Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Contact lense yang lembut dan selesa :)

$
0
0
Aku memang seorang yang rabun. Selalunya keluar memang pakai contact lens,pakai spek pon bila tengok tv dekat rumah je. Tapi selalunya orang yang pakai contact lens ni memang kena ada spek lah kan. Sebab contact lens tak boleh pakai 24 jam nanti mata penat dan merah-merah. Sepanjang aku pakai contact lens ni,meh sini nak bagi sedikit tips yang aku selalu buat:

- Sebelum atau selepas nak pakai contact lens make sure contact lens betul-betul bersih. Nak bersihkan pon ada cara dia. Masa letak solution dekat contact lens,jangan gosok-gosok je. Kalau nak gosok,gosok dari dalam bawa ke luar. Bagi hilang semua habuk. Contact lens ni kalau ada secoet je habuk,rasa dia humak aihh gatal benau mata. Habuk-habuk tu memang tak boleh ada secoet pon.

-Tangan kena bersih. Aku ni dah ah suka makan pakai tangan. Kadang-kadang makan mee goreng pon pakai tangan.Kalau dah makan make sure basuh tangan bersih-bersih. Part jari telunjuk dan ibu jari tu memang kena letak sabun and basuh lebih sikit ah sebab nanti nak buka contact lens akan guna dua jari tu. Kalau tak basuk bersih,abeh mata pedih rasa sambal.


- Biasakan mata pakai contact lens yang lembut. Contact lens ada macam-macam jenis. Aku dah pakai macam-macam jenis dan brand contact lens. Salah satu contact lens favourite aku adalah LACELLE by Bausch+Lomb




Suka contact lens ni sebab lembut,and bila pakai dekat mata tak rasa macam tengah pakai lens pon. Warna dia pon natural sangat! Suka!



Ni warna Frozen Grey. Warna nya nampak begitu natural bukan?


Ni warna Tender Brown. Ni lagi ah memang tak nampak macam pakai lens.

Ni warna Jubilee Violet. Aku sangat takut nak pakai warna-warna gini sebenarnya sebab takut nampak tak natural and nampak benau mata tipu. 



Tapi bila try pakai Jubilee Violet Lacelle by Bausch + Lomb ni rasa macam tak segan pula. Warna nya natural sangat! Nampak macam mata bersinar :D






Oh ye. Kalau korang nampak Lacelle #wow truck ni jangan lupa singgah sebab nanti korang akan dapat Lacelle lens secara PERCUMA! Memang boleh mintak contact lens yang sama dengan power mata korang.

Haritu aku nampak #wow truck ni,aku pon singgah ler kejap

Dia suruh isi emel semua and terus boleh redeem contact lens. Yayy!



Lepastu saja je lah join "Face of Lacelle" photo contest ni. Korang pon kalau dah redeem contact lens try lah contest ni sebab berpeluang menang hadiah best-best tau! Ni hadiah-hadiah dia.

Weekly top prize :  RM500 fashion fast forward voucher and RM150 sephora voucher.

Weekly consolation prize x 4 : RM150 Sephora voucher.

Grand winner lagi best! Sebab akan menjadi duta pertama Lacelle dekat Malaysia! Waaa.(feature in major magazines and digital medium) dan membawa pulang wang tunai RM 1,000 + 4H3M HongKong untuk 2 orang + satu tahun bekalan contact lens Lacelle!


Tapi memang serious ah contact lens Lacelle (Bausch + Lomb) ni memang selesa gila! Tak tipu. Memang tak rasa macam tengah pakai contact lens.Memang suka sebab contact lens Lacelle ni lembut je bila pakai dekat mata. Lace pattern dekat contact lens pon sangat unik dan boleh menyerlahkan lagi kecantikan mata kita. Lacelle ni untuk kegunaan sebulan. Ada 2 jenis:

Limbal (big eyes effect) : modest black , tender brown
Color (colors effect) : jubilee violet, sparkling brown and frozen grey

Satu kotak hanya RM68 sahaja. Kalau korang nampak truck #wow tu jangan lupa singgah ye! Nanti dapat contact lens FREE dan mana tahu ada antara korang yang boleh jadi duta LACELLE pulak nanti :)

More info:
Website-   www.lacelle.com.my
Facebook- Lacelle Malaysia




Viewing all articles
Browse latest Browse all 408