Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Do More Lah

$
0
0
Sekarang ni zaman teknologi. Semua maklumat boleh dapat di hujung jari. Remaja-remaja pon banyak habiskan masa dekat media sosial. Tapi kebanyakan nya banyak habiskan masa main instagram,twitter and facebook lah dari baca benda-benda ilmiah dekat internet kan?

Asal langgan internet dekat phone,memang tak lain tak bukan nak update status facebook/twitter. Atau update gambar dekat instagram kan? :D



Budaya membaca buku dalam rakyat Malaysia terutama generasi muda sekarang ni memang dah berkurang lah aku rasa sebab orang banyak habiskan masa dekat media sosial masing-masing. Aku pon ada tengok peserta-peserta bagi cadangan untuk #DoMoreLah4Malaysia dekat sini ( https://www.facebook.com/DigitalMalaysia/app_170308563178031?ref=ts )



Dalam banyak-banyak entry ni, aku tertarik kat entry Mohomad Syafiq Azhar. Dia bersemangat untuk mengetuai anak-anak muda Malaysia untuk menerajui lebih banyak mengenai ICT bagi menambah baikkan projek mereka supaya menjadi lebih innovatif. Selain itu, dia juga berimpian untuk menggalakan kegunaan ICT dalam kalangan ibubapa mereka melalui bantuan anak-anak mereka. Bagi mencapai impian ini, Mohomad Syafiq Azhar akan menganjurkan bengkel-bengkel ICT di sekolah menengah seluruh negara. Aku memang rasa best sangat dengan idea ini sebab aku memang rasa remaja-remajalah yang akan membentuk masa depan negara kita.



Banyak juga cadangan-cadangan yang berguna untuk rakyat Malaysia masa kini ni.Bagus lah menggalakkan belia untuk melakukan lebih banyak aktiviti seperti menyertai punca NGO
dan menggalakkan kesukarelawanan digital. Buat lebih banyak kebajikan, membina masyarakat dengan akhlak yang baik, dan penjimatan alam sekitar.



Bagus lah apa yang MDEC, Digital Malaysia ni buat. Aku memang sokong 100%. Tahu tak Digital Malaysia ni apa? Digital Malaysia adalah sebuah badan kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara digital pada tahun 2020 dan mereka ingin juga meningkatkan ekonomi digital Malaysia dengan meningkatkan status Malaysia sebagai hab global bagi industri ICT dan mewujudkan masyarakat yang sentiasa berhubung.



So kepada belia Malaysia yang bersemangat waja dekat luar sana tu, marilah kita sama-sama memanfaatkan teknologi untuk #DoMoreLah4Malaysia. 

Because together, we can make a difference with digital.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 408