia dapat inspirasi nama blog beautifulnara ni dari sini ni.
Dipercayai rusa-rusa dekat Nara ni adalah utusan dewa untuk agama Shinto. Dekat taman ini je ada lebih kurang 1200 ekor rusa yang berkeliaran bebas. Rusa Nara adalah sangat jinak, mereka agak agresif jika mereka fikir akan di beri makan.
Yang ada khemah hijau kecik tu ada jual biskut untuk bagi rusa makan. Satu ikat biskut harganya
¥150 dalam rm4.50 lah duit kita.
Rusa dekat sini ada yang jinak tapi ada jugak yang konghajo. Kitorang datang-datang je dah kena sondol. Husband aku pegang map, rusa ni pergi kejar dia dan cilok map dekat tangan dia. Rusa tu gigit-gigit map tu. Dah koyak, pastu rusa tu buang tepi. Motif rusa ni dengki kitorang ada map?
Pastu aku tengok dulu orang bagi makan macam mana. Uihh tak menyempat depa ni. Orang tu baru koyak pembalut biskut dah ramai kerumun. Dekat tangan aku tu ada susu strawberi. Sebab time ni aku pregnant, hari-hari husband aku suruh minum susu. So aku menjaga lah susu strawberi aku dengan baik. Takut dibaham rusa.
Rasa macam nak lastik je punggung rusa tu. Nak makan pon kemain posing habis.
Tu ada sekor rusa tengah aim susu strawberi aku tu.
Dan kitorang pon try lah jugak bagi biskut dekat rusa-rusa ni.
Tengok sekor rusa sebelah husband aku tu. Percubaan untuk menyondol. Haha. Ni kali ke dua husband aku kena sondol. Awal-awal datang dah kena sondol sampai map pon jahanam depa ni kerjakan.
"Sabar lah Senah, Leha,Timah,Kiah oiiiii. Nak bagi makan lah ni. Bawak-bawak mengucap dan bersabar sikit. Jangan sondol-sondol boleh takkkkkk?!"
Biskut habis tapi rusa still mengendeng ingat ada makanan nyorok dalam poket coat.
Disebab kan husband aku dah dua kali kena sondol dek rusa-rusa ni, dia pon gerun nak pegang rusa. Tapi sibuk suruh aku tangkap gambar dia dengan rusa.
Nak dekat .. Tapi takut ..
Udah lah bang. Malas nak tangkap gambar. Dengan rusa pon takut. Poodah betul.
Akhirnya susu strawberi aku selamat dikerjakan oleh rusa ni. Kongasam punya rusa. Ni salah satu penganiayaan terhadap ibu mengandung. Ini tidak adil!
Merenung jauh mengenang nasib susu strawberi telah dirompak oleh seekor rusa. Alahai apa lah nasib.
Tanduk mana tanduk?
Walaupun susu strawberi aku telah dirompak oleh rusa, tapi sifat penyayang terhadap haiwan di dalam diri ini masih menebal.
Alaa kuci kuci
Syok pulak tengok rusa ni tidur. Macam tu pon boleh.
Dia ni dah tak berani nak pegang rusa dah. Dah dua kali kena sondol terus serik.
Nasib ko lah bang.
Pastu terjumpa signboard ni. Laaa padan lah rusa dekat sini semua tak ada tanduk. Mula-mula pelik gak kenapa rusa-rusa ni semua tak ada tanduk, ni lah sebab nya kot.
Tapi best lah jugak tempat ni. Sebab rusa-rusa nya bebas dan berkeliaran begitu sahaja. Teruja lah jugak tengok rusa banyak gila dekat sini. Lepas macam tu je pulak tu.
Jalan-jalan terus ke depan, jumpa tempat ni. Tak tahu lah apa nama. Dah tulisan Jepun mana aku nak paham apa dekat signboard tu.
Ada tasik and cantik gak tempat ni. Tenang je tengok view dekat sini.
Yang paling penting bersih gila.
Cantik tempat ni. Tapi kalau musim autumn mesti lagi cantik dan meriah daun-daun merah nya.
Time ni semua daun dah nak luruh.
Time ni sejuk gila. Pakai baju sampai 3 lapis. Dah start selsema pulak.
Dah habis beronggeng dekat Nara Deer Park tu cari tempat makan pulak.
Boleh lah telan.
Lepas makan, nak balik dah. Jalan kaki nak pergi station bas. Sepanjang berjalan ni pon banyak je rusa berkeliaran dekat tepi-tepi jalan.
Acah-acah ada biskut dekat tangan nak kasi makan.
Biskut tak ada, terus tak nak layan. Siott je.
Ni sembelih rusa-rusa ni buat masak lemak cili api pon sedap ni.
Dinner hari tu. Unagi Sushi. Haaa yang ni marvelous. Thorbaik punya sedap.
Buah-buahan memang wajib beli dekat sini hari-hari.
Dah lah besar, manis-manis pulak tu. Best!
Nara Station
Tamatlah percutian sehari dekat Nara ni. Menarik bukan?
Nanti sambung lagi ke destinasi seterusnya
ok bye!