Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Layan sunset dengan view KL. Feeling urban walau berwajah desa

$
0
0
Pada suatu hari, suami aku telah mengajak aku tengok sunset.

Suami: Jom tengok sunset

Aku: Katne

Suami: I bawak u dekat satu tempat ni, boleh tengok sunset sambil tengok KLCC dengan KL Tower

Aku: Hek elehhh podeje apa. Dah tak lalu kot tengok KLCC dengan KL Tower tu. Ingat kita pendatang asing warga Nepal apaaaa tak pernah tengok KLCC

Suami: Ikut je lahhhhhhh.


Akhirnya sampai lah tempat itu. weeee.

Suka letteww dapat tengok KL Tower *tangan ke dada mata ke atas juling sikit*



Tujuan utama nya nak layan sunset, maka tercapai lah hajat nak layan sunset itu. Tapi lapan minit doplohlapan saat selepas itu. Hujannnnnnn. Merasher lah basah kuyup sambil lari-lari nyanyi lagu Dil To Pagal Hai. Silap tak guling-guling je sambil nyanyi lagu hindustan dekat sini. Silap guling terus jatuh ke bawah. Sia-sia je meninggal .





KLCC hanya sejengkal

Budak-budak kecik memang tak boleh ah datang sini. Kot dia dok acah-acah spiderman pi lari laju-laju ke hujung tu lalu terjun. Memang naya je. Tapi budak-budak kecik memang dilarang datang sini pon. Wekk wekk padan muka budak kecik. Siapa suruh kecik!


 Tapi ok lah view dekat sini memang cantik. Sambil minum lemonade layan sunset sambil layan view Kuala Lumpur. Feeling urban giteww walaupun berwajah desa. kehkeh.



ok tu je. bye!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 408